nuffnang

Sunday, August 21, 2011

isa dan bella (2)

'assalamualaikum.
hei manis. saya tak tahu pun apa nama kamu. mesti nama secantik orangnya kan?
eh. kasi la respon sikit..'
-isa




'assalamualaikum.
maaf kalau saya hanya sekadar berutus surat. lidah saya kelu tiap kali terpandang awak.
haishh. dasyat la awak ni.'
-isa


'awak. saya cuma nak bagitahu yang awak adalah muzik hidup saya.
terima kasih tau.'
-isa


'hei mawar putih. teruskan dengan imej awak sekarang ok. sangat manis! saya yakin orang lain pun cakap macam tu.'
-isa




apa aku nak buat ni? macam mana aku nak berhadapan dengannya? buat kesekian kalinya, aku tonton lagi rakaman video dia yang sedang menyanyi melalui telefon bimbit. ye. aku tahu video tu sepi. tak ada bunyi. tapi cukup dengan adanya dia, aku rasa hidup aku bermuzik. hiks. rasa macam pengecut je dok hantar surat surat tu semua. ok isa. relaks. tarik nafas....lepas. mula mula kena tau jugak respon awal dia. aku mencapai pen dan kertas. ini adalah surat ke-15 untuk dia.


' Assalamualaikum gadis..
rupanya dah 2 minggu saya cuma mengutus surat untuk awak. awak baca tak? tak ada respon pun. jadi, saya ambil cara lebih mudah kot. kalau awak sudi kenal saya, esok, awak pakai baju kurung bercorak bunga merah jambu tu tau.'
-isa


dan seperti hari hari sebelum, aku kirimkan surat itu bersama mawar putih kepada orang lain untuk disampaikan kepada dia. Ya Allah, cuaknya aku nak tunggu hari esok.


keesokan harinya, suasana agak lengang di kaki lima itu. eh? kenapa? hati aku hancur. di hadapanku tidak seperti yang diharapkan. dia memakai baju kuring bercorak kuning. aku cuba senyum sendiri. pedih.


gadis.. kau buat aku jatuh hati.


buat pertama kalinya, kaki aku melangkah menghampiri gadis. perlahan lahan aku mengatur langkah. biarlah. biar ini kali pertama dan mungkin juga terakhir aku melihatnya dari dekat. esok, tak mungkin aku melalui jalan ini lagi. buat pertama kalinya juga, aku cuba memahami nyanyiannya. sekurangnya, aku tahu satu lagu yang dia pernah nyanyi. lirik lagu itu sangat menyentuh hati.


eh. TAK MUNGKIN. tak kan la dia....


***************


2 minggu berlalu, aku terus mendapat surat misteri bersama setangkai mawar. bermakna sudah 14 kuntum bunga mawar selamat di bilikku. surat pertamanya telah menyentuh hati aku. munkin bagi orang lain, ala.. takde apa pun surat itu. tapi tidak bagi aku. siapa lah yang sudi berkenalan dengansi buta ni? namun, surat yang kedua dan seterusnya tidak dibaca. tak mungkin lah aku nak mintak ayah tolong bacakan lagi. aku tahu, surat surat dia tu sebab nak kan jawapan dari aku. tapi, tak kan la aku nak kasi surat dalam kod braille.


tapi tak apa. kalau dia untukku, Allah pasti pertemukan kami satu hari nanti.


perlahan lahan dan berhati hati aku duduk di bangku. jejariku sudah bersedia memetik tali tali gitar. aku mula menyanyikan lagu yang aku sendiri cipta untuk lelaki itu-isa dengan harapan dia bakal muncul di hadapan aku. dah seminggu aku nyanyi lagu ini. aku tahu dia selalu ada semasa aku menyanyi di kaki lima.


'duniaku kelam kini bercahaya
hadirnya dirimu pelengkap segala
bagi hidupku yang gelap gelita
ku tahu hatimu ikhlas setia


warkah sepi pengganti diri
mawar berduri setia menemani
kerna hatimu aku sabar menanti
biar wajahmu menjadi misteri


c/o:
di mana kamu sayangku
kemarilah kamu, pimpinlah aku
alam gelita, setia teruji
hadirnya kamu aku menanti


duniaku kelam kini bercahaya
hadirnya dirimu pelengkap segala
bagi hidupku yang gelap gelita
ku tahu hatimu ikhlas setia'


dan sebenarnya lagu ini adalah jawapan bagi setiap surat dia.


************


langkah aku terhenti. lagu ni? kenapa aku rasa macam... tiba tiba ada seorang remaja lelaki belasan tahun menghampiri gadis itu. atau lebih tepat, menghampiri kotak yang berisi duit di hadapan gadis. dengan pantas, dia mencapai kotak itu dan terus lari. eh? tanpa membuang masa, aku terus mengejar lelaki itu. tak guna! wei! orang buta punya pun kau nak ambik ke? haktuih!!!


nasib baik juga la budak tu takde geng. kalau tak...


aku menghampiri gadis. duit gadis selamat! yes! aku meletakkan kotak ke tangan gadis.


"terima kasih.."
aku mengangguk.


"hei. awak ni siapa?"
alamak. macam mana ni? ok. aku meletakkan mawar putih ke tangan gadis. dia mencium mawar itu.


"so, awak ke yang kasi surat surat tu selama ni? terima kasih. ha. nama saya isabella."
aku mengangguk. isabella? dia ni kacukan ke? cantiknya dia senyum. walaupun dia buta, tapi mata dia cantik. anugerah Allah kan? eh. ada lesung pipit. manis. aku tersenyum sendiri.


"kenapa awak diam??"
air muka bella tetiba berubah. macam mana aku nak bagitahu dia ni?


"awak main main dengan saya eh?"
tak bella. tak! saya nak kawan dengan awak. aku memegang tangan bella dan meletaknya ke dada aku. kemudian, tangannya aku bawa ke telinganya.


"ha?"
aku mengulangi perkara yang sama beberapa kali.


"awak? awak...tak dengar?"
aku mengangguk. menitis air mata bella. kenapa? bella. saya minta maaf. aku menyeka air mata bella.


"isa. saya tak tahu. saya minta maaf."
aku mengangguk lagi. tak apa bella. tak apa. saya faham. jangan la nangis. tak cantik nanti.


bella. tak apa. izinkan saya jadi mata awak. SAYA SUKA AWAK...


(bersambung)

3 comments:

  1. best!!! x pernah bace kisah org22 mcmni.. u did great.. !!! gambatte!

    ReplyDelete
  2. knp x smbung cite ni?
    sye ttunggu2 smbungan nye..
    hope awk smbung :)

    ReplyDelete