nuffnang

Thursday, August 11, 2011

hadirnya dia (9)

malam pertama kat rumah akif, aku dapat sms dari eman masa dah nak tidur.


'oi cik kak. dah tidur?'
-aiman


'waalaikumussalam. hahaha. baru nak tidur.'
-yaya


'haishh.. best kan menganjing orang? assalamualaikum.'
-aiman


'ha. baru betul. waalaikumussalam. tak tidur lagi ke?'
-yaya


'sama. baru nak tidur. eh. awak kat mana tu? kata pergi jumpa akif?'
-aiman


'saya kat rumah akif la ni.hihihi. '
yaya


'what? awak tidur kat rumah dia? @__@ '
-aiman


'dah tu? eh. jangan fikir bukan bukan ok. ramai la orang kat rumah dia.'
-yaya


'ooh.hihihi. nasib baik.'
-aiman


'what?'
-yaya


'tak ada apa apa.so, macam mana? happy dah?'
-aiman


'mesti la! hahahaha. tapi kan..'
-yaya


'ye?'
-aiman


'dia lamar saya'
-yaya


'eh. bagus la!dah tu? terima?'
-aiman


'tak T_T keliru.'
-yaya


'apesal pulak. yaya ni. sebab dia buta?'
-aiman


'eh. tak la.seriusly bukan sebab tu.'
-yaya


'dah tu?'
-aiman


'eman. saya sayang dia. sumpah. saya sayang dia.'
-yaya


'dah tu, takde sebab utk awak tolak dia.'
-aiman


'ye. tahu. tapi lagi best kawan macam ni dulu.cuma tak ready nak kahwin.'
-yaya


'yaya. awak bukannya muda lagi. dah tuia tau. umur awak tu dah patut kahwin.'
-aiman


'aah kan. saya TUIA kan.hahahaha. dah tak sampai seru lagi.
-yaya


'haish.. gelak la. typo la! *TUA.'
-aiman


'hahaha. adeh. sakit perot gelak.'
-yaya


**********


akif :  yaya!! yaya!! bangun la! haishh. apa anak dara tidur lagi ni?!


sayup sayup terdengar satu suara. eh. nama aku ke tu?


akif :  yaya!!!!


*DUM! DUM!


pintu diketuk dari luar. bisingnya!


hiiyaaa!!! aku menggeliat malas. MALAS! bestnya tidur dalam bilik aircond. dengan katil empuk gilesss plus comforter pula tu. mana tak susah aku nak bangun. akif ni kacau la.


akif : YAYA!!!!!


*DUMMM!


mak ai. aku terus terduduk. nak pintu tu pecah ke apa?


yaya : iye. iye. aku dah bangun la ni! haishh. akif! pukul berapa sekarang?!
akif :  yaya! kau dah buka mata belum! dah tengahari yang oi! HAHAHAHAHA


what? aku membuka mata. dah cerah? aishh..


yaya :  AKIF!!!! isk. kenapa kau tak biar je aku tidur sampai malam karang! isk isk.


aku menggosok gosok mata. haishh. taik mata.


akif :  OK! tidur la balik!
yaya : AKIF!!!! uwaaaa!! kenapa kau tak kejut aku subuh?


dalam hati aku dok hentak hentak kaki.


akif :  kau cuti kan! hahahahaha


ha? mana dia tau? ok *blushing sesorang.


akif :  dah! cepat mandi! pastu makan!
yaya :  iye!


aku memandang jam dinding. la. 8pagi? eh? jam mati ke? erk. tak. tak. jarum saat gerak. ok. akif tipu aku.
now. beta mahu bersiram.


***********


selepas mandi, aku cuma berpakaian simple. tshirt, slack dengan tudung pasang siap. tau tudung pasang siap? ala. yang terus sarung tu. aku menuruni tangga. akif tenang menonton tv di ruang tamu. ha? MENONTON TV? eh. ok. mata dia menghala ke arah lain. dengar tv, ok? tanpa menghiraukan dia, aku terus ke dapur bagi menolong mak mah menyediakan sarapan. macam macam kitorang borak, gelak gelak. hihihi.
dah tiba tiba...


akif :  YAYA!!!!


eh. apesal pulak. sawan?
aku menghampiri akif.


yaya :  kenapa?
akif :  duduk sini.
yaya :  dah pun.hihi.
akif :  dah kenapa tak duduk sebelah aku. T_T
yaya :  yela yela. haishh. manje.
akif :  tehihihi


aku bangun dan duduk di sebelah akif. erk. sepi.  SEPI. dah apesal macam ni? biasa kecoh je dengan dia.


akif :  kenapa diam? dengan mak mah tadi bukan main ketawa sakan.


eh. entah apa apa dia ni.


yaya :  dah tu kenapa?


SUNYI..


yaya :  nak remote.


aku meminta remote control yang berada di tangan akif. dan dan aku mintak, dia masukkan remote ke dalam poket seluarnya.


akif :  nah. ambik la.


LESU! gila aku nak seluk poket dia? tak nak kasi, cakap la tak nak kasi!


yaya :  dah. tak payah.


akif menahan gelak.


akif :  bulan penuh.
yaya :  what?
akif :  kau cuti kan?
yaya :  yang kau tetiba ni apesal?


geramnya!


akif :  dah moody semacam.
yaya :  eh. mana kau tau?
akif :  apa?
yaya :  aku..... cuti.


perlahan je aku sebut perkataan cuti tu.


akif :  eh. erk. gerak hati.
yaya :  ha?
akif :  ala. mak mah gitahu la.
yaya :  ok.
akif :  makan jom.


aku memegang lengan baju akif dan berhati hati berjalan ke meja makan. sambil makan, kami berbual panjang.


yaya :  akif. kenapa panggil aku loser?
akif :  bila?
yaya :  ala. hari tu.
akif :  dah kau bajet kau winner?
yaya :  haishh. bukan la. cuma kenapa panggil macam tu.


selepas makan, kami melepak kat ruang rehat.


akif :  ya. tolong.
yaya :  what?
akif :  bacakan aku surat khabar.
yaya :  ok.


aku mencapai surat khabar.


yaya :  nak berita bahagian mana?
akif :  semua. dari depan sampai belakang.
yaya :  gila kau? kau ingat aku ni mesen membaca?


ya Allah. dia ni memang suka buat aku gatal mencarut.


akif :  aah. haha. ala. yang kau rasa best la.
yaya :  haishh. ok.


aku menyelak halaman surat khabar.


yaya :  ok. dengar ni. ehem. pada suatu hari, sang kan...
akif :  woi. aku punya serius dengar, kau main main?!
yaya :  hahahahahaha. yela. serius ni. ehem.


aku membetulkan sila. ye. aku bersila kat depan akif. ok. ala ala gaya pembaca berita kat tv tu.


yaya :  LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain yang memasuki hari ke-5 semalam, meragut empat nyawa sejak kelmarin, dengan kekacauan terus merebak ke beberapa bandar utara termasuk Manchester,...


akif :  buahahahahahaha.
yaya :  kenapa?
akif :  gaya kau baca dah macam norazlina redzuan baca berita. haish..hihihi. tak nak jadi pembaca berita ke?
yaya :  eh. kau nak aku baca ke tak ni?


"DING DONG!!!"


akif :  eh. siapa pula yang datang tu. kacau daun la.


mak mah cepat cepat menuju ke pintu. sebentar kemudian, seorang perempuan muda masuk ke dalam rumah bersama mak mah. wow. cantik. rambutnya cantik dibiarkan lepas. bercermin mata hitam. baju pun macam...m a h a l la. ok. tak boleh nak dibandingkan dengan aku. aku tak layak T_T tapi kenapakah aku nampak perempuan ni ala ala plastik?
ya Allah. bau perfume..eh. akif nampak tegang.


akif :  huh.
akif mengeluh. aku masih blur.


mak mah :  akif. erk. hani datang.


hani? macam pernah dengar je nama tu. eh. ex akif! aku memandang akif. tangan akif menggigil. wow. gila la taste akif.


akif :  mak mah. suruh dia keluar.
hani :  sayang. you tak nak jumpa I ke.
akif :  baik kau blah. aku buta macam ni pun kau nak cari lagi? dah. kalau nak minta maaf, aku maafkan kau.


hani menekup mulut. dengan gaya ala ala gedik gitu. aku memberi isyarat kepada mak mah supaya berlalu.


hani :  you.. you buta?
akif :  yup. puas hati kau kan. so, blah dan jangan datang sini. BERAMBUS!


hani menerpa ke arah akif, melutut depan akif, pegang lutut akif. apa ke gila minah ni? aku pulak yang menggigil bengang tengok dia. suka hati dia je nak pegang pegang akif aku. eh?
chill yaya.


yaya :  assalamualaikum.


hani memandang aku.


hani :  kau diam. kau orang gaji je kan. tak payah masuk campur. berambus.


akif membuka mulut seperti mahu menjawab. tetapi aku lebih cepat.


yaya :  maaf ye saudari. saya BAKAL ISTERI AKIF.


aku menekan part BAKAL ISTERI AKIF tu. takut dia tak dengar. akif macam menggelabah. hihihi. kelakar la pulak dia ni.


hani :  WHAT?
akif :  kau dah dengar kan? so, baik kau blah. ok?
hani :  sayang. perempuan kampung macam ni yang you nak?
akif :  dah aku buta. perempuan macam kau la yang buat aku buta. so, BERAMBUS!


aku rasa perempuan ni semacam la. mesti ada something wrong somewhere ni. haishh. hani memandang aku. tajam. dia berdiri dan perlahan lahan berjalan ke arah aku. tiba tiba... 


(bersambung :)

8 comments: