nuffnang

Friday, January 27, 2012

SITI MAWAR (1)


Hari panas ditambah dengan jalan sesak. Mawar memandang jam sekilas. 5.15 petang. Solat asar masih belum ditunaikan dan dia masih terperangkap di tengah-tengah bandaraya. Seharian di kampus sangat memenatkan. Tambah pula banyak perkara yang dia perlu selesaikan hari ini. Mawar cuba memasuki lorong kanan jalan. Tiba-tiba…
“BANG!!!”

Satu hentaman pada sebelah kanan kereta sangat memeranjatkan Mawar. Sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000 telah melanggar bahagian kanan keretanya. Mawar beristighfar panjang. Perlahan-lahan dia membuka pintu kereta. Mungkin salahnya tidak berhati-hati tetapi dia betul betul tidak nampak motosikal itu tadi.Bahagian hadapan sebelah kanan keretanya kemek sedikit. Nasib baik sempat break.

“Awak. Maaf. Maaf. Tak Nampak tadi. Awak ok?” Mawar menghampiri pemuda yang terbaring di tengah jalan raya. Pemuda tersebut menanggalkan topi keledar, jelas menampakkan rambutnya yang berwarna perang. Orang ramai mula berkerumum. Terpamer kesakitan pada wajah pemuda itu.

“Woi. Buta ke?” lelaki itu berdiri menghampiri Mawar. Lagaknya langsung tidak seperti dalam kesakitan. Lututnya sahaja mungkin luka sedikit.

“Erk… maaf wak. Saya tak nampak awak tadi. Saya betul betul tak Nampak.”
“Dah. Dah. Aku nak ganti rugi sekarang. Takde masa la nak layan kau.” Kata lelaki itu sambil menghulur tangan meminta duit. Angkuh. Dari mana Mawar boleh mendapatkan duit dalam keadaan tiba tiba macam tu.
Mawar membelek beg tangan. Cuma ada RM30 sahaja.
“erk… ni je saya ada kalau awak nak sekarang.”
“heh. 30 ringgit? Beragak la.”
“tapi… awak tak macam sakit pun.”
“aku nak buat check up, dan motor aku tu apa cerita? Nak bayar bengkel pakai kertas?”
“ok. Ok. Berapa awak nak?”
“RM500.”
“erk… banyaknya. Tak kan sampai RM500 kot.”
“nak kasi tak? Dah salah tu buat cara salah.”
“mana saya ada banyak macam tu. Lagipun, kereta saya kena baiki jugak.”
“Ada aku kisah? bak handphone kau.” Lelaki itu terus merampas beg tangan Mawar.
“hey!” tanpa memperdulikan Mawar, dia mengeluarkan handphone dari beg tangan dan mencampak semula beg itu ke arah Mawar. Lelaki itu mendial nombor telefonnya menggunakan telefon Mawar.

“dah. Nah. Nanti aku cari kau.” Dia mengembalikan telefon bimbit.

Mawar sekadar memandangnya memakai semula topi keledar.

“woi. Kau jangan pepandai nak tukar nombor telefon. Kalau tak, siap kau.”

Mawar menahan geram. Tak ada etika kemanusiaan punya lelaki. Mawar masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan. Segala penatnya tadi hilang. Keesokannya, Mawar mendaftar nombor telefon baru.

**********


Sebulan berlalu dengan tenang. Mawar agak bernasib baik. Peristiwa petang itu hilang begitu saja. Tumpuan Mawar sepenuhnya kepada pensyarah di hadapan. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Berkerut dahi Mawar melihat nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin telefonnya. Mawar menundukkan kepala sedikit bagi menjawab panggilan. Takut pensyarah nampak.

“Hello. Assalamualaikum.”
“Erk. Waalaikumussalam. Boleh bercakap dengan Siti Mawar?” suara lelaki asing di hujung talian.
“Ye. Saya bercakap.”
“YES!” tiba tiba lelaki itu bersorak.
“Siapa ni?”
“Orang. Yang kau berbisik bisik ni kenapa? Menggoda la suara macam tu.”
“Maaf. Saya dalam kuliah.” Mawar terus mematikan talian. Tak sampai seminit, telefonnya bergetar lagi. Kali ini Mawar membiarkannya sahaja.

Pada waktu malam, sekali lagi Mawar menerima panggilan dari lelaki itu.
“Awak siapa?”
“Orang. Tadi kenapa letak?”
“Kuliah.”
“ooo… kau belajar lagi lah ye?”
“Awak siapa?” Mawar mula hilang sabar. Suaranya sedikit meninggi.
“binatang tak tahu kot nak jawab panggilan, kan?” suara lelaki itu seperti menahan geram.
“Kalau manusia, tahu bahasa.” Mawar terus mematikan talian. Siapa lelaki tu sampai ber aku kau? Tiba tiba Mawar teringat peristiwa kemalangan bulan lepas.
‘Ahh… Tak mungkin lah.’ Bisik hati Mawar

Hari berikutnya, setiap hari pasti ada panggilan dari lelaki itu tetapi sekalipun Mawar tidak menjawab. Hari ke empat, Mawar menerima satu pesanan ringkas.

‘aku Fairuz. Tak payah lah nak menyombong sangat.’

Seingat Mawar, tiada seorang pun rakannya bernama Fairuz. Lagilah dia tidak melayan. Tak mungkin lelaki tu. Kalau betul pun, dari mana dia dapat nombor Mawar?

Hari hari kemudian juga sama. Mawar terus diganggu. Sabar Mawar ada batas juga. Setelah beberapa hari begitu, Mawar menjawab panggilan.

“Awak jangan kacau saya lagi boleh tak?” tanpa salam Mawar terus menyerang.
“Mama aku baru je meninggal.” sayu suara Fairuz.
“Ha?” Mawar tersentap.
“Kau nak marah marah aku jugak?”
“Eh. Erk… Tak.” Mawar buntu.
“Kau pun nak tinggal aku jugak ke?”
“Erk… Bukan macam tu.”
“Temankan aku.”
“Ha?”
“Ha? Ha? Pekak ke? Aku cakap, temankan aku. Boleh tak?”
Mawar menarik nafas dalam. Fairuz suka menguji kesabarannya.
“Erk… kenapa aku?”
“Tak nak tak payah.” Fairuz seperti berjauh hati.
“Eh, bukan macam tu.”
“Kau tak nak cakap pun takpe. Temankan aku je. Stay kat situ.” Sayu suara Fairuz. Fairuz sangat memerlukan seseorang sekarang. Mawar faham. Dia pun pernah mengalami situasi itu.
“Ok.” Suasana sepi. Kemudian, Mawar terdengar esakan kecil. Fairuz menangis. Hati Mawar tersentuh. Dia sendiri berasa sayu.
“Fairuz.” Esakan Fairuz terus kedengaran. Mawar hanya diam menemani Fairuz.

(bersambung)



2 comments: