nuffnang

Saturday, June 23, 2012

SITI MAWAR (5)


‘Fairuz dengan Shah adalah orang yang sama? Shah Adli yang aku minat sesangat selama ini adalah Fairuz? Jadi, selama ini aku contact dengan Shah Adli? Dan Shah Adli lamar aku???’

Mawar termenung, tersenyum sendiri. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada Fairuz. Perasaannya bercampur baur. Reaksi bagaimana harus ditunjukkan kepada Fairuz nanti? Gembira sebab Fairuz adalah Shah Adli? Marah sebab selama ini Fairuz menipu? Segan??? Ya. Segan. Segan dengan adegan yang berlaku semasa showcase tadi. Jadi, patutkah dia marah untuk apa yang berlaku walaupun sebenarnya jantungnya berdegup hebat? Apa pun perasaan Mawar tadi, dia tetap telah menerima lamaran Fairuz. Senyuman mekar di bibir Mawar.

“Arghhh!!!” Mawar memeluk teddybearnya erat. Dia benar-benar buntu.

“One look from you girl and it’s too hard to get by
But excuse me girl, I been watching you
All night’ that’s……”

“Eh…” Mawar terkejut. Ada panggilan masuk. Baru dia perasan lagu itu adalah nada dering telefonnya.

0132115XXX
Calling…

Berkerut dahi Mawar tatkala melihat satu nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin telefonya.

“Hello… Assalamualaikum.” Mawar memulakan perbualan.

“Waalaikumussalam. Mawar?”

“Ya saya. Siapa ni?”

“Hey dear! Ni I la. You kenapa tukar nombor? Susah I cari phone number you tau tak. Nasib baik I ada kenal sorang dua kawan you.”

“Erk…Faiz?”

“Nasib baik you kenal lagi I. Haha.”

****************************** 

Seperti biasa, 30 minit sebelum jam 8 pagi Mawar akan bertolak ke kampus. Mawar mengunci pintu rumah.

“PON!!PON!!!”
Mawar berpaling.

“Siapa pulak main hon pagi pagi ni…” Omel Mawar sendiri. Sebuah Nissan Latio diletakkan di hadapan rumah Mawar. Pintu dibuka dan seorang lelaki keluar dari tempat pemandu.

“Faiz?!” Mawar terkejut.

“Hey. Surprise! Kalau ye pun terkejut, tutup la mulut tu sikit.” Faiz mengusik.

“You… Bila you sampai Malaysia?”

“Last week. Merata I cari you. Semalam baru dapat phone number you. Kenapa tukar number? Nak lupakan I?” Faiz menduga.

“Tak la…” Mawar sekadar tersenyum nipis. Hambar.

“Kuliah ke?” Tanya Faiz.

“Yup.”

“Jom I hantar.”

“Tak apa la. I drive.”

“Jom lahhh… I nak discuss something dengan you.” Faiz membuka pintu kereta untuk Mawar. Nak tak nak, Mawar terpaksa menurut.

“So, how’s life?” Faiz memulakan bicara.

“Macam biasa.”

“Macam biasa? Hmm… Uncle sihat?”

“Alhamdulillah, sihat.”

“You?”

“You tengok I sekarang macam mana? Sihat kan?”

“Hahaha. You kenapa ni? Moody semacam. Tak happy jumpa I?”
Mawar tersenyum sinis.

“Atau… you dah ada orang lain?”

“Dah 4 tahun, Faiz. 4tahun awak pergi, satu berita pun tak ada. Tup tup dengar awak dah bertunang.”

“Sorry Mawar. I salah.”

“Where the hell were your letters go? Tercicir kat laut? Surat yang kononnya you nak hantar tiap tiap minggu?”

“Mawar… Maafkan I. I salah k. Beri I peluang, please…”

“Tunang you sihat?” Mawar bernada sindiran.

“We broke up sebelum I balik Malaysia.”

“Ooo…”

“I nak kita macam dulu.”
Mawar memandang Faiz tajam.

“Turunkan I sekarang.”

“What?”

“I nak turun kat sini.”

“No… I hantar you pergi kampus.”

“You nak I buka pintu ni, then lompat turun ke?”

“Mawar. I tunggu you.”

“I dah nak kahwin.” Tipu Mawar. Dia langsung tidak memandang Faiz.

“What? Haha. You tipu.”

“I’m serious. Turunkan I sekarang!”

“Can I explain? Please Mawar. Semua tu tak seperti yang you sangkakan.”

“Kisah kita dah lepas. Antara kita sudah tak ada apa-apa.”

“Mawar…”

“Faiz, I buka pintu ni.” Tangan Mawar seperti bersedia untuk membuka pintu kereta.

Faiz terpaksa memberhentikan keretanya. Mawar bergegas keluar dari kereta Faiz.

“Mawar. I love you.”

“And I hate you.” Jelas kekecewaan di wajah Faiz. Dia sangat menyayangi Mawar. Tak mungkin mudah untuk dia lupakan cintanya yang sejak dari zaman persekolahan itu.

Tidak lama selepas Faiz berlalu, sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000 berhenti di hadapan Mawar.

“Hoi orang dah ada pakwe. Hahahaha. Tahniah. Aku tanya hari tu tak mengaku.” Biasalah Fairuz dengan perangai gila-gilanya.

“Fairuz?!!”

“Haa.. Ye lah. Aku lah ni. Nasib baik kau cam.”

“Whatever. Awak memang suka skodeng orang eh?”

“Kau ingat aku dah takde kerja selain dari skodeng orang? Ni haa.. kau tercicir masa showcase hari tu.” Fairuz menghulurkan satu kerongsang yang Mawar pernah pakai pada tudungnya.

Hati Mawar tersentuh. Dia langsung tidak peduli akan kehilangan kerongsang itu. Lagipun itu adalah pemberian Faiz sebelum berangkat ke luar Negara. Cuma kadang-kadang saja Mawar memakainya.

“Jarum dia rosak. Aku dah baiki.”

Mawar terdiam.

“Welcome.” Fairuz bernada sindiran.

“Ha??? Erk… thanks.” Mawar tersedar dari lamunan.

“Aku gerak dulu. Take care.” Kata Fairuz sebelum berlalu. Dia tidak mempelawa Mawar kerana dia tahu Mawar tak mungkin akan membonceng motosikalnya. Hati Fairuz pedih. Dia sebenarnya bermain dengan perasaannya sendiri.

 **************************

“Aku ganggu ke? Kot-kot la kau nak gayut dengan pakwe.” Fairuz bermain dengan Danbo yang dibelinya di Jepun tempoh hari. Danbo itu sebenarnya dibelikan untuk Mawar.

“Awak mengarut apa ni?”

“Laa.. salah eh? Sorry lah ganggu kau. Aku dah bosan sangat. Tak tahu nak buat apa time macam ni.”

“Macam awak tak biasa call saya malam.”

“Memang aku tak biasa kacau awek orang.”

“Enough Fairuz.”

“What???”

“Saya ada awak, cukuplah.”

“KAHKAHKAHKAH. Kau buat lawak apa malam-malam ni?” tawa Fairuz masih bersisa.

“Boleh serious tak?”

“Kau buat lawak. Aku gelak la. Hahahahaha.”

“Fairuz. Who am I to you?”

“Hahaha. Kawan. Ohh.. aku faham dah. Ni mesti yang pasal showcase hari tu. Wei. Tak payah serious sangat lah. Gimik je tu. Gempak tak gimik aku? Real kan??? Macam nak pecah stadium masa tu. Hahahahahaha.” Fairuz cuba mengawal suara. Setiap katanya mengguris hatinya sendiri.

“What???” mata Mawar hangat. Suara Mawar bergetar.

“Kau jangan perasan sangat, boleh tak?”

Ayat terakhir Fairuz mengundang air mata Mawar. Mawar terus memutuskan talian.

‘Sayang… aku minta maaf.’ bisik Fairuz. Fairuz membaling Danbo yang dipegang ke dinding sekuat hati. Kemudian, habis dijatuhkan barang-barang di atas meja yang pada asalnya tersusun rapi. Tak cukup dengan itu, pakaian yang kemas tergantung di dalam almari, disepahkan.

“ARGHHHH!!!!!” Fairuz menjerit. Dia terduduk. Air matanya mengalir.

“Aku dah proposed kau depan semua orang. Kau terima aku, tapi kau pakai lagi kerongsang Faiz, kau naik kereta dia. Aku ni siapa???!!”

Danbo


(bersambung)



Wednesday, June 20, 2012

SITI MAWAR (4)


Lagi sebulan, showcase bakal berlangsung. Identiti Shah Adli bakal terbongkar. Shah Adli membawa 2 genre lagu iaitu pop-dance dan ballad. Dia mendapat kerjasama kenalannya yang berada di Jepun bagi menjayakan showcasenya. Untuk itu, dia telah ke sana selama beberapa minggu.

**************************

3 minggu berlalu.

Mawar berjalan keluar dari 7eleven.
"Eokk… Eokk…" butang hijau pada kunci Viva Elitenya ditekan. Pintu dibuka dan dia melangkah masuk. Tiba-tiba pintu bahagian penumpang disebelahnya dibuka dan seorang lelaki masuk ke dalam keretanya.

“Eh…” Mawar terkejut. Dipandang wajah pemuda tersebut. Lagaknya bersahaja.

“A…awak siapa?” tanya Mawar. Tipu kalau dia langsung tidak berasa takut memandangkan akhir-akhir ini banyak kes rogol melibatkan wanita seusianya. Rambut perang lelaki itu menarik perhatiannya.

“Tumpangkan aku. Aku nak balik rumah. Tak ada duit.” Lelaki itu tidak mengendahkan pertanyaan Mawar.

“Kau siapa?!!” Mawar separuh menjerit. Pintu disebelah kanannya dibuka, bersedia untuk keluar. Pantas lelaki itu memegang tangan Mawar. Tangan kiri lelaki itu menekup mulut Mawar.

“Wei. Kau apahal nak jerit-jerit. Orang pandanglah. Tak malu ke?” Bisik lelaki itu perlahan tetapi bernada geram. Mawar menggigil ketakutan. Dia menarik tangannya dari genggaman lelaki itu.

“Sia-sia aku kasi gambar tapi kau tak cam aku pun. Hari tu bukan main marah aku tak tegur. Siap pergi cari aku kat kedai mamak tu. Ni 3 minggu aku tak contact, lagi lah lupa aku.” Fairuz seperti berjauh hati.

“FAIRUZ??!!” bulat mata Mawar. Tangannya menekup mulut.

“Bukan. Hantu.” Fairuz seperti merajuk. Dia langsung tidak memandang Mawar.

“Hahahaha. Awak ke ni?” Mawar masih tidak puas hati. Fairuz hanya diam. Malas melayan karenah Mawar. Dia cuma mahu balik rumah dan tidur. Oleh kerana dia baru saja sampai ke Malaysia, dia masih belum biasa dengan pertukaran waktu.

Mawar masih memerhati Fairuz. Senyum mekar di bibirnya. Jelas keletihan di wajah Fairuz.

“Kau apesal pandang pandang aku? Tak pernah tengok orang ke? Kau nak drive ke tak ni?”

“Mana awak hilang?” Mawar bertanya. Dia masih tidak berpuas hati.

“Mawar! Aku mengantuklah! Aku nak balik. Kau nak hantar ke tak. Kalau tak nak, aku naik bas.” Fairuz mula geram.

“Hehehe. First time jumpa, dah moody. Awak tak happy ke jumpa saya?”

“Happy apanya? Aku bukan jumpa bidadari syurga pun nak happy happy.” Mawar terdiam. Lelaki itu seperti biasa, tidak berperasaan.

“Baiklah. Kat mana rumah awak?” Mendatar suara Mawar. Fairuz perasan perubahan Mawar dan dia faham yang Mawar memang mudah terasa hati.

“Aku lapar. Nak duit. Aku nak beli Maggi Cup kat 7E depan ni.” Fairuz menadah tangan. Lagak seperti kanak-kanak meminta duit dari ibunya. Berkerut dahi Mawar. Hairan. Tapi dia tetap menghulurkan not RM10 kepada Fairuz.

“Nanti bayar double.” kata Mawar.

“Yayy!!! Thank you!” serta merta mood Fairuz berubah. Dia terus keluar dan berlari ke 7 Eleven. Mawar menggeleng kepala. Memang dia tidak dapat memahami Fairuz.

‘Ada jugak lelaki macam ni.’ Mawar tersenyum sendiri.
 Sebenarnya, sifat-sifat yang macam tu lah yang buat Mawar tertarik dengan Fairuz.

************************************

“Awak. Tak nak temankan saya pergi showcase tu ke?” Mawar cuba memujuk Fairuz ke showcase Shah Adli yang bakal berlangsung 2 hari sahaja lagi.

“Alaaa… Buat apa pergi situ. Buang masa. Entah siapa dia tu.”

“Sebab entah siapa dia tu lah yang saya nak sangat pergi. Dia janji nak tunjuk muka dia nanti.”

“Percaya lah sangat.”

“Alaa… bukan mintak awak bayar tiket pun. Saya dah beli tiket. Tapi kawan saya tak dapat ikut. Awak gantikan dia. Tak boleh ke? Temankan je.” Geram betul Mawar dengan perangai mengada Fairuz. Kalaulah Fairuz di hadapannya sekarang…

“Upah?”

“Hishhh… Nanti saya belanja lah makan ke, apa ke…”

“Pizza??? Woahhh… bestnya pizza!!!”

“Mintak orang belanja, lepas tu demand pulak. Awak kan suka roti canai mamak tu. Makan tu je dah la.”

“Ok. Pergi sesorang.”

“FAIRUZ!!!” Mawar menjerit.

“Woi! Tak menjerit tak boleh ke?” Fairuz menjauhkan telefon dari telinga. Digosok-gosok telinganya itu. Geram dengan sikap Mawar yang satu ini. Suka menjerit.

“Hahahahaha. Dah tu, temankan k?”

“Tengoklah macam mana. Aku nak VIP seat.”

“Iye… memang VIP seat pun. Paling depan ha saya ambik.”

**********************************

‘Mana Fairuz ni?! Dah pukul berapa ni tak sampai sampai lagi.’ Mawar bengang. Hampir 10kali dia menelefon Fairuz, semua tidak berjawab.
Tiba-tiba telefonnya menerima satu isyarat mesej.

‘Mawar. Kau masuk dulu. Aku ada hal. Lambat sikit. Dah sampai nanti, aku bagitahu.’ –Fairuz.

Tanpa membuang masa, Mawar terus melangkah ke dalam stadium.


Tepat 8.30 malam, seorang lelaki muncul dari tengah pentas bersama percikan bunga api. Orangnya tinggi, berkulit cerah. Bahagian hadapan rambutnya mencecah mata, lurus dan berwarna perang. Hanya satu lampu yang menghala padanya dinyalakan. Penonton bersorak. Dia berpakaian serba hitam dan bertopeng! Beberapa ketika, dia cuma berdiri di tengah pentas dan melihat penonton.



“Let the show begin.” Tenang suaranya dan musik pun bermula.

Lagu pertama berunsur pop-dance. Dia rancak menari di pentas. Beberapa orang penari mengiringi persembahannya. Di tengah tengah lagu, dia membelakangi penonton. Topeng ditanggalkan dan diganti dengan topi dan cermin mata hitam. Teriakan penonton semakin kuat walaupun wajahnya masih terlindung.

‘Kenapa dia ni macam familiar je?’ bisik hati Mawar. Dia langsung lupa akan Fairuz yang masih belum muncul.

Lagu pertama berakhir. Lelaki itu berdiri di hujung pentas. Tempat yang paling hampir dengan penonton. Dia masih lagi bertopi dan bercermin mata.

“Hai…” satu sapaan itu sudah cukup untuk mengegarkan satu stadium dengan jeritan penonton.

“Hai… Saya Shah Adli. Terima kasih semua kerana sudi hadir. Sangat tak sangka stadium ni boleh penuh. Heh. Haih.. terharu. Hmmm… sepatutnya malam ini saya datang berdua ke sini. Tapi tak apa lah. Saya rasa dia dah sampai dan ada dikalangan anda semua.”

Tiba-tiba Shah menyembunyikan satu tangannya ke belakang. Kemudian, muncul satu mawar merah di tangan Shah.

“Bunga apa ni??!!!” Tanya Shah kepada penonton.

“MAWAR!!! ROSE!!!” jerit penonton hampir serentak.

“Hahaha. Mawar… pandaiii..hehehe. Dan untuk lagu seterusnya, terimalah Be My Girl.”

Shah Adli mula menari sambil sebelah tangannya memegang sebatang mawar merah. Semasa korus pertama dinyanyikan, Fairuz menanggalkan topinya.

One look from you girl and it’s too hard to get by
But excuse me girl, I've been watching you

All night, that’s right,
I’d like to take this night over

What I’m trying to say is you should be mine

(She should be my…)

Baby, baby

Baby, baby
Baby, baby
She should be my girl

-Be My Girl-

Mawar tidak tahu kenapa dia sangat berdebar. Baru dia perasan yang seat sebelahnya kosong. Matanya seakan tidak berkelip memandang Shah Adli.

Wanna make you my somebody
Wanna see this world with you
So hard to find love like this
Chances are far and few
No other one can have you
I want you to myself
My heart is open for you all life long
-Be My Girl-


Shah menuruni tangga menghampiri penonton. Perlahan-lahan dia menghampiri Mawar dan melutut dihadapan Mawar. Teriakan penonton tidak dihiraukan. Tiba-tiba Shah membuka cermin matanya.

‘FAIRUZ?!’ Mawar terkejut.

Shah menghabiskan rangkap terakhir lagu.

“What I’m trying to say is you should be mine…”

Shah menghulurkan bunga mawar tadi kepada Mawar.

“It’s yours…”



p/s : credit to JYJ. ayyin pinjam lagu dorang. hahahaha. -be my girl

(bersambung)


Monday, June 18, 2012

SITI MAWAR (3)


“wei. Kau betul tak ada pakwe ke?” Fairuz saja menggiat. Sebenarnya dia sudah tidak tahu apa yang boleh diborakkan dengan Mawar.

“kenapa?” Tanya mawar.

“aku ni bukan jenis suka kacau awek orang. Tapi aku rasa, kau tak ada kot.”

“apasal pulak?”

“type awek baransss dan rupa macam kau memang susah nak dapat pakwe. Ahahahaha.”

“FAIRUZ!!!” gelak Fairuz makin galak. Seronok betul dia mengusik Mawar. Bayangnya pada rupa Mawar merajuk dengan bibir muncung. Pasti comel.

“oo… Awak ingat saya tak laku la ye? Hello.. pembetulan. Bukan tak laku ok, tapi cinta saya limited edition. Faham?”

“Tak. Tak faham. Hahahaha. Dah la kontot. Entah entah body macam bonsai. Tak seksi langsung. Kahkahkah..” Fairuz masih mengusik.

‘TUTT…TUTT…’ kedengaran talian dimatikan.

“Mawar? Oi.. mawar..” tiada suara Mawar di hujung talian. Mungkin gurauan Fairuz agak melampau.

Seketika fairuz merenung handphone di tangannya.‘Huh.. dasar perempuan. Cakap sikit, merajuk. Bosan betul.’ Fairuz mencampak handphonenya ke atas katil. Dia bangun mencapai tuala dan berlalu ke tandas.

******************************* 


Sudah menjadi kebiasaannya, selesai ber’jogging’, dia akan sarapan pagi di sebuah warung mamak berhampiran dengan rumahnya. Dia sekadar berbaju T dan berseluar pendek. Rambutnya terlindung di bawah topi(cap) merah. Cukup bersahaja.

“Bos! Apa macam bisnes hari ni? Ada baik ka?” sapa Fairuz ramah. Dia memang sudah biasa di kedai ini. Tambah lagi, dia pandai menebar roti canai.

“Hoii! Macam biasa, semua baik. Mahu tebar kah?” uncle Mamak senyum. Tangannya berkilat berlumur majerin.

“Boleh jugak. Banyak lagi ke?”

“Ada separuh lagi.”

Fairuz mengelap peluh dengan tuala kecil yang dibawanya. Kemudian, dia ke sinki untuk mencuci tangan. Dia mengelap tangan sebelum ke tempat yang disediakan khas bagi menebar roti canai. Sedang asyik Fairuz menyiapkan roti, tiba-tiba kedengaran satu suara gadis.

“Bang, roti kosong dua. Kari lebih, ok.”

Fairuz mendongak. Alangkah terperanjat apabila yang berdiri didepannya adalah gadis yang selalu muncul dalam mimpinya, Siti Mawar. Mawar tidak memandangnya, sibuk mencari sesuatu di dalam beg. Fairuz tunduk. Wajahnya terlindung disebalik topi.

“Erk… Ok. Ok. Duduklah dulu kat sana.” Kata Fairuz perlahan. Suaranya bergetar. Dalam hatinya berdoa agar Mawar tidak cam wajahnya.

‘Aduimak… Bukan macam ni cara aku dengan Mawar nak jumpa. Tak cool lah!’

Tanpa membuang masa, Fairuz segera menyiapkan roti yang dipesan supaya Mawar cepat berlalu dari situ. Dia bernasib baik. Mawar langsung tidak mengecam wajahnya.

‘Nampak sangat pemalas. Anak dara beli sarapan pagi? Heh. Siap kau karang, Mawar.’


9malam…

“Hoi! Ada anak dara malas masak! Pagi-pagi dah beli sarapan kat kedai mamak. Hahahaha.” Sakan Fairuz gelakkan Mawar.

“Ha? Stalker!!! Awak, apa saya buat semua awak tahu kan?” Mawar terkejut. Semua benda Fairuz tahu.

“Well.. Hahahaha. Wei, aku pun buat sarapan sendiri. Malu la sikit.”

“Awak kat mana tadi?”

“Kat kedai tu lah.”

“Buat apa kat situ?”

“Buang air. Hah. Siot lah kau ni. Dah kat kedai mamak, sarapan lah.”

“Tak nampak pun.”

“Dah jalan tengok lantai, mana nak nampak orang.”

“Tadi kata buat sarapan sendiri, dah kenapa kat kedai mamak?”

“Hahahahaha. Sedap tak roti canai aku buat?”

“What the…???!!!”

“HAHAHAHAHAHA.”

“Eleh… tipu.”

“Ok. Tak caya, sudah.”

“Awak keturunan mamak???”

“haiii... dia ni…”

Baru Mawar ingat. Lelaki yang tebar roti tadi berkulit cerah.

“A… Awak ke tadi?”

“Yup…” Fairuz tersengih. Bangga.

“Eiii… Geram. Dah, kenapa tak tegur.”

“Perlu ke?”

“Ok. Fine.”

“Saje nak tengok kau cam aku tak. Hahaha.”

Malam terus berlalu.

*********************************

Keesokan paginya, seperti waktu semalam, Mawar ke kedai mamak semalam dengan harapan Fairuz ada di situ. Dia mahu tahu siapakah pemuda misteri yang selalu berhubung dengannya itu.

“Erk… Uncle. Lelaki Melayu yang tebar roti semalam tu, siapa? Dia tak ada hari ni?” Mawar bertanya pada Uncle yang menjaga kaunter.

“Siapa? Adli ka?”

“Adli? Bukan Fairuz?”

“Ooo.. betul la. Nama dia Fairuz Adli.”

“Erk… ye. Ye. Mana dia?”

“Tak tahu. Dia tak datang ini hari. Kenapa?”

“Tak ada apa. Thank you uncle.”

Tiba-tiba telefon Mawar menerima isyarat mesej.

‘Tak payah nak cari aku kat kedai mamak tu. Aku tak pergi hari ni.’

Merah padam muka Mawar menahan malu. Digenggam erat telefonnya, geram. Mana taknya,nampak sangat dia terhegeh pada lelaki yang tidak berperasaan itu.



11pagi, waktu kuliah.

Tumpuan Mawar masih pada skrin di hadapan. Tiba-tiba telefonnya bergetar.

1 message received.
‘Mawar. Aku nak pergi dah. Balik nanti aku call kau. Jangan rindu aku.’
-Fairuz

‘Awak nak pergi mana?’ Mawar membalas namun mesej tidak berjaya dihantar. Fairuz telah mematikan telefon bimbitnya.

‘Benda apa pulak dia nak buat ni..’ Mawar keliru. Malam itu, Mawar tidak memerima panggilan dari Fairuz seperti biasa. Seminggu berlalu, Fairuz masih menyepi.
Mana dia hilang? Aku nak call dia? Memang tak la.

Rindukah?

*****************************

SITI MAWAR. Satu nama yang semakin mengisi hari sepi Fairuz. Hati? Mungkin hatinya juga sedikit terisi. Sekurangnya sekarang Fairuz sudah tahu untuk senyum. Fairuz membetulkan duduk. Senyuman di bibir masih mekar. Matanya terus merenung tanpa jemu satu wajah yang menghiasi latar belakang iPadnya.

‘Siti Mawar. Aku suka nama tu.’ Fairuz tersenyum.

Sebatang rokok dinyalakan. Rokok dibibir disedut perlahan. Matanya terpejam.


(bersambung)