Lagi sebulan,
showcase bakal berlangsung. Identiti Shah Adli bakal terbongkar. Shah Adli
membawa 2 genre lagu iaitu pop-dance dan ballad. Dia mendapat kerjasama
kenalannya yang berada di Jepun bagi menjayakan showcasenya. Untuk itu, dia
telah ke sana selama beberapa minggu.
**************************
3 minggu berlalu.
Mawar berjalan
keluar dari 7eleven.
"Eokk… Eokk…" butang hijau pada kunci Viva Elitenya ditekan. Pintu dibuka dan dia melangkah masuk. Tiba-tiba
pintu bahagian penumpang disebelahnya dibuka dan seorang lelaki masuk ke dalam keretanya.
“Eh…” Mawar
terkejut. Dipandang wajah pemuda tersebut. Lagaknya bersahaja.
“A…awak siapa?” tanya
Mawar. Tipu kalau dia langsung tidak berasa takut memandangkan akhir-akhir ini
banyak kes rogol melibatkan wanita seusianya. Rambut perang lelaki itu menarik
perhatiannya.
“Tumpangkan aku.
Aku nak balik rumah. Tak ada duit.” Lelaki itu tidak mengendahkan pertanyaan
Mawar.
“Kau siapa?!!”
Mawar separuh menjerit. Pintu disebelah kanannya dibuka, bersedia untuk keluar.
Pantas lelaki itu memegang tangan Mawar. Tangan kiri lelaki itu menekup mulut
Mawar.
“Wei. Kau apahal
nak jerit-jerit. Orang pandanglah. Tak malu ke?” Bisik lelaki itu perlahan tetapi bernada geram.
Mawar menggigil ketakutan. Dia menarik tangannya dari genggaman lelaki itu.
“Sia-sia aku kasi
gambar tapi kau tak cam aku pun. Hari tu bukan main marah aku tak tegur. Siap
pergi cari aku kat kedai mamak tu. Ni 3 minggu aku tak contact, lagi lah
lupa aku.” Fairuz seperti berjauh hati.
“FAIRUZ??!!”
bulat mata Mawar. Tangannya menekup mulut.
“Bukan. Hantu.” Fairuz
seperti merajuk. Dia langsung tidak memandang Mawar.
“Hahahaha. Awak ke
ni?” Mawar masih tidak puas hati. Fairuz hanya diam. Malas melayan karenah Mawar.
Dia cuma mahu balik rumah dan tidur. Oleh kerana dia baru saja sampai ke
Malaysia, dia masih belum biasa dengan pertukaran waktu.
Mawar masih memerhati
Fairuz. Senyum mekar di bibirnya. Jelas keletihan di wajah Fairuz.
“Kau apesal
pandang pandang aku? Tak pernah tengok orang ke? Kau nak drive ke tak ni?”
“Mana awak hilang?”
Mawar bertanya. Dia masih tidak berpuas hati.
“Mawar! Aku
mengantuklah! Aku nak balik. Kau nak hantar ke tak. Kalau tak nak, aku naik
bas.” Fairuz mula geram.
“Hehehe. First
time jumpa, dah moody. Awak tak happy ke jumpa saya?”
“Happy apanya? Aku
bukan jumpa bidadari syurga pun nak happy happy.” Mawar terdiam. Lelaki itu
seperti biasa, tidak berperasaan.
“Baiklah. Kat mana
rumah awak?” Mendatar suara Mawar. Fairuz perasan perubahan Mawar dan dia faham
yang Mawar memang mudah terasa hati.
“Aku lapar. Nak
duit. Aku nak beli Maggi Cup kat 7E depan ni.” Fairuz menadah tangan. Lagak
seperti kanak-kanak meminta duit dari ibunya. Berkerut dahi Mawar. Hairan. Tapi
dia tetap menghulurkan not RM10 kepada Fairuz.
“Nanti bayar
double.” kata Mawar.
“Yayy!!! Thank
you!” serta merta mood Fairuz berubah. Dia terus keluar dan berlari ke 7
Eleven. Mawar menggeleng kepala. Memang dia tidak dapat memahami Fairuz.
‘Ada jugak lelaki
macam ni.’ Mawar tersenyum sendiri.
Sebenarnya, sifat-sifat yang macam tu lah yang
buat Mawar tertarik dengan Fairuz.
************************************
“Awak.
Tak nak temankan saya pergi showcase tu ke?” Mawar cuba memujuk Fairuz ke
showcase Shah Adli yang bakal berlangsung 2 hari sahaja lagi.
“Alaaa…
Buat apa pergi situ. Buang masa. Entah siapa dia tu.”
“Sebab
entah siapa dia tu lah yang saya nak sangat pergi. Dia janji nak tunjuk muka
dia nanti.”
“Percaya
lah sangat.”
“Alaa…
bukan mintak awak bayar tiket pun. Saya dah beli tiket. Tapi kawan saya tak
dapat ikut. Awak gantikan dia. Tak boleh ke? Temankan je.” Geram betul Mawar
dengan perangai mengada Fairuz. Kalaulah Fairuz di hadapannya sekarang…
“Upah?”
“Hishhh…
Nanti saya belanja lah makan ke, apa ke…”
“Pizza???
Woahhh… bestnya pizza!!!”
“Mintak
orang belanja, lepas tu demand pulak. Awak kan suka roti canai mamak tu. Makan
tu je dah la.”
“Ok.
Pergi sesorang.”
“FAIRUZ!!!”
Mawar menjerit.
“Woi!
Tak menjerit tak boleh ke?” Fairuz menjauhkan telefon dari telinga.
Digosok-gosok telinganya itu. Geram dengan sikap Mawar yang satu ini. Suka
menjerit.
“Hahahahaha.
Dah tu, temankan k?”
“Tengoklah
macam mana. Aku nak VIP seat.”
“Iye…
memang VIP seat pun. Paling depan ha saya ambik.”
**********************************
‘Mana Fairuz ni?!
Dah pukul berapa ni tak sampai sampai lagi.’ Mawar bengang. Hampir 10kali dia
menelefon Fairuz, semua tidak berjawab.
Tiba-tiba
telefonnya menerima satu isyarat mesej.
‘Mawar. Kau masuk
dulu. Aku ada hal. Lambat sikit. Dah sampai nanti, aku bagitahu.’ –Fairuz.
Tanpa membuang
masa, Mawar terus melangkah ke dalam stadium.
Tepat 8.30 malam,
seorang lelaki muncul dari tengah pentas bersama percikan bunga api. Orangnya
tinggi, berkulit cerah. Bahagian hadapan rambutnya mencecah mata, lurus dan
berwarna perang. Hanya satu lampu yang menghala padanya dinyalakan. Penonton
bersorak. Dia berpakaian serba hitam dan bertopeng! Beberapa ketika, dia cuma berdiri
di tengah pentas dan melihat penonton.
“Let the show
begin.” Tenang suaranya dan musik pun bermula.
Lagu pertama
berunsur pop-dance. Dia rancak menari di pentas. Beberapa orang penari
mengiringi persembahannya. Di tengah tengah lagu, dia membelakangi penonton.
Topeng ditanggalkan dan diganti dengan topi dan cermin mata hitam. Teriakan penonton
semakin kuat walaupun wajahnya masih terlindung.
‘Kenapa dia ni
macam familiar je?’ bisik hati Mawar. Dia langsung lupa akan Fairuz yang masih
belum muncul.
Lagu pertama
berakhir. Lelaki itu berdiri di hujung pentas. Tempat yang paling hampir dengan
penonton. Dia masih lagi bertopi dan bercermin mata.
“Hai…” satu
sapaan itu sudah cukup untuk mengegarkan satu stadium dengan jeritan penonton.
“Hai… Saya Shah
Adli. Terima kasih semua kerana sudi hadir. Sangat tak sangka stadium ni boleh
penuh. Heh. Haih.. terharu. Hmmm… sepatutnya malam ini saya datang berdua ke
sini. Tapi tak apa lah. Saya rasa dia dah sampai dan ada dikalangan anda semua.”
Tiba-tiba Shah
menyembunyikan satu tangannya ke belakang. Kemudian, muncul satu mawar merah di
tangan Shah.
“Bunga apa
ni??!!!” Tanya Shah kepada penonton.
“MAWAR!!! ROSE!!!”
jerit penonton hampir serentak.
“Hahaha. Mawar…
pandaiii..hehehe. Dan untuk lagu seterusnya, terimalah Be My Girl.”
Shah Adli mula
menari sambil sebelah tangannya memegang sebatang mawar merah. Semasa korus
pertama dinyanyikan, Fairuz menanggalkan topinya.
One look from you girl and it’s too hard to get
by
But excuse me girl, I've been watching you
All night, that’s
right,
But excuse me girl, I've been watching you
I’d like to take this night over
What I’m trying to
say is you should be mine
(She should be my…)
Baby, baby
Baby, baby
Baby, baby
She should be my
girl
-Be My Girl-
Mawar tidak tahu kenapa dia sangat berdebar.
Baru dia perasan yang seat sebelahnya kosong. Matanya seakan tidak berkelip
memandang Shah Adli.
Wanna make you my somebody
Wanna see this world with you
So hard to find love like this
Chances are far and few
No other one can have you
I want you to myself
My heart is open for you all life long
-Be My Girl-
Wanna see this world with you
So hard to find love like this
Chances are far and few
No other one can have you
I want you to myself
My heart is open for you all life long
-Be My Girl-
Shah menuruni tangga menghampiri penonton. Perlahan-lahan
dia menghampiri Mawar dan melutut dihadapan Mawar. Teriakan penonton tidak
dihiraukan. Tiba-tiba Shah membuka cermin matanya.
‘FAIRUZ?!’ Mawar terkejut.
Shah menghabiskan rangkap terakhir lagu.
“What I’m trying to say is you should be mine…”
Shah menghulurkan bunga mawar tadi kepada
Mawar.
“It’s yours…”
p/s : credit to JYJ. ayyin pinjam lagu dorang. hahahaha. -be my girl
(bersambung)
0 comments:
Post a Comment