nuffnang

Saturday, January 28, 2012

SITI MAWAR (2)

Sebuah majalah hiburan menarik perhatian Mawar. Bulat mata Mawar membaca tajuk besar di muka hadapan.

‘SHAH ADLI BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN SECARA LIVE!’

Shah Adli sangat misteri. Orang cuma kenal suaranya sahaja. Tiada siapa tahu siapa sebenarnya dia. Lagunya semua ditulis sendiri dalam bahasa inggeris. Jualan albumnya mencecah seratus ribu selepas 3 bulan di pasaran. Mawar tersenyum sendiri. Dia mesti pergi ke showcase yang bakal berlangsung 2 bulan lagi. Mawar terus ke kaunter untuk membayar majalah itu.



*******

Setiap malam seperti menjadi kewajipan untuk Fairuz menelefon Mawar. Sekurangnya sekali satu hari.

“Assalamualaikum.”
“Wei. Lambat la kau angkat fon. Kau gi mana?”
“Jawab la salam.”
“Waalaikumussalam.”
“Pandai pun. A…Aku dalam toilet tadi.”
“Ooooo… Patutlah.”
“Patutlah apa?”
“Heh. Tak ada apa… Mawar…”
“Hmm?”
“Kau tak payah la ber aku kau. Tak best.”
“Hmm?”
“Tak best perempuan kalau kasar.”
“Hmmmm. Dah kau…eh. Awak tu boleh? Sama sama la pakai saya awak.”
“Aku lelaki. Kau perempuan. Janganlah nak samakan.”


“Fairuz.”
“Hm?”
“Awak kenal saya?”
“Tak pun.”
“Dah tu macam mana awak tau nama, nombor telefon, dan banyak pasal saya?”
“Tahu tak semestinya kenal.”
“Stalker.”
“Hahaha. Hobi kot.” Mawar mencebik.
“Awak cam saya?”
“Mestilah.”
“Tipu.”
“Kau ada tahi lalat kat tepi bibir belah kanan. Eh. Tinggi kau berapa eh?”
“Mana tahu ni? Scary lah dia ni.”
“Aku tanya, tinggi kau berapa? Aku rasa tak sampai 160cm kot.”
“155.”
“Pendek. Buahahahaha.”
“bukan pendek sangat pun.”
“Pendek wei. Takat bahu aku je tu. Eh. Entah lepas bahu aku tak. Berat?”
“56kg.”
“Bapak gemuk. Bahahahaha. Kau kuat makan eh?”
“Tak lah. Mana ada gemuk.”
“Mengaku je lah.”
“Memang tak lah. Awak?”
“Kehkehkeh. Apa?”
“Tinggi? Berat?”
“180. Berat 60 something.”
“Tingginya.”
“Tu baru normal. Tak macam kau. Hahahaha.”
“Perempuan tinggi 180 tak normal lah.”
“Siapa cakap kena sampai 180? Dalam 160 something dah ok kot.”
“Ye lah ye lah. Alaa… orang comel memang lah tak tinggi sangat.” Mawar mengomel sendiri.
“Ha? Apa?”
“Tak ada apa apa.”
“Ada orang pernah cakap kau comel eh?”
“Erkk.. tak.”
“Jangan tipu!”
“Ada.”
“Oooo.. nanti, kau tanya orang tu dia rabun ke tak. Hahahaha.”
Fairuz memang gila. Suka menyakat. Tanpa sedar, Fairuz dah isi hari Mawar dengan gelak dan senyum walau kekadang perangai Fairuz agak menyakitkan hati.

“Mana aci awak tau saya, saya tak tau awak.”
“kenapa? Dah tertarik dengan aku ke?”
“Eh. Sengal.”
“Hahahaha. Nak kenal aku la ni?”
“Tak.”
“Jom berkenalan. Hai. Nama saya fairuz. Nama awak Siti Mawar kan. Selamat berkenalan. Cantik nama awak. Macam tuan dia. Kekekeke.”
“Haishh dia ni. Fairuz je ke nama awak?”
“Penting ke tau nama panjang?”
"Ye kot."
"Kau kenal Shah Adli?"
"Mestilah."
"Aha. so, nama aku Shah Adli. ok?"
"Eleh..."

“Mawar. Orang yang dah mati pergi mana?”
“Hmmm. Kenapa?”
“Tetiba terfikir mama aku pergi mana.”
“InsyaAllah ke syurga.”
“Mana kau tau?”
“InsyaAllah. Doakanlah.”
“Buat apa tu?”
“Tengok bintang. Ce buka tingkap, tengok. Cantik. Malam ni banyak bintang.”
“Kejap……… (Fairuz membuka tingkap) Hmmm… banyak.”
“Dulu, masa kecil, abah cakap ibu jadi bintang. Jadi, malam malam, ibu akan teman saya tidur. Pernah sekali tu, hujan. Bintang tak ada. Heh. Saya nangis ingat ibu dah tak sayang saya.”
“Hahahaha. Comel lah kau ni. Mama aku pun mesti ada kat sana kan?”
“Iye. Dia tengah tengok awak tu.”
“Aku rindu dia. Kenapa dia tak bawa aku sekali?”
“Haish. Tak baik lah cakap macam tu.”

“Oi gem... gem... gem...”
“Apa?”
“Mok. Buat apa tu? Suka lambat angkat fon.” Mawar menggeleng. Fairuz... Fairuz... macam macam.
“Baru lepas baca yassin lah.”
“Yassin? Kenapa?”
“Bila rindu ibu, saya baca yassin.”
“Kenapa?”
“Yassin tu macam hadiah untuk dia.”
“Oooooo… Mawar. Tolong aku boleh?”
“Apa?”
“Tolong bacakan untuk mama aku. Kesian dia tak dapat hadiah.” risau benar suara Fairuz.
“Lahh.. Lagi best kalau anak dia baca.”
“Aku tak pandai.”
“Saya ajar, k.”
“Ok.Thanks Mawar.”

“buat apa tu?”
“tengok cerita.”
“tengok cerita pun still boleh call?”
“aah. Nak harapkan kau call? Huh.”
“hahaha.”
“Weh. Lupa. Kejap.”
“Apa?”
“Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy birthday to Mawar… Happy birthday to you…”
Mawar terpempan.
‘Suara tu. Kenapa suara tu macam biasa aku dengar?’ bisik hati Mawar.
“Thanks.” Mawar tersenyum sendiri.
“Hmm…”
“Mana awak tahu birthday saya?”
“Aku kan stalker. Heh.”
“Sengal.” Mawar tersenyum.
“Jom celebrate.”
“Ha? Kita?”
“ye lah.”
“Ye la tu.”
“Aku serius lah.”
“Saya tak kenal awak.”
“Ni aku nak kenalkan lah ni.”
“Hmm… “
“ok ok. Aku faham kau taknak. Bak email kau. Aku kasi hadiah.”
“star.mawar @gmail.com”
“kenapa star?”
“ibu saya.”
“Oooo.. ha… dah. Nanti kau check k.”
“orait.”

Malam tu Mawar buka emailnya.
‘nah hadiah BESAR dari aku. Mahal ni. Tak kan ada kat kedai.’
Rupanya Fairuz memberikan Mawar satu gambar. Boleh tahan. Tapi sakai. Rambut perang.
‘Oooo.. Ni lah Fairuz rupanya.’ Mawar tersenyum.

(bersambung)

Fairuz



Friday, January 27, 2012

SITI MAWAR (1)


Hari panas ditambah dengan jalan sesak. Mawar memandang jam sekilas. 5.15 petang. Solat asar masih belum ditunaikan dan dia masih terperangkap di tengah-tengah bandaraya. Seharian di kampus sangat memenatkan. Tambah pula banyak perkara yang dia perlu selesaikan hari ini. Mawar cuba memasuki lorong kanan jalan. Tiba-tiba…
“BANG!!!”

Satu hentaman pada sebelah kanan kereta sangat memeranjatkan Mawar. Sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000 telah melanggar bahagian kanan keretanya. Mawar beristighfar panjang. Perlahan-lahan dia membuka pintu kereta. Mungkin salahnya tidak berhati-hati tetapi dia betul betul tidak nampak motosikal itu tadi.Bahagian hadapan sebelah kanan keretanya kemek sedikit. Nasib baik sempat break.

“Awak. Maaf. Maaf. Tak Nampak tadi. Awak ok?” Mawar menghampiri pemuda yang terbaring di tengah jalan raya. Pemuda tersebut menanggalkan topi keledar, jelas menampakkan rambutnya yang berwarna perang. Orang ramai mula berkerumum. Terpamer kesakitan pada wajah pemuda itu.

“Woi. Buta ke?” lelaki itu berdiri menghampiri Mawar. Lagaknya langsung tidak seperti dalam kesakitan. Lututnya sahaja mungkin luka sedikit.

“Erk… maaf wak. Saya tak nampak awak tadi. Saya betul betul tak Nampak.”
“Dah. Dah. Aku nak ganti rugi sekarang. Takde masa la nak layan kau.” Kata lelaki itu sambil menghulur tangan meminta duit. Angkuh. Dari mana Mawar boleh mendapatkan duit dalam keadaan tiba tiba macam tu.
Mawar membelek beg tangan. Cuma ada RM30 sahaja.
“erk… ni je saya ada kalau awak nak sekarang.”
“heh. 30 ringgit? Beragak la.”
“tapi… awak tak macam sakit pun.”
“aku nak buat check up, dan motor aku tu apa cerita? Nak bayar bengkel pakai kertas?”
“ok. Ok. Berapa awak nak?”
“RM500.”
“erk… banyaknya. Tak kan sampai RM500 kot.”
“nak kasi tak? Dah salah tu buat cara salah.”
“mana saya ada banyak macam tu. Lagipun, kereta saya kena baiki jugak.”
“Ada aku kisah? bak handphone kau.” Lelaki itu terus merampas beg tangan Mawar.
“hey!” tanpa memperdulikan Mawar, dia mengeluarkan handphone dari beg tangan dan mencampak semula beg itu ke arah Mawar. Lelaki itu mendial nombor telefonnya menggunakan telefon Mawar.

“dah. Nah. Nanti aku cari kau.” Dia mengembalikan telefon bimbit.

Mawar sekadar memandangnya memakai semula topi keledar.

“woi. Kau jangan pepandai nak tukar nombor telefon. Kalau tak, siap kau.”

Mawar menahan geram. Tak ada etika kemanusiaan punya lelaki. Mawar masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan. Segala penatnya tadi hilang. Keesokannya, Mawar mendaftar nombor telefon baru.

**********


Sebulan berlalu dengan tenang. Mawar agak bernasib baik. Peristiwa petang itu hilang begitu saja. Tumpuan Mawar sepenuhnya kepada pensyarah di hadapan. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Berkerut dahi Mawar melihat nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin telefonnya. Mawar menundukkan kepala sedikit bagi menjawab panggilan. Takut pensyarah nampak.

“Hello. Assalamualaikum.”
“Erk. Waalaikumussalam. Boleh bercakap dengan Siti Mawar?” suara lelaki asing di hujung talian.
“Ye. Saya bercakap.”
“YES!” tiba tiba lelaki itu bersorak.
“Siapa ni?”
“Orang. Yang kau berbisik bisik ni kenapa? Menggoda la suara macam tu.”
“Maaf. Saya dalam kuliah.” Mawar terus mematikan talian. Tak sampai seminit, telefonnya bergetar lagi. Kali ini Mawar membiarkannya sahaja.

Pada waktu malam, sekali lagi Mawar menerima panggilan dari lelaki itu.
“Awak siapa?”
“Orang. Tadi kenapa letak?”
“Kuliah.”
“ooo… kau belajar lagi lah ye?”
“Awak siapa?” Mawar mula hilang sabar. Suaranya sedikit meninggi.
“binatang tak tahu kot nak jawab panggilan, kan?” suara lelaki itu seperti menahan geram.
“Kalau manusia, tahu bahasa.” Mawar terus mematikan talian. Siapa lelaki tu sampai ber aku kau? Tiba tiba Mawar teringat peristiwa kemalangan bulan lepas.
‘Ahh… Tak mungkin lah.’ Bisik hati Mawar

Hari berikutnya, setiap hari pasti ada panggilan dari lelaki itu tetapi sekalipun Mawar tidak menjawab. Hari ke empat, Mawar menerima satu pesanan ringkas.

‘aku Fairuz. Tak payah lah nak menyombong sangat.’

Seingat Mawar, tiada seorang pun rakannya bernama Fairuz. Lagilah dia tidak melayan. Tak mungkin lelaki tu. Kalau betul pun, dari mana dia dapat nombor Mawar?

Hari hari kemudian juga sama. Mawar terus diganggu. Sabar Mawar ada batas juga. Setelah beberapa hari begitu, Mawar menjawab panggilan.

“Awak jangan kacau saya lagi boleh tak?” tanpa salam Mawar terus menyerang.
“Mama aku baru je meninggal.” sayu suara Fairuz.
“Ha?” Mawar tersentap.
“Kau nak marah marah aku jugak?”
“Eh. Erk… Tak.” Mawar buntu.
“Kau pun nak tinggal aku jugak ke?”
“Erk… Bukan macam tu.”
“Temankan aku.”
“Ha?”
“Ha? Ha? Pekak ke? Aku cakap, temankan aku. Boleh tak?”
Mawar menarik nafas dalam. Fairuz suka menguji kesabarannya.
“Erk… kenapa aku?”
“Tak nak tak payah.” Fairuz seperti berjauh hati.
“Eh, bukan macam tu.”
“Kau tak nak cakap pun takpe. Temankan aku je. Stay kat situ.” Sayu suara Fairuz. Fairuz sangat memerlukan seseorang sekarang. Mawar faham. Dia pun pernah mengalami situasi itu.
“Ok.” Suasana sepi. Kemudian, Mawar terdengar esakan kecil. Fairuz menangis. Hati Mawar tersentuh. Dia sendiri berasa sayu.
“Fairuz.” Esakan Fairuz terus kedengaran. Mawar hanya diam menemani Fairuz.

(bersambung)



Friday, January 20, 2012

diari iqram-13 (akhir)

ini coretan terakhir aku dalam diari ini.

iman...
aku sunyi. kau pergi buat hidup aku kosong. dan kau terus hilang tanpa berita. kau dah lupa aku kot.
iman...
aku dah tinggal semua perempuan tu. semua sebab kau. kau pernah bising kan sebab aku ramai perempuan. tapi dorang tak lebih macam kau.
iman...
kau kat mana? kau tunggu aku pergi sana ke? aku ada buat salah? atau ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku? tiap hari aku buka, tengok profile kau. harapkan kau ada update something.

lepas kau pergi, aku sedar yang kau bukan sekadar kawan bagi aku.

iman... hati aku... pedih.
separuh aku dah hilang.

benar tanggapan aku. tanggal 20 januari 2012, segalanya terjawab. petang tu, aku buka profile facebook kau. ada post dari papa kau.

'sayangku, iman humaira telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 5 pagi akibat dari masalah paru paru yang dihadapinya. minta semua sahabat iman humaira sedekahkannya alfatihah.'

jangan tanya macam mana aku lepas aku baca post tu. aku... aku... macam... hidup aku macam mati. aku cuba hubungi papa kau. tak sangka dia kenal aku. dia cerita segalanya pada aku. kau balik untuk pembedahan kan? tapi aku ni siapa sampai kau tak nak kongsi sakit kau dengan aku? iman... tak kan macam ni saja akhirnya kita? *wipe tears

apa ni? hari tu, kau tinggal aku dan pergi jauh, hari ni, kau tinggal aku dan pergi selamanya? iman, macam mana dengan aku kat sini? :'(

uncle cakap, kau tinggalkan something untuk aku - nota harian kau selama kau di sana. uncle emailkan nota tu untuk aku. iman... kau kejam kan? kat dalam tu, kau ceritakan segala kesakitan kau, rindu dan sayang kau. kau cerita perasaan kau. kau dera aku dalam diam, man. uncle cakap, kau banyak berubah bila balik sana. kau pakai tudung. kau cuba jadi sebaik muslimah. aku syukur sangat. :')

'iqram, aku tinggal kau sebab aku sayang kau. ada yang terbaik kat luar sana untuk kau.'-iman humaira

man. kat dunia ni, tak ada manusia yang sempurna lah. tapi aku tahu aku dah dapat cinta kau, kan?

terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku, sudi kongsi sedih gembira, kongsi susah senang. kau jaga aku masa aku sakit. dan tanpa aku sendiri sedar, sebenarnya kau sangat sempurna untuk aku. tak kan ada pengganti kau dalam hidup aku. :'(

aku pernah terbaca satu sabda Rasulullah SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

dan aku doakan kau ditempatkan di kalangan ahli syurga. :')

iman humaira, ini diari kau. ini diari hati aku. diari ini bukti kisah IMAN HUMAIRA dan IQRAM HADI pernah wujud.

salam sayang,
IQRAM HADI

AL-FATIHAH...

'IQRAM... TERIMA KASIH.' - iman humaira

Iman Humaira
(gambar hiasan)








Monday, January 2, 2012

diari iqram-12

"oi encik iqram hadi. tunggu aku le tewwww.. hiks."
"aahh.. iye. hari hari lambat. macam perempuan."
"lahhh.. dah kalau bukan perempuan?"
"perempuan ke?"
"dah dah. jom..."


"woi. pagi pagi dah buat muka gagal apasal?" jelas tiada senyuman di wajah iman pagi tu.
"iq. aku nak bagitahu kau something."
"yup. what?"
"erkk.."
"serius sangat kenapa? seram aku."
"mama papa aku panggil aku balik UK." terus aku memandang iman, meminta kepastian.
"what? tapi... kenapa tetiba?"
"papa call minggu lepas. grandma aku sakit."
"bertuah kau kan? dah seminggu baru bagitahu aku?"
"a...aku tak sampai hati nak bagitahu."
"bila pergi?"
"esok."
"esok? heh. kau gila. lain kali, kau bagitahu masa kau nak naik flight tu, k." pedih. aku tak dapat mengawal perasaan.
"iq. aku mintak maaf." selera makan aku melayang entah ke mana.
"belah la kau, man."
aku mencapai beg dan terus berlalu.


"iq. tunggu lah." iman cuba menyaingi langkah aku.
"berapa lama pergi?" tanya aku tanpa memandang iman.
"mungkin tak balik." langkah aku terhenti. aku merenung tepat ke mata iman.
"man. kau sedar tak apa kau buat? aku ni siapa bagi kau?"
"aku dah cuba mintak dengan papa. aku nak dok sini dengan kau."
"at least bagitahu la aku."


hari tu kami menghabiskan masa bersama. walaupun mood aku melayang entah ke mana, iman faham.


"iq. kau suka aku kan?"
"tak." lancar jawapan tu keluar dari mulut aku.
"heh. ye la tu. kan iq, kan?"
"takk.."
"ok." wajah iman berubah.
"tanya la aku sayang kau tak."
"kau sayang aku tak?" meleret senyum di bibir iman.
"TAK."
ala.. kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapan tu kenapa?


"iman. jangan pergi..."
iman sekadar tersenyum nipis. aku tahu dia akan pergi juga.
"man. aku tunggu kau balik."
"jangan iq."
"macam mana aku kat sini kau tak ada?"
"kawan kawan lain kan ramai."
"dorang tak macam kau."
"dah sebelum kau kenal aku dulu?"
"tu lain lah."
"jadi macam dulu balik la."
"mann.. tolong. jangan pergi."
tiada jawapan dari iman. dia hanya mampu tersenyum setiap kali permintaan itu aku suarakan.
"kau selfish la."
masih tiada suara dari iman.
"kau nak tinggal aku, man?"
"family aku kat sana, iq."


esoknya aku menghantar iman ke lapangan terbang. betul. hati aku berat nak lepas dia pergi.


"iman. betul ke ni?"
"aku terpaksa."
"kalau kau tak boleh balik, aku kumpul duit pergi sana, k."
iman sekadar tersenyum. aku tahu hati dia berat.
"iman. hati kau dengan aku lagi kan?" aku menggaru kepala yang tak gatal.
iman tersenyum lagi, "jangan tunggu aku, iq."
"aku tunggu. tak kisah la berapa tahun pun."
"aku minta maaf, k."
aku menunjukkan satu gambar kepada iman. gambar hati yang dia kasi hari tu.
"aku dah lama baiki. tapi aku nak simpan hati tu."
air mata iman menitis.
"kau.. kau buang la hati tu."
"ha?"
"aku dah tak balik."
"man. kita boleh contact kan? facebook? skype?"
sekali lagi iman tersenyum. senyuman tu penuh makna. kenapa ni?
"memang aku harap macam tu, iq."
"kenapa ni? kita boleh contact lagi kan?"
iman tidak menjawab. dia teresak.
"iman. look. aku tahu kau sayang aku. aku tahu hati kau kat mana sekarang. wei. tak cool la menangis."
iman menyapu air matanya.
"iq. aku sayang kau. aku terpaksa pergi. tolonglah. kau carilah kebahagiaan kau kat sini k. jangan tunggu aku. nanti, kau tag la aku kat gambar kahwin kau, k." iman cuba senyum.
"heh. kau kenapa ni? jangan nak merapu lah. aku faham kau pergi sebab family. dah ok semua, kita jumpa lagi. percaya kat aku."


tiba tiba iman memeluk aku. aku tergamam. aku cuba menahan perasaan. air mata lelaki mana boleh jatuh.


"jangan tunggu aku. kau boleh bahagia kat sini."
"take care man."
"kau pun."


dan iman berlalu. aku memandang iman sayu. iman melangkah perlahan lahan meninggalkan aku.


"IMAN!" suasana hingar menenggelamkan suara aku. iman semakin jauh. entah kenapa. ada perasaan takut menyelinap di hati aku.
"IMAN!!! IMAN!!!" aku mencuba lagi. dan akhirnya iman menoleh.
"AKU CINTA KAU!" aku menyeka air mata. sebak. biar lah apa orang lain nak kata. yang penting, aku kena bagitahu dia. iman tersenyum, melambai dan terus berlalu. aku yakin, iman dengar.


iman. jangan pergi. macam mana hari aku kau tak ada?


**************


lepas sebulan iman pergi, kami langsung tak berhubung. iman hilang macam tu je. facebook, twitter, skype, semua sepi. mana iman? aku memandang hati pemberian iman. sayu. dia memang nak lupa aku kot. aku ingat kata terakhir dia.


"jangan tunggu aku."


memang kau nak buang aku ke?


(bersambung)