nuffnang

Sunday, December 30, 2012

SITI MAWAR (8)



“Mawar. Kanak-kanak yang umur lebih kurang setahun, apa dia boleh buat?” suatu hari Fairuz bertanya pada Mawar.



“Kenapa tetiba tanya? Siapa yang umur setahun?”



“Alaa.. saja tanya. Takpe lah tak nak bagitahu. Aku tanya orang lain nanti.”



“Haishh dia ni. Biasa, budak umur setahun, dah boleh berjalan. Dah boleh bercakap sepatah dua. Dah pandailah. Kenapa?”



“Ooo… dah boleh berjalan eh? Dia boleh panggil papa tak?” bersungguh benar Fairuz bertanya.



“Takde la boleh berjalan sangat. Maybe still jatuh jatuh. Mungkin dah boleh panggil. Awak kenapa ni?”



“Erk… tak ada apa. Anak kawan aku. Dah setahun umur dia. Hari tu aku pergi tengok. Comel.” Fairuz tersenyum sendiri membayangkan Sara.



“Ooo.. lelaki ke perempuan?”



“Princess. Heh. Nama dia Sara. Sara Darweena.” Fairuz merenung jauh ke hadapan. Di bibirnya terukir senyuman. Dia terbayangkan Sara memakai gown sedang bermain, berlari, kemudian jatuh terduduk. Pasti comel. Entah bila dia dapat luangkan masa sebegitu bersama Sara. Tapi dia tetap risau akan segala kemungkinan yang mungkin berlaku. Walaubagaimana pun, dia tidak dapat menafikan kewujudan Sara.



“Mawar.” Wajah Fairuz berubah serius.



“Yup.”



“Bagi kau, cinta tu apa?”



“Ahahaha. Awak apasal tanya soalan macam tu. Sejak bila berubah jadi mat jiwang ni?”



“Jawab laaa…” wajah Fairuz masih serius.



“Hmmm… baiklah. Cinta tu kesempurnaan. Cinta tu pelengkap kepada kekurangan manusia. Cinta tu…”



“Wei. Geli lah aku dengar! Meleleh tahi telinga aku. Eiiiii…”



“Hish! Awak yang tanya tadi kan?!”



“Cinta tu, macam kentut.”



“Eiii… what the pengotor!!!”



“Betul lah. Kentut kan, bila ditahan siksa, bila dilepas, busuk tapi pehhh legaaa… hahaha. Lagi, kentut kan, tak nampak, tapi ada. Hmmm… Kentut kan, boleh buat orang pergi dari kita. Cinta pun macam tu lah kan?”



“Kenapa boleh buat orang pergi dari kita?” tanya Mawar.



Fairuz Cuma membalas dengan satu senyuman.



“Mawar.”



“Hm?”



“Kalau aku pergi jauh, kau rindu tak?”





*************************





Hari berikutnya, Fairuz ke rumah Erin sekali lagi untuk bertemu Sara. Kali ini, dia membawa pakaian dan permainan buat Sara.



“Fairuz, kalau aku tak ada nanti, kau boleh jaga Sara tak?”



“Apa kau merepek ni?”



“Aku kena balik UK.”



“Aku tak boleh jaga Sara. Tak kan tak faham situasi aku. Bawak la Sara sekali.”



“Please. Aku merayu dengan kau. Aku tak boleh bawak dia.”



“Mana aku pandai jaga budak.”



“She’s your daughter.”



“Hari tu kau kata kau boleh jaga dia kan? Kalau kau tak ada duit, aku boleh kasi.”



“Ni bukan pasal duit. Please. Kalau kau sayang Sara, tolong jaga dia.”



“Dah tu kenapa?”



“A…aku tak hidup lama. Aku sakit.”



“Heh. Kau tak payah nak buat alasan lah.”



“Aku ada cancer serviks tahap 4. Aku balik Malaysia pun sebab nak kasi Sara kat kau. Tu pun kalau kau nak terima dia. Family aku tak nak terima Sara. Sebab tu aku jadi macam ni.”



“What? Heh. Kau saje je kan?”



“I’m serious. Kau nak tunggu aku mati baru kau nak ambik Sara?” Tenang Erin memandang Fairuz.



“Erin. What the hell are you talking about?”



“Dulu, masa pregnant, doctor dah suggest untuk aku gugurkan kandungan. Tapi aku sayang Sara. Aku sanggup putus dengan Faiz sebab Sara. Aku tak kisah kalau aku mati sebab Sara. Aku minta maaf sebab aku datang kacau hidup kau semula. Tapi aku dah tak ada pilihan. Kau ayah Sara. Kalau kau nak bukti, kau boleh buat DNA.”





Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar. Kedengaran suara perempuan memberi salam.



“Assalamualaikum…”



“Waalaikumussalam.” Erin menjawab. Dia bangkit dan menuju ke pintu. Fairuz masih leka bersama Sara.



“Ya… Cari siapa?” kedengaran suara Erin bercakap dengan perempuan itu.



“Fairuz ada kat sini?”



“Fairuz?”



Fairuz pelik. Siapa yang mencarinya di sini? Tanpa diduga, Mawar sudah berdiri di hadapan Fairuz.



“Mawar?”



“Apa ni? Apa awak buat kat sini? Siapa ni?” tenang suara Mawar.



“Mawar. Let me explain.”



“Ok.”



“Erk… Ni anak aku, Sara.”



“Ha??? A… Anak?”



“Yup. Anak aku.”



“And this is your wife? Awak siapa sebenarnya, Fairuz?” Air mata Mawar mula mengalir. Mawar cuba mengawal suaranya. Dia tidak mahu bertindak mengikut emosi.



“Mawar. Please dengar aku explain.” Fairuz cuba memegang tangan Mawar. Namun ditepis.



“What?”



“She’s not my wife.”



“Awak ada anak, tapi tak ada isteri?”



Fairuz buntu. Tidak tahu bagaimana harus dia memberitahu Mawar. Fairuz menghampiri Mawar. Kedua-dua tangannya memegang pipi Mawar dan cuba menyapu air mata Mawar.



“Hey. Aku minta maaf. Let me explain, please.”kata Fairuz perlahan.



“Saya nak balik. Maaf mengganggu.” Mawar menepis tangan Fairuz dan terus berlalu.



Fairuz kaku. Dia benar benar buntu. Betullah… Cinta boleh buat orang pergi dari kita. Erin dari tadi hanya sebagai pemerhati.



“Fairuz. Kau ok?”



“Aku ikut kau balik UK.” Air mata Fairuz bergenang. Maafkan aku, Mawar.







Malam keesokan harinya, Mawar menerima sms dari Fairuz.


‘Mawar. Lusa aku nak pergi UK. Aku nak jumpa kau sebelum pergi. Please.’

-Fairuz.



Pergi dengan Erin la tu. Mawar menyeka air mata. SMS Fairuz dibiar sepi.



‘Mawar. Esok petang pukul3 aku tunggu kau kat taman.’

-Fairuz.



Selang 2 minit, masuk lagi SMS lain.



‘Sampai kau datang.’

-Fairuz.



Mawar mematikan telefon bimbit.






Mawar memandang jam. 5petang. Hujan masih lebat dan kilat sabung menyabung. Telefon bimbitnya masih lagi dimatikan sejak dari semalam.

Betul ke tindakan aku ni?



“MAWAR!!!” tiba-tiba Mawar terdengar suara memanggil namanya diselang selikan dengan bunyi guruh.



“MAWAR!!! SITI MAWAR!” Mawar bangkit dari katil menuju ke tingkap.



Fairuz? Gila ke apa mamat ni? Dia kuyup dalam hujan. Badan Fairuz menggigil. Fairuz nampak tingkap rumah Mawar dibuka dari dalam.



“Aku tahu kau ada kat dalam. At least dengar dulu aku explain. Lepas tu kau decide nak maaf aku atau tak.”

Mawar masih lagi kaku. Dibiarkan Fairuz di bawah hujan.



“Ok. Aku tunggu sini. Kalau nak mati pun, matilah.” Fairuz letih dan kesejukan. Dia duduk di luar pagar rumah Mawar. Satu kotak yang mengandungi 100 biji Ferrero Rocher juga basah. 100 biji menandakan 100 hari hubungannya dengan Mawar. Setiap biji coklat tersebut diselit dengan sehelai kertas kecil yang mengandungi ucapan pendek yang berbeza.



10 minit berlalu. Mawar mencapai payung dan membuka pintu. Fairuz langsung tidak menyedari kehadiran Mawar. Dia cuma sedar apabila ada payung yang melindungi kepalanya dari hujan. Fairuz mendongak.



“Mawar?” Fairuz berdiri. Air mata Fairuz bergenang. Dia cuba untuk senyum. Mawar langsung tidak bersuara. Perasaan Mawar seakan mati. Wajahnya langsung tiada reaksi.



“Aku minta maaf.” Mawar tidak menghiraukan kata-kata Fairuz. Mawar melangkah perlahan ke dalam rumah. Fairuz menuruti langkah Mawar.





Sehelai tuala dihulurkan kepada Fairuz. Fairuz menggigil kesejukan.



“Mawar. Say something, please.” Fairuz masih tidak berputus asa. Mawar berlalu ke dapur meninggalkan fairuz di ruang tamu. Sebentar kemudian, Mawar keluar sambil membawa satu mug coklat panas. Diletakkannya di hadapan Fairuz.



“Thanks.”kata Fairuz perlahan. Mawar mahu berlalu. Rasa lemas bila berada bersama Fairuz. Hatinya sakit.



“Mawar.” Fairuz mencapai tangan Mawar.



“Dah habis minum tu awak boleh balik.” Mawar langsung tidak memandang Fairuz.



“Hina sangat ke aku sebab ada anak tanpa perkahwinan sampai kau tak nak pandang aku pun?” Suara Fairuz bergetar. Fairuz cuba mengawal perasaan. Mawar tersentak. Bukan itu maksudnya. Cuma… Cuma mungkin dia tak bersedia. Dia tak tahu bagaimana harus menerima Fairuz.



“Dulu Erin yang tinggal aku dan aku tak tahu dia pregnant. Dia bertunang dengan Faiz. Aku tahu aku salah sebab terlanjur dengan Erin. Masa hati aku kosong, aku kenal kau. Aku mula sayang kau. Aku tak mintak la nak sayang kau. Aku letih nak sayang orang. Masa aku happy dengan kau, Erin balik bawak Sara. Tiba-tiba cakap tu anak aku. Sara, yang aku tak pernah tahu pun dia wujud. Erin nak kasi Sara kat aku sebab dia sakit dan tak mampu nak jaga Sara. Kau faham tak macam mana perasaan aku? Hati aku hancur. Aku buntu. Aku sayang kau. Sumpah! Aku sayang kau. Tapi, kalau kau nak aku pilih, aku minta maaf, aku terpaksa pilih Sara. Macam mana pahit pun, dia tetap anak aku. Tapi, kalau kau sudi, aku nak kita sama sama jaga Sara.” Air mata Fairuz gugur. Begitu juga Mawar.



“Faiz dengan Erin? Faiz tinggal saya sebab Erin?”



“Aku tahu. Aku tahu kau ex Faiz.”



“So, apa tujuan awak rapat dengan saya? Kesian? Atau nak balas dendam pada Faiz?” Mawar memandang Fairuz. Tangan Fairuz ditepis.



“Mawar… Kau… apa kau cakap ni?”



“Apa lagi rahsia awak, Fairuz? Apa lagi yang awak sembunyikan dari saya? Siapa awak? Kenapa awak datang dalam hidup saya?” Mawar teresak. Fairuz tak kuat melihat air mata Mawar. Air mata itu benar benar melemahkan jiwa lelakinya. Mawar… please stop crying.



“Mawar. Aku minta maaf. Tolong. Maafkan aku.” tanpa diduga, Fairuz melutut dihadapan Mawar.



“Awak balik la.”



“Mawar.”



“Balik. Awak nak pergi UK esokkan?”



“Erin ada operation kat UK. Erin tetap ibu kandung Sara dan sekarang Erin tak mampu jaga Sara. Erin dah tahap kritikal. Aku tak boleh pisahkan Erin dan Sara dalam situasi sekarang.. Please. Tolonglah faham. Aku dengan Erin tak ada apa.”



“Fairuz… Demi Sara dan Erin, tolong kahwin dengan Erin.” Perlahan ayat tersebut keluar dari mulut Mawar.  Hati Mawar pedih. Bukan itu yang dia mahu namun itulah yang terbaik. Erin juga memerlukan seseorang yang boleh menjaganya.



Fairuz kelu. Kenapa itu yang Mawar katakan? Nafasnya seakan terhenti. Suaranya tersekat di kerongkong. Fairuz berdiri. Badannya lemah. Dia hilang bicara. Perlahan dia mengatur langkah.


“Selamat tinggal… Mawar.” Suara Fairuz perlahan tapi jelas.

Mawar terduduk. Dia menangis semahunya. Macam ni je berakhir kisah dia dengan Fairuz? Mata Mawar singgah pada kotak yang ditinggalkan Fairuz. Mawar mencapai kotak tersebut. Basah. Lecun. Kotak tersebut dibuka perlahan. Di dalamnya penuh Ferrero Rocher yang ditampal dengan kertas warna pada setiap satunya. Pada setiap kertas terdapat satu nombor. Berhati hati Mawar membuka kertas yang tertulis nombor 1.

'Dear, sayang...'
hanya itu yang tertulis. Mawar terus membuka kertas kertas yang seterusnya mengikut nombor.

'Hari ini genap 100 hari perkenalan kita. Tahu tak? Hmm... tak ingat lah tu.'

'Thanks sebab sudi hadir dalam hidup aku. Thanks sebab sudi terima aku.'

'Kau ada masa gelak tangis aku. Thanks.'

'Kau sabar layan karenah aku, Thanks.'
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'Aku harap suka duka aku untuk 100 hari akan datang dan 100 hari seterusnya masih ada kau.'

'Janji dengan aku, k?'

'Aku harap selamanya kau percaya aku.' 

'Sempena hari yang ke 100 ni, aku nak tanya kau something.'

'Ta da da!!!!'

'Sudi tak jadi  ibu kepada baby baby aku nanti?'

'Sudi tak jadi yang halal untuk aku sampai akhir hayat aku?'

'Aku sayang kau- Fairuz Adli bin Shahrom.'


(bersambung)


Ferrero Rocher
 






Monday, July 23, 2012

SITI MAWAR (7)


“Nah.” Fairuz meletakkan dua plastik besar makanan di hadapan Mawar. Dia menyeka peluh di dahi.

“Apa ni???” tanya Mawar.

“Aku tak tahu apa kau suka. Jadi, aku beli semua.”

Mawar membelek beg plastic itu. Di dalamnya penuh dengan coklat, pelbagai jenis jajan, roti, air tin, air kotak dan macam-macam lagi. Semua yang singgah di mata Fairuz diambilnya.

“Banyaknya!!!”

“Sweet tak aku? Kahahahaha.”

“Eh. Perasan.”

“Eh… kejap. Kejap. Fairuz merampas dan menyelongkar satu beg plastik dari tangan Mawar.

“Ni aku punya.” Kata Fairuz sambil mengeluarkan sepaket lolipop dari beg plastik itu. Mawar hanya memerhati.

“Suka tak?” tanya Fairuz.

“Sukaaaaaaaa… Thanks.”

“Baguslah. Bolehlah belanja aku makan nasi.”

“Apa kaitan?”

“Duit aku dah habis beli semua ni. Aku nak nasi. Tak nak benda benda macam ni. Tak kenyang.”

“Mengungkit. Tak ikhlas.” Mawar mencebik.

“Dah. Dah. Kau pergi beli. Ramai orang kat kedai depan tu. Ayam goreng situ best. Nasi lebih tau. Sambal belacan jangan lupa.”

“Ye lah… Ye lah… Berapa bungkus nak?” Mawar sengaja memerli Fairuz.

“Eh. Boleh banyak bungkus eh?”


 **********************************


Fairuz meneliti nombor telefon dan gambar seorang perempuan yang sedang mendukung kanak-kanak perempuan berumur lingkungan setahun.

“Dia baru balik dari sana rupanya. Ni ke anak aku? Hmmm… entah-entah anak Faiz.” Fairuz mencebik. Lama dia merenung wajah kanak-kanak itu.

“Aku ada anak? Anak aku? Patutlah comel. Heh.”
Fairuz mendail nombor telefon tersebut.

“Hello. Siapa ni?” Suara perempuan di hujung talian.

“Erin? Aku Fairuz. Anak aku sihat?” tanya Fairuz dingin.


 *********************************


Fairuz meneliti alamat yang diberi.

“Kat sini ke?” Di hadapan Fairuz adalah sebuah bangunan rumah flat yang agak usang. Fairuz teragak untuk melangkah. Erin yang Fairuz kenal adalah anak Dato’. Tidak mungkin baginya untuk berada di tempat sebegini.

Tiba di hadapan rumah bernombor 405, Fairuz berhenti. Dia kaku.

‘Bagaimana kalau ini hanya satu perangkap?’ Belum sempat Fairuz mengetuk pintu, dia disapa dari belakang.

“Fairuz?” Fairuz menoleh.

“Erin?” Fairuz terkejut. Hampir dia tidak mengenali wajah bekas kekasihnya itu. Tiada lagi baju berjenama, make-up tebal atau high heels. Di hadapan Fairuz kini adalah seorang wanita yang sangat berbeza. Erin hanya memakai baju lusuh dengan skirt labuh. Badannya juga kurus melidi.

“Kau nak jumpa Sara kan? Masuklah. Dia kat dalam.” Erin mempelawa Fairuz masuk. Berkerut dahi Fairuz mendengar nama Sara yang disebut Erin. Pintu dibiar terbuka. Ada satu buaian di ruang tamu.

“Kau tinggal budak tu dengan siapa?”

“Sorang. Aku pergi buang sampah kat bawah kejap tadi. Sara tidur.”

Fairuz melangkah ke arah buaian. Seorang kanak-kanak perempuan sedang nyenyak tidur. Hati Fairuz tersentuh.

'Comelnya...' Dia melutut supaya lebih hampir dengan kanak-kanak itu. Memang tidak dapat dinafikan, wajah Sara seiras wajah Fairuz. Rambut Sara lurus sepertinya. Berbeza dengan rambut Erin yang ikal. Fairuz mengusap lembut kepala Sara. Disentuhnya pipi tembam Sara. Sara bergerak sedikit kerana tidurnya diganggu.

'Sara. Papa datang.' Ungkapan itu hanya terluah di dalam hati.

“Apa bukti ni anak aku?” tanya Fairuz tanpa memandang Erin. Matanya masih tertancap pada Sara.

“Tak ada. Aku tak suruh kau percaya pun. Aku boleh jaga Sara.”

“Dah tu, apa motif bagitahu aku?”

“Bukan aku. Faiz yang bagitahu.”

“Kenapa break up dengan Faiz.”

“Dia tak dapat terima bila tahu aku pregnant.”

“Kau tinggal kat sini?”

“Yup.”

“Family kau?”

“Tak penting. Tu bukan urusan kau.”

“Apa nama budak ni?”

“Sara Darweena.”

Fairuz tersenyum nipis.

‘Sara Darweena.’ Detik hati Fairuz. Dia suka nama itu. Fairuz berdiri dan terus melangkah ke pintu.

“Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi.” Kata Fairuz.

“Tak pernah ada lelaki lain yang sentuh aku selain kau.” Erin sempat berkata sebelum Fairuz berlalu.

‘Fairuz. Kau dah berubah.’


 ******************************


3 tahun sebelum…

Fairuz menunggu Erin di taman permainan. Dia duduk di sebuah bangku sambil mengulum sebatang lolipop. Memang taman adalah tempat kegemaran Fairuz. Dia suka melihat kanak-kanak bermain. Tak adalah bosan menunggu Erin yang selalu lambat.

“Baby!!!” Erin memeluk Fairuz dari belakang.

“Eiii… apa baby baby ni. Setengah jam lambat. Dia yang tetapkan masa, dia yang lambat.”

“Alaa… sorrylah. Siapa yang plan nak jumpa kat sini. Panas tau tak.”

“Babe. Hari ni turn kau belanja kan? Heh.” Wajah Fairuz yang tadinya mencuka kembali tersenyum apabila topic makan menjadi perbualan.

“Ada I cakap macam tu ke? Hahahaha. One more, kan dah cakap jangan pakai kau aku macam tu. Ok? Nak makan apa?”

“Chicken Chop!!!”

“Ha??? Maggie Cup? Ok. Jom.” Erin menarik tangan Fairuz. Namun, Fairuz tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia merenung Erin. Mukanya mencuka.

“Jomlah. Tak nak ke?”

“Tak nak... Tak nak lah Maggie Cup. Malu ah anak Dato' tapi belanja Maggie Cup je.”

“Tak nak Chicken Chop?”

“Eh… Nak!!!” Lantas Fairuz berdiri dan berlalu bersama Erin.

Lolipop adalah kegemaran Fairuz. Fairuz tidak merokok. Kemana sahaja dia pergi, pasti dia akan bawa sebatang lollipop. Pernah sekali mereka keluar, Fairuz memandu dan Erin menyelongkar dashboard kereta Fairuz.

“Mak aiii… ni tong sampah eh?”

Fairuz hanya memandang sekilas.

“Ala… yang makan tadi. Tak sempat nak buang lagi.”
Tiba-tiba Erin terjumpa sebatang lollipop. Terus Erin membuka pembalutnya.

“Jangan!!!” Jerit Fairuz. Dia merampas lollipop di tangan Erin. Erin mencebik.

“Ini last.” Kata Fairuz lalu terus memasukkan lollipop ke dalam mulutnya.

Erin suka Fairuz seadanya. Sikap Fairuz yang agak keanak-anakan menghiburkan Erin. Walaupun mereka sangat berbeza, itulah yang menjadi pelengkap. Erin tidak kisah ke taman walaupun dia tidak selesa dan Fairuz selalu menemani Erin ke pusat membeli belah walaupun itu sangat membosankan bagi Fairuz. Erin tidak pernah meminta Fairuz membayar pakaian yang dibelinya yang sudah sedia maklum mencecah ratusan ringgit. Cukup baginya Fairuz sekadar menemani dan memilih pakaian untuknya. Bagi Fairuz pula, itulah istimewanya Erin.

Erin juga pernah belajar menebar roti canai dari Fairuz.

“Kah kah kah! Apa kau buat ni? Koyak rabak. Gagal. Hahahaha.” Seronok Fairuz gelakkan Erin.

“Janganlah gelak.”

“Macam ni lah…” Fairuz mengajar Erin satu persatu. Pada hari itu, roti yang ditebar Erin semua tidak menjadi.

“Babe. babe. ada benda kat hidung kau.” Fairuz memuncungkan bibirnya ke arah hidung Erin.

“Ha???” lalu Fairuz menarik hidung Erin menggunakan tangannya yang bersalut marjerin.

“You!”

“Kahahahahaha.”

Akhirnya Kelas Roti Canai yang dikatakan Fairuz tidak menjadi dan tempat itu akhirnya penuh dengan tepung yang bersalut marjerin.

“Sayang. One day, you akan rasa roti canai I yang sedap.”

“Oooooo.”

“Ok. tak percaya? Fine… Wait and see.”


************************************


Jam 2 petang. Fairuz menunggu Mawar di taman. Dia duduk di sebuah bangku yang telah diikat dengan 10 biji belon halogen pelbagai warna. Dia meletakkan kotak KFC variety bucket di sebelahnya. Fairuz memegang 2 Cornetto Black&White yang sudah mula cair.

“Mana perempuan ni! Lambat lahhh.. Haih…” Fairuz membebel sendiri. Mengeluh.

“Haduiii… Panasnya… Alaa… dah cair.” Fairuz memandang aiskrim di kedua-dua belah tangannya. Dia menggigit dan mengoyak kertas yang membalut kedua-dua aiskrim tersebut.

“Kan??? Dah cair…” Fairuz terus makan aiskrim yang telah meleleh itu berselang seli. 2 minit kemudian, Mawar sampai.

“AWAKKK!!!!” Mawar menjerit sambil berlari ke arah Fairuz. Fairuz menoleh.

“LAMBAT!!!” Fairuz menjerit.

“Woahhh!!! Banyaknya belon! Mana awak dapat ni?”

“Janji pukul berapa?” tanya Fairuz tanpa mempedulikan pertanyaan Mawar.

“Kan pukul 2?” kata Mawar sambil memandang aiskrim yang cuma tinggal separuh.

“Sekarang dua lima minit.”

“Dah tu, lambat apanya? Sekarang baru dua lima minit.”

“Lambat lah… lambat 5 minit.”

“Cornetto saya mana?”

“Nah.” Fairuz menghulurkan aiskrim yang hanya tinggal separuh.

“Tak nak yang ni. Awak dah makan yang ni.”

“Kau lambat. Aiskrim ni cair. Aku makanlah. Nak ke tak nak ni?”

“Alaaa… tak nak. Dah la ajak orang jumpa kat taman pukul 2 petang. Tak logic langsung.”

“Tak nak sudah. Petang karang ramai orang lah. Aku kan artis. Nanti peminat aku serbu.” Kata Fairuz selamba. Dia terus menyuap aiskrim ke mulutnya.

“Euwwww. Perasan. Entah entah orang tak kenal pun awak.”

“Wei. Nganga jap.”

“Kenapa?”

“Nganga je lah!”

Mawar menurut. Dia ngangakan sedikit mulutnya tanpa mengetahui niat Fairuz.

“Nah. Habiskan. Aku nak makan KFC pulak.”Fairuz terus menyuap baki aiskrim di tangannya ke mulut Mawar. Mawar terjerit kecil. Mulutnya comot.

“Fairuz!!!”

Fairuz tidak melayan. Tangannya pantas membuka kotak KFC.

(bersambung)


Monday, July 9, 2012

SITI MAWAR (6)


“Aku mintak maaf.” Fairuz memulakan perbualan.

“minta maaf memang senang kan?” Mawar masih berjauh hati.

“kau apesal? Aku dah minta maaf kan?”

“saya penat la wak. Saya penat dengan awak. Apa kata kita stop je.”

“Stop what?”

“Stop everything. Anggap kita tak pernah kenal.”

“Kau fikir tak apa kau cakap ni? Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah aku. Satu Malaysia dah kenal kau. Kau nak nanti kecoh pulak cakap Shah Adli putus cinta or what so ever?” entah kenapa itu yang keluar dari mulut Fairuz. Hakikat sebenar, dia sangat memerlukan Mawar.

Mawar sebak. Kenapa Fairuz selalu macam ni? Langsung tak ada perasaan dan tak pernah fikir perasaan orang lain.

“Saya tak nak masuk campur. Itu masalah awak.”

“Paling tak pun, nanti confirm akan ada wartawan cari kau. Haishh.. leceh la kau ni.”

“Awak tak pernah fikir perasaan orang. Awak selfish. Awak buat suka hati awak je. Kenapa saya perlu ikut apa awak cakap?”

“Wei. Perempuan. Awal-awal lagi tadi aku dah minta maaf kan. Kalau minta maaf tu kau rasa mudah, kenapa kau tak minta maaf? Aku call kau elok-elok nak berbaik. Kalau macam ni, baik aku diam terus.”

“Apa salah saya nak minta maaf kat awak?”

“Kau tak pedulikan aku. Ye la kan. Kan Faiz dah ada.”

“Eh. Wait. Mana awak kenal Faiz?”

“Mana-manalah! Kau risau dia je kan. K la. Bye.” Fairuz terus memutuskan talian. Dia rasakan Mawar betul-betul tidak mempedulikannya lagi. Mawar seperti lebih risaukan faiz.

 ******************************

Fairuz mencapai gitar. Tenang dia melangkah ke pentas. Lagu I’m a fool akan dinyanyikan secara akustik. Fairuz mengambil tempat di tengah pentas yang dipenuhi dengan cahaya lilin. Sebuah kerusi tersedia untuknya. Dia meletakkan Danbo di depannya. Fairuz mula memetik gitar. Tepukan gemuruh dan sorakan penonton kedengaran.

“Ada orang mungkin bodoh sebab cinta. Ya… dialah segalanya walaupun dia tak faham apa ada kat hati ni. Jadi, terimalah, I’m a fool.”

It’s maybe like this because i'm a fool
it seem alright even when I’m hurt
even when I’m teased about my pitiful love
because I’m a fool beyond help...


******************************* 

‘SHAH ADLI TERLIBAT DALAM PERGADUHAN.’

“What??!” Mawar terkejut membaca tajuk muka hadapan akhbar. Dia meneliti setiap baris berita tentang Shah Adli terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pemuda yang dirahsiakan identitinya. Mawar terus mendail nombor telefon Fairuz yang sudah hamper 2 minggu menyepi.

“Mawar…” suara Fairuz lemah.

“Fairuz. Awak kat mana? Awak ok?” Mawar cemas.

“I need you, Mawar.”





Sebaik sahaja pintu dibuka, Fairuz terus memeluk Mawar. Mawar tergamam.

“Mawar. Aku minta maaf. Aku salah. Kau jangan tinggal aku. Please… Jangan tinggal aku.”air mata Fairuz mengalir. Dia tertekan dan hanya mampu bersembunyi di bilik hotel itu.

“Erk… Fairuz. Relaks k. Saya ada.”

“Tolong jangan pergi dengan Faiz. Aku macam mana nanti kalau kau tak ada?”Pelukan Fairuz sangat erat. Mawar cuba menolak Fairuz perlahan.

“Fairuz. Look.” Fairuz melepaskan Mawar. Dia merenung wajah Mawar. Jelas lebam dan luka pada wajah Fairuz.

“Saya sayang awak. Saya dah cakap saya sayang awak. Kenapa saya nak pergi dengan Faiz?” suara Mawar bergetar. Perasaannya berbaur. Terharu, sedih, sayang, kasihan, semua menjadi satu. Air mata Fairuz terus mengalir. Fairuz masih merenung Mawar.

“Hey. Malu lah lelaki menangis.” Mawar cuba bergurau dan senyum walaupun ada air bergenang di matanya.

“Aku tak menangis laaa… Mata aku masuk habuk haa… Bilik ni tak bersih.”

“Hehehehe. Ye… banyaknya habuk. Ish..” sambil ketawa, air mata Mawar akhirnya mengalir perlahan. Mawar menyeka.

“Mawar.”

“Hm???”

“Aku tak tipu pun masa showcase hari tu. Aku serius. Aku tak boleh tak ada kau. I love you.”
Mawar senyum. Bibirnya terkunci, tidak tahu apa yang harus dibalas. Dia terharu.

“Apasal diam? Cakap lah I love you too…” protes Fairuz. Mawar tergelak kecil. Dia menyeka air matanya lagi.

“I love you too.”

*****************************

Fairuz duduk di sofa. Tv di hadapannya dipandang kosong. Pada jari kanannya terselit sebatang rokok. Sudah hampir sejam dia begitu dan entah berapa batang rokok telah disedutnya. Beberapa hari lepas, Faiz telah datang bertemunya. Pertemuan yang menyebabkan pergaduhan antara dia dengan Faiz.

“Kenapa cari aku?” tanya Fairuz tenang.

“Kau sayang Mawar?” tanya Faiz tanpa memandang wajah Fairuz.

“Heh. Kalau sayang pun, ada kaitan dengan kau?”

“Kau ingat Erin?”

“Tak payah nak sebut nama dia depan aku lah.”

“Dia dah ada anak. Dah setahun umur budak tu.”

“So?”

“Tu anak kau.”

“Woi. Baik kau jaga mulut tu.” Jari telunjuk Fairuz menghala ke muka Faiz.

“Tak kan kau nak lepas tangan kot. Heh.” Sinis.

“Aku tak ada kaitan lah dengan budak tu!”

“Berani buat DNA? Yus, agaknya, kalau media tahu cerita ni, jadi muka depan paper tak? Kalau Mawar tahu, dia pandang kau lagi tak?” tiba-tiba satu tumbukan hinggap tepat pada hidung Faiz. Faiz tersungkur. Hidungnya berdarah.

“Aku dah cakap benda ni tak ada kaitan dengan aku! Dan jangan kacau aku dengan Mawar.” Baru saja fairuz mahu melangkah pergi, Faiz menyerangnya dari belakang.

Kalau khabaran tersebut betul, Fairuz bukanlah lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, dalam masa sama, dia sangat menyayangi Mawar. Erin adalah bekas kekasihnya dan mereka pernah terlanjur. Kemudian, Erin menyambung pelajarannya ke luar Negara yang membawa kepada pertemuannya dengan Faiz dan akhirnya mereka bertunang. Secara kebetulan, Fairuz telah bertemu Mawar, seorang perempuan yang sangat berbeza dengan Erin.


Fairuz tahu, hidupnya bakal musnah jika perkara ini diketahui media. Dia perlu berjumpa Erin.


(bersambung)


credit to CN Blue - Because I'm A Fool.