nuffnang

Thursday, June 30, 2011

silent love (4)

'puteri. mntak fon number blh?'
'nak wat pe.'
'ala. next week myb saya bz. xsempat nak on9 kot.'
'xpe. saya tunggu awak on9.'
'plzzzzzzzzz..nak gak.'
'saya xde fon.'
'tipu la. kalau xde, mane dtg fesbook awak tu. kan kena letak fon number.'
'mcm xleh pakai fon org lain.'
'saya tau awak tipu saya.'
'emmmm...k.k.esok saya gtau k.'
'hari ni la...'
':P'


"atin. nnt aku bwk ko jmpa puteri nak?"
"apa??wei..haha. xnak la aku. dia awek ko. bukan awek aku."
"wei. lesu. mmg la dia awek aku.n xblh jd awek ko tp ko kwn aku.xnak ke knl dia?"
"x nak."
"ala..bukan pe pun. kita g mkn2 ke, tgk wayang ke.."
"xnak.."
"boleh laa..ko kwn aku kan??lgpun dia nak sgt knl ko. mcm2 dia tnya pasal ko.." mmg la. sbb aku nk tau pe prasaan ko kat aku.
"puteri nak ke??"
"nnt aku pujuk dia.so, ko ok la ni??"
"kalau puteri sudi, ok la.."
lesu punya cepet. puteri xkan sudi la..


ptg tu, aku ke bandar. terpaksa beli 1 lg fon. budak cepet tu punya pasal la. nak number puteri pulak. n mlm tu, puteri dgn cepet bertukar nombor telefon.


"atin!!! aku dah dpt number puteri!!!"




"atin!! turun jap!! urgent!"
"ko pehal..aku tido la.nak aku belanja lagi??"
"wei lesu. patot la lesu pun. xbaik tido lps asar."
"ko nak pe??"
"turun la jap.temankan aku jap."
"teman nk g mana?"
"ala.. turun je la.."
"yela2.."




"wei.ko xcuci muka ek?"
"ish..ko nak pe?"
"xsenonoh la dia ni. muka mcm lempeng basi."
cepet menghampiri aku. tiba2 tangannya menyentuh kepala aku. erk~~ dia betulkan rambut aku yg x terurus?? blushing..blushing...


"hmm... baru nampak mcm org."
"erk. nape panggil aku?"
"jom ikut aku."
"nak g mana?"
"ikut je la."


aku dibawa ke dewan delima. 
"pet.nape dtg sini? xde org la time camni."
"jom masuk."
"gila ko. nak kena tangkap khalwat ke?" mulut je ckp camtu. tapi, ada aku kisah?? kaki aku tetap melangkah masuk ke dlm dewan..


tiba2..


"surprise!!!!!" terkejut katak aku..now, dewan delima dah terang n kecoh dgn classmates kitorang.xde la ramai. setakat 5,6 org je.


"apa ni?" aku masih bingung.
"ko ni lesu la atin.. bnyak mkn kepala ikan eh?? happy birthday." cepet membisik kan ucapan itu ke telinga aku. ish.. geli la. aku menggosok-gosok telinga aku. erk..
"besday sape?"aku blur..
"birthday ko la lesu.." dan semua yg ada kat situ menyanyikan lagu besday utk aku. cepet mengambil kek dari tgn amir.pergh.. gle hepi aku hari ni.. mmg sgt2 surprise la..n memang aku langsung x ingt hari ni besday aku.


"k.tiup lilin..." aku tunduk sedikit utk meniup lilin dari kek yg dpegang cepet. apabila api lilin padam, belum sempat aku mengangkat muka, tiba2 kepala aku ditolak ke bawah.. cepet!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dan habis muka aku bersalut kek. siap ko cepet.cepet gelak tak leh blah..kitorang kecoh akibat kejadian itu.tiba2 kek yg dipegang cepet terjatuh ke lantai.tidak!!!akhirnya, kami 8org duduk bersila mengelilingai kek dan makan kek yg sedia terhidang d atas lantai.tapi x puas. sbb separuh kek je yg boleh dmakan.


"oi. lesu. sopan la sikit. x senonoh la ko ni.." tiba2 tangan cepet menyapu bibir aku.. erk. de icing eh?? (blushing lagi)




thanx cepet.. the best birthday ever after.


aku sayang sesangat dah kat cepet.




beberapa hari kemudian..


hanfon puteri menerima sms. confem2 la dari cepet..
'puteri. ashraf accident.skrg dia kt hospital'
what??? kemudian hanfon aku juga menerima sms yg sama.aku cuba menelefon cepet.
"harap maaf. nombor yg anda dail tidak dapat dihubungi buat sementara waktu."


cepet.... apa dah jadi ni???


(bersambung)

Tuesday, June 28, 2011

desktop baru!!! raiyyin @ ejam

penat dah buat kecoh kat fb. nak kecoh kat sini pulak. padahal bukan benda gempak sangat pun. tapi excited sebab ayyin baru tau buat. org lain dah lama tau kot.
ni desktop baru ayyin.. ce tengok pe yg best?? icon ayyin letak tepi. bosan dah pesen lama yg letak kat bawah tu. camni mcm smart je.
lg smart dgn gambar berkenaan kan??
ayyin xnak letak dua2 gambar sebenarnya.
tp tadi dorang gadoh sbb ayyin nak letak sorang je.
dorang gadoh nak ayyin letak gambar dorang.
mula2 ayyin letak atas dgn bawah. dorang x puas ati gak.berebut nak dok atas.
last2, ayyin buat camni..dorang dah berbaik dah..hahahahaha.


comel kan??hehehe. si raiyyin segan masa ayyin amek gambar. sbb tu dia pandang tempat lain. ejam lak dia sendiri yg amek. sbb segan gak kalau ayyin amek.bajet chumell la tu..haha. tp siyesly gambar tu mmg chumell..


raiyyin & ejam


p/s : bila baca entry ni, cuba try tekan button like. sekali je. tengok jadi ke tak..hehe.. thanx!!! :D

Saturday, June 25, 2011

silent love (3)

"puteri??" what??ha??pe cepet ckp? perlahan-lahan aku menghampiri cepet.berkerut dahi cepet memandangku..
"wei.. aku la.."
"atin???"
"yup.." aku cuba memberikan senyuman paling manis utk cepet.hehe..
"erk..buahahahahahahahahahahaha.."
"nape??" hairan. cepet gelak besar.
"wei. pe ko pakai ni??? x sesuai tau x. pelik. hahahaha. ni kat muka ni, pe ko conteng camni???hahahaha." cepet menunjuk ke arah muka aku.


kenapa?? teruk sangat ke aku skarang? teruk ke baju aku?? lawak ke make up aku? memang aku rasa serba tak kena. tapi, perlu ke sampai dia gelak camtu?
"pet.."
"hahaha..k.k..xpe2.jom masuk." masih ada sisa ketawa cepet.mata aku terasa hangat, menunggu saat gugurnya air mata.
"pet. aku nak balik." aku cuba utk tidak memandang muka cepet.
"pe hal ni? ko jgn mengada la. jom masuk." cepet menarik lengan aku.
"aku nak balik.." 
"ko pehal ni??" akhirnya air mata yg aku tahan mengalir jugak. aku terus berlari meninggalkan cepet.


"atin.. fatin!!" panggilan cepet tidak lagi aku endahkan. buruk sgt ke aku?? aku terus berlari tanpa arah. tadi aku dtg sini pun sya yg hntarkan. so, susah aku nk balik sekarang. tiba2, aku terjatuh. susah utk aku berlari dgn heels 4inci yg aku pakai. aku menanggalkan heels dan terus berlari. aku nak lari dari cepet. aku x nak jmpa dia lagi. aku menyapu make up d maka ku dgn belakang tangan. 


aku tau pet. aku tau aku x layak jadi puteri. puteri ni x layak utk ko, pet.


penat berlari, aku duduk di atas pembagi jalan. aku mengeluarkan handfon utk menghubungi sya. tiba2 bahu ku disentuh lembut dari belakang. aku menoleh. cepet??? aku melarikan pandangan. x habis lagi dia nak gelakkan aku?


"buat pe ikut aku? aku tau aku buruk gle n x layak nak pakai camni.x puas lagi gelak?"
"aku mntak maaf..atin. ak.."
"dah la. ko blah la.."
"atin. plzz.."
"ko blah laa!!"
"atin..dgr dulu.."
"gelak la..gelak puas2."
"aku ingat ko puteri tadi. aku gelakkan diri aku sbb boleh confuse. ko cantik sgt.ko ada iras puteri." aku tersentak dgn pengakuan cepet.


"aku mntak maaf k." cepet menyeka air mata aku.
"..."
tiba2 cepet melutut d hadapan aku. dia pegang heels aku?? baru aku ingat yg aku tertinggal heels tadi.perlahan-lahan dia pegang kaki aku dan menyapu tapak kaki aku yg kotor kerana berkaki ayam.
"nape ko lari camni? bahaya tau x?" cepet menegurku lembut.
"nape kaki melecet? sbb blajar pakai heels??"
aku cuma mengangguk.cepet menyarungkan heels ke kaki aku. tiba2 dia mncapai tanganku.
"ko jatuh tadi??"
aku mengangguk. cepet menanggalkan tie yg dipakainya dan membalut tanganku yg luka.
"jom. aku hntar ko balik."


pet.. tolong jgn layan aku mcm ni. aku xleh jatuh hati kat ko.


2hari kemudian aku ke kelas mcm biasa.


"atin!! woi atin!!" ada suara dari arah belakang.erk..cepet. aku cam suara tu. tanpa memperdulikannya, aku mempercepatkan langkah. teringat peristiwa 2 mlm lepas. segan... dah la semua org tanya pasal ketiadaan aku dgn cepet sedangkan dah ada yg nmpak aku dgn cepet sampai d hotel tu. erk.. haru.


"woi!! tunggu la!!"
tetiba dia dah kat depan aku.. aik???
"semput tau x aku kejar ko. yg ko mengelak sgt ni pe hal?"
"ha?? pe? nape kejar aku?"
"xdgr ke aku panggil??"
"tak."
"dah la..tipu.."
"pe hal??"
"pehal lak? mcm x biasa lepak ngn aku. ko tu yg pelik tetiba hilang pagi ni. nape?? segan?" lesu punya cepet. patut ke soalan dia tu??
"segan pe? dah2.. aku lapar."
"wei. mana ko blajar pakai bnda tu semua?? nape x pakai lagi?haha.."  blah.. blah..soalan itu x perlu dilayan.


"atin. puteri dah x contct aku. dia x online pun."
"ek?? so?"
"ish.. sampai ati punya respon."
"dia bz kot.kan sekarang musim midterm."
"a'ah kan. dia ada gtau aku dia ada midterm."


1 ptg, jam 7pm, aku menerima panggilan cepet.
"atin!! turun jap.urgent!!"
"pe hal??"
"turun je la.. kat cafe dpn blok ko. bwk duit." dah talian terus diputuskan.
kurang ajar punya cepet. pe hal lak dia ni?? aku terus mncapai wallet dan turun ke cafe. 


dari jauh aku nampak cepet..


"pehal?"
"blanje aku."
"wei.. blah la.. ko ckp urgent gle." 
"sgt la.. aku baru lepas jog. lupa bawak wallet..haha"
"ko suruh aku turun semata-mata utk ni??"
"yup."




"atin."
"pe??"
"ko pakai camtu mlm tu sbb aku ke??" dup!! camne dia boleh tau ni?
"hahaha..soalan pe ni?? ko jgn nak perasan la."
"betul ni?"
"xkan aku nk pakai kemeja. beragak la sikit."
"ko suka aku??"
"wei..blah la wei. ko pehal??tutup cte pasal mlm tu boleh x??" aku mula menggelabah. nape dgn dia ni??
"ko suka aku kan??"
"ko demam ek?"
"ko x ckap x."
"ada aku ckp ye??"
"so, xsuka??"
"sejak bila aku suka ko nye??"
"huh...lega gle.. bagos2.. aku cuak kot. sbb aku suka n syg puteri je."
"puteri ntah suka ntah x kt ko..haha."




'salam ashraf. online??'
'wasalam puteri!!! lama saya tunggu awak. awak g mana??'
'saya ada je.hehe. saya bz la wak. baru lps midterm.'
'so, cane dgn midterm??ok??'
'ok la. alhamdulillah..'
'awak x rindu saya??'
'knapa perlu rindu awak??haha.'
'ok. fine.'
'saya rindu awak sgt.so, dinner cane??sori xdpt temankan awak..'
'it's ok..xpe.lgipun saya gi dgn fatin.'
'oo..wow!! tapi hari tu awak ckp dia xnak g.'
oo..ntah la dia tu..'
'dia pakai cane mlm tu??'
'oo..haha..pakaian dia ek?? dia cantik mlm tu. tp saya dah wat salah. saya gelakkan dia.' hehehehe. cepet ckp aku cantik wooo...
'nape gelak?'
'mane x gelak. xpernah tengok dia camtu. awak boleh bayang cane laki pakai baju pmpuan??' kuang ajar punya cepet.
'oo..hehe..awak.. kalau dia suka awak cane??'
'haha. jgn nak ngarut la. x mungkin. dia dh mcm adik saya.'
'kalau..'
'ntah. tapi saya suka awak.'
'kalau saya mcm fatin, awak suka saya lagi??'
'insyaAllah.'
'kalau fatin berubah??'
'x mungkin.'
'kalau fatin berubah sbb awak?'
'ish..seram la..haha..tuka topik la.'
'alaaa...'
'puteri. awak nak jumpa fatin x??'


(bersambung)

Thursday, June 23, 2011

abg ejam (mohd aizam)-hepi besday AYYIN LIYANA :)

ok.entry kali ni cam spesel kot.meh sini nak kenalkan sape pakwe ayin..hakhakhak..
ABG EJAM <3<3<3
xde la..actually dari dulu ag ayin minat sesangat kat adam af. tp ayin lg suka pakai nama abg ejam. msti xde panggil dia cmtu..lagipun ada kawan ayin nama adam. nnt org salah phm, ayin cte pasal adam af. tp ingt cte pasal dia. :P


ayin minat n follow dia tapi juz mcm silent follower la..
ayin xde pun komen2 kat fb dia mcm org lain ... 


ayin bukan suka sbb hensem ke apa. adam x hensem (ayin kutuk adam??abih la ko ayin kalau adam baca entry ni-bajet adam baca..haha)..tapi adam COMEL kan??.ayin suka lagu dia. tapi akhir2 ni ayin layan korean lak..suka gle2 masa adam nyanyi lagu bi rain..i'm coming.. genre adam lbh kurang rain.tapi adam bukan tiru rain tau. kalau xsalah ayin, masa awal2 dia dlm bidang ni, dia xkenal pun sape bi rain..kot la..huuuu..tp xkisah la kalau ada artis malaysia tiru pun kan.dah ramai malaysian minat artis korea, y not kalau artis malaysia sndiri yg bawak genre macam k-pop..bukan ke mengambil peluang yg ada n cuba nk majukan industri tempatan ke tu?? 


ayin x pernah jumpa adam..ikut hati teringin sgt nak jumpa.. haa...de 1 cte..nak tau x??haha..kalau xnak pun, ayin nak cte gak.. ayin pernah mmp adam tau..actually bnyk kali.tapi yg plg ingat 1 ni je. camni.....ayin de join 1 contest pe ntah.then, ayin menang. dorang ckp, kalau menang dpt jmpa artis pujaan la konon.. masa tu ayin dlm kls..tgh khusyuk terangguk paham lecturer dok ngajar (actually tersengguk sbb ngantok), tetiba de some1 dtg, ketuk pintu ckp nk jmpa ayin..ayin kuar la..dia ckp, de org tunggu ayin kat taman..ayin tnya sape.dia suruh ayin g tengok..ayin g tengok, dari blakang, ish..sape dia ni??cuak kot sbb laki kan.. bila ayin dekat, dia toleh..ADAM!!! hahahahahahahahahagaagagagagagagagga..


kalau la mmp tu betol jadi kan..hehehehe..so, ni dah masok 23jun..n besday ayin kot...


HAPPY BIRTHDAY AYYIN LIYANA!!!!!!


dah umo 21 dah..tuanya..rasa cam baru 17..hehehehe..org ckp, umo 21 ni umo bebas..ek???? ok..pmintaan ayin utk besday kali ni,  AYYIN NAK JUMPA ADAM!!! so, bawak adam dtg jmpa ayyin..hahahaha..(demand glee).. orait???hehe. hmm..hope besday kali ni diberkati n hope terus ada idea utk menulis.. :)


ps- adam baru balik umrah..tahniah n alhamdulillah semua ok.. :)  <3<3<3


yeah!!hahahahaha..happening x gambar ni??
ayyin & abg ejam <3









Tuesday, June 21, 2011

silent love (2)

'ashraf..r u there?'
'hai dear..yup..i'm here.. :) watpe? sihat?'
'xwat pe pun. sihat je..'
'awak ada bestfren?'
'ada..nape?'
'xde pe..cite la..'
'oo..k.nama dia fatin. dia tu lesu.haha..'
'what?lesu?nape?'
'haha.xde la. dia kawan yang baik..' heee....cepet puji aku..
'oo..nape baik?'
'dia best tau.tapi dia xmcm perempuan.kdg2 dia tu mengalahkan lelaki.'
'hehe..mcm best je.dia lawa x??'
'lawa apa nye..haha.. she is a boy. xde istilah lawa dlm life dia. dia tu gila tau.haha..' kuang ajaq punya cepet.
'nape gila?tadi kata dia baik..'
'mmg dia gila.awak tau x, dia ckp muka saya mcm cekodok..terok la dia tu.' haha. sedar diri pun ko cepet...
'ye ke??hehe..cekodok best la..'
'kalau awak buat mmg best la.' ish..mane la aku tau wat cekodok..
'mcm la awak pernah makan.'
'1hari nnt..'
'ye la tu. so, cane fatin tu? cite la lagi..'
'kalau dia jadi perempuan, dia cantik kot.'   wargh!!! cepet ckp aku lawa?
'oo..ye ke?'
'awak tau x, exam lps, boleh x dia nazar klu dpt DL dia nak botakkan kepala.  mane boleh camtu...'
'hahaha...dah tu cane? dia xdapat ek?'
'pandai.. yup.nasib baik xdpt.."






'puteri. will u marry me?'
1 soalan dari cepet yg sgt x disangka.


'erk. x cepat sgt ke?'
'cepat ke, lama ke, tu boleh ukur 1 cinta ke??' pergh...gila la ko pet. memang aku gelak besar la...haha. is it cepet si cekodok tu??hahaha
'awak percayakan saya?'
'yup. mesti la..'
'y?? awak x kenal saya.'
'kenal'
'sape saya?'
'puteri a.k.a sya..'
'that's all kan.x cukop la..'
'awak suka saya x?'
'maybe.'
'maybe?'
'ashraf..will u be my man??'
'what? serious??'
'yup :)'
'yes!!! thanx dear...'
'tapi saya x ready lagi utk kawen,k?'
'orait dear..how about tunang??'




"pet.ko betol2 suka puteri??"
"bukan suka tapi cinta.hehe."
"ceh.blah la ko.yuck!! pet.ko baru sekali jumpa dia. xkan mudah sgt ko le caya dia."
"y not?? aku kenal hati dia."
"ek??"
"kalau dia tipu ko cane??"
"nape dia nak tipu aku??aku dah jmpa dia la.."
"x ambik fon number??"
"mintak..tp dia xnak kasi.."
"see??? x tipu camtu??"
"ala..tu la pmpuan baik..xde mudah nk kasi klu boy mntak.."
"cantik ke dia??"
"mesti la wei..lesu la ko..penting ke cantik??yg penting, aku tengok dia cukup sifat lagi la..dah sempurna..kira ok la tu.."
"xde la..bnyk dah kes tipu klu knl on9. dah biasa jadi kalau jumpa ye hantar org lain..ko x pk camtu??"
"hmm..pk gak..tp xpe..aku yakin ngn dia.ko doakan aku k.."
"wei..geli la ko..yg mcm touching ber emo ni pehal??"




"lesu..lepak jom..aku lpr la.."
"gi la sorang.."
"ko ckp aku gila???"
"eh..ko terasa ke?? haha..loya la ko pet.dah..jom. ko blnje..yes!!"
"de aku ckp nk blnje??"




"wei..ko potong rambut pehal atin??"
"nape lak?? rimas la rambut pnjang.."
"aku dh ckp kan jgn potong.."




"atin. ko pernah ada pkwe??"
"pernah.."
"ko pernah??seriesly??"
"ish..lesu la..ko ingt aku x laku??"
"haha..tade2.. x la..bila??"
"bila pe?"
"bila ko kapel la lesu.."
"sebelum aku masok uni..masa kat mtrix."
"then??"
"ha?"
"pastu pe jd??"
"break up laa.."
"nape?"
"ntah.. dia wat hal."
"dia ada org lain?"
"ye kot..."
"sbb tu ko potong rambut??"
"what??"
"dulu ko rambut pnjang kn?"
"mane ko tau??"
"aku tau laa...kan??
"ish..ye.."




"atin..dinner nnt sape partner ko?"
"ntah..mls la gi.."
"nape??sbb partner??"
"mcm la xde partner dorang xnak kasi aku mkn. kalau dorang x kasi, aku gi serang dapur.."
"ko gila la..haha..jom..dgn aku la.."
"pe??"
"wei..ko ni blur la..jadi partner aku la."
"dgn ko??hahaha. puteri syg ko mane?"
"aku dah ajak..dia ckp ada hal hari tu.."
"owh..patot la muka cam ayam berak sembelit."
"tak le blaa..haha.nak x??"
"yela2.."
"ko jgn pkai kemeja ngn seluar pulak."
"suka ati aku la.."


sebulan kemudian, hari utk dinner pun tiba..aish..pe aku nak pakai ni? baju kurung? yg beberapa tahun lepas la. lusuh gila.tu pun aku tinggal kat umah. haram aku nak bawak sini. hmm..pinjam?? sya!! haha. mcm xde org lain dah dlm citer ni kan. hahahahahaha.


orait. then, aku gi jumpa sya, pinjam baju dia.aku plan nk pinjam baju je, dia kasi la dress putih. fatin pakai dress? kalau x terbeliak mata si cepet, mesti kena gelak tergolek. tapi masalah sekarang si sya ni paksa nak make up kan aku sebagai syarat kalau aku nk pnjam baju dia. nak tak nak, terpaksa la jugak. nak jumpa cepet. xnak la selekeh mlm ni. n sya pakai kan aku sanggul palsu.so, nmpak lagi perempuan la. n boleh sorok rambut pendek aku ni. high heels?? tidak!!!! tapi xkan nak pakai dress dgn sneaker. so, dr pg sampai ke mlm, aku dipaksa pakai high heels kat umah sya. azab gila. macam mana pmpuan smua boleh pakai heels ni??? sakit belakang aku 1 hari.


malam tu, dgn penuh yakin aku berjalan masuk ke hotel. dari jauh aku nampak cepet memakai suit putih. match la dengan aku.


"cepet!!! wei pet!!" cepet menoleh ke arah aku.

(bersambung)

Saturday, June 18, 2011

silent love (1)

'salam puteri..online x???' tiba2 YM aku menerima 1 msj..aku tersenyum.
'salam. ada je. hai.. :) 'aku membalas..hubungan yg hampir 3bulan terjalin d alam maya sgt indah. kami x pernah bertukar gambar atau no hanfon. cukup sekadar d skrin ini pertemuan kami. dia sgt berbeza. di dunia maya ini, dia sgt mengambil berat, baik hati, ala2 gentleman la.tapi, dia yg d hadapan aku bagai langit dan bumi bezanya.
xpe la kan..asalkan ada jugak yg dia baik ngn aku.dia lah mohd ashraf bin hussain a.k.a cepet.kenapa cepet??sbb mata dia yg sepet..hehe. dan nama itu direka khas oleh aku.


'puteri. dah 3bulan kita kenal. teringin nak jumpa awak..'
'erkk...1day, mybe...'
'awak x caya saya??'
'mana ada. jgn nak ngarut k.saya sgt caya awak.'
'ek??'
'ye.'
'so, jom jumpa..'
'x boleh..'
'xde2. kita bukan jaoh pun kan. nak jumpa pun susah. ptg ni, kol 5ptg saya tunggu awak kat taman universiti. kalau awak xdtg, ni last chat dari saya.salam.' dan cepet terus offline.




mati aku..mati...gila!!!! aduyai.dia xblh tahu aku puteri..sakan aku kena gelak.tak pun, mesti dia marah gle..ape jadi sekalipun, si cepet tu xleh tau pasal ni..baru tadi cepet ckp nk jumpa aku. ish...bukan aku!! tp si puteri dlm YM tu...nape aku buat camtu??nape aku perlu menyamar kat YM sedangkan dia kwn karib terbaik yang amat dgn aku?? sbb, aku suka dia. aku syg dia. tp dia bukan suka aku!! dia suka puteri.aku tau dia sudah mula syok kat si puteri tu. dah 3bulan chat ngn dia kat YM.padahal, hari2 jmpa ngn ye dlm kelas.n 2minggu ni, hari2 dia cerita pasal puteri.n tadi cepet call aku..


"woi fatin!! aku dah ajak puteri jumpa. cuak wei..dia xnak tapi aku dah tahap merayu kot.aku paksa dia.hahaha..pergh..aku cuak!! 1st time jumpa kot!tolong aku fatin..ko kena tolong aku.."
"woi.lesu la ko.salam x, ape tak..ko nak aku tolong pe?"
"pe aku nak wat bila jumpa dia nnt?"
"jumpa je la. wei pet.. perlu ke ko jmpa dia..xpyh la wei.."
"ko ni pe hal lak??3bulan kot aku kenal dia. nak gak jmpa dia.hari2 tengok muka ko je..bosan tau x.ko lain.."
"nape aku lain lak??"
"sbb dia pmpuan."
"aku?? aku bukan pmpuan?"
"lesu la ko. dah2.. cane ni??"
"blah..ko lagi lesu.ko gi tnya pmpuan la camne nak jmpa pmpuan..pe hal tnya aku??" dan aku terus menamatkan panggilan.


tengok??mane dia blh trima kalau tau sape puteri yg sebenar.aku gtau dia puteri suka masak. hr2 kemas umah,suka pkai bju kurung, suka pink..tp sebenarnya, masak air pun nasib baik lepas tau..masak nasi??hampeh...kemas umah??hehehe. baju kurung??cukup pagi raya, kenduri n masa kematian je la pakai..fatin..fatin. ko memang cari bala kan??
ha!!idea dtg dah...


"hello..sya."
"ye fatin. nape?mcm cemas je.."
"ni hidup mati punya kes..ko kena tolong aku walau apa jadi pun.."
"tolong pe??"
"tolong jadi puteri.."
"what??puteri??apa ni? xku xpaham la."
dan aku menceritakan kepada sya dari A sampai Z.


"woo..sori fatin..aku xnak terlibat.."
"plzz la wei..plzz laa...mati aku. tolong la.."
"alaa...leceh la ko ni."
"syaaaa....."
"nape aku?"
"ko je paling layak utk watak puteri. lagipun, sape lagi aku leh mintak tolong.plzzzzzzz"
"upah??"
"hmm..aku blnje lunch esok.." aku mula tersenyum.
"esok je??lunch utk seminggu. deal?"
"wei.ko ingat aku ni cop duit?"
"nak x?"
"ye laa...." pergh..nasib baik ada si sya ni..dia la kazen yg plg rapat ngn aku n nasib baik cepet x prnah jumpa dia.


hampir kol 5 ptg, cepet call aku lagi..
"atin. turun jap.aku kat bawah ni. turun la jap."
 pe hal lak ye ni??
"nape?"
"ala..bnyk tanya lak..cepat laa.."
"yela2.."
dgn rasa yg sgt cuak, aku pergi jugak bertemu cepet.


"atin..ok x aku pakai cmni?" hensem nye dia......
"ko nak g mane ni."
"jumpa puteri."
"ko pakai apa ni??cam cekodok goreng je aku tengok."
"lesu la ko. xde taste langsung.."
"haha.ni rambut pe lak??mcm landak terlanggar kaktus..hahaha."
"blah la ko. x membantu langsung. dah. aku gi dulu.."
"wei..lesu!! majok la konon..haha.."


cepet..sebenarnya yg kat depan ko ni la puteri.. n dia hensem sgt tadi..x mungkin la manusia yg bernama fatin ni nak puji si cepet...aku lagi cuak la pet. ntah apa la jadi kat ko dgn puteri palsu tu..
balik dari jumpa cepet, sya terus ke bilik aku n cerita everything.fuhh..lega..dorang g makan and borak2 je. pe kata cepet lak??aku terus mendial number cepet..


"hello atin..hehe.."
"wei..blah la ko.balik jumpa puteri x call aku pun."
"lek la der..aku baru pas mandi la..mmg la nak call ko."
"so, cane tadi??"
"ko yg excited lak ni pehal? pagi tadi bukan main xnak kasi aku jmpa dia."
"ala..cte je la. pe dia ckp bout muka cekodok ko ni?"
"wei..muka cekodok ko ckp?dia punya kagum n terpegun tengok aku..."
"hahahaha..blah la wei..dia gtau camtu ke??"
"x la.. tapi aku nmpak la dia camtu.."
"haha..so, dia camne? ok?"
"sgt ok wa cakap luuu..haha.. kalau camtu la dia, cepat la aku leh kawen kan??"
"what??kawen??" alamak..cane ni..adeh..jangan la..
"nape??"
"erk..xde pe.dia sgt ok ke?"
"5stars siot...haha."


aku mula cuak dah.. n bnda ni dah macam lagi complicated. cepet fall in love kat puteri tapi dia xtau sape puteri yg sebenar.


(bersambung)

Friday, June 10, 2011

my heart (10) final

abg..abg kat ne??ayu rndu abg..


3hari berlalu.. dan 3 hari aku x terima berita tentang shah. aku pun xtahu siapa tuan empunya jantung yg memberi peluang untuk aku terus hidup.mmg procedur hospital x akan mendedahkan maklumat tentang penderma.tapi, dgn jantung ini, aku boleh terus mencintai shah.doktor ckp, mungkin aku akan berada d hospital selama 3minggu lagi.ptg itu mama dtg membawa perakam suara.. mama ckp shah tinggalkan pesanan utk aku.


"hai syg..watpe tu??tahniah utk operation tu..sori la abg xde dgn ayu skrang. mesti ayu rindu abg kan. abg pun rindu ayu..jgn risau pasal abg..abg nak ayu sihat..abg syg ayu.."


ntah berapa kali aku mendengar rakaman itu.namun, bukan itu satu2 nya rakaman suara shah. keesokan harinya, mama membawa rakaman lain pula.


"salam syg..lupa nak pesan somthing.. kalau syg abg, janji dgn abg, jgn tnya sape2 pun pasal abg k..janji tau..abg selalu ada utk ayu..abg jnji akn bersama ayu smpai akhir hayat."
hari2 aku seterusnya terus ditemani suara2 shah dan aku tidak tnya apa2 lagi berkaitan shah pada mama walaupun dlm hati aku memberontak ingin tahu.suara shah sudah cukup menenangkan aku.


3minggu berlalu dan aku dibenarkan pulang ke rumah. mungkin shah menanti aku d rumah memandangkan kesihatan shah tidak menentu.


"mama.sape ada kat umah??"
"xde sape2..nape ayu??"
"xde pape.. ayu naik atas rehat dulu k." rasa sedikit kecewa. mana shah??


aku membuka pintu bilik dan ternampak 1 kotak yg berbalut dan perakam suara. perlahan-lahan aku duduk di birai katil dan membuka kotak tersebut. di dalamnya terdapat seutas rantai emas putih bersama berlian berbentuk hati. cantik. simple.aku tersenyum sendiri..mesti dari shah..
kemudian, aku mencapai perakam suara. dari perakam tu, aku mndengar suara shah..suara lemah tapi seperti gembira.


"selamat pulang sayang..
abg hepi sgt2 ayu dah sihat. tp maaf dari abg sbb xde d sisi ayu saat ayu perlukan abg..mesti ayu cari abg kan. hehe..rindu abg ek???
ayu, abg sayang ayu, rindu ayu dah cinta ayu.. abg rasa dah sampai masanya ayu tahu perkara sebenar.sebenarnya, jika rakaman ni diterima ayu, maknanya ayu x akan jumpa abg sampai bila2.mungkin abg ada dgn ayu..tapi ayu xakan jumpa abg..abg mnta maaf, syg. abg xbermaksud nak tipu ayu. rakaman yg ayu dgr sebelum ni adalah rakaman yg abg dah siapkan sewaktu ayu koma sebelum pmbedahan. pnyakit abg dah sampai peringkat sgt kritikal dan doktor ckp, peluang abg sgt tipis atau hampir xde. abg xnak operate. syg.. ada beberapa perkara yg ayu xtau sepanjang kita bersama.
mula dgn masa kita jmpa kat cafe..ingt x baju abg kotor sbb mee goreng tu??hehe..abg dah cam la ayu masa tu..tp abg pun xsetuju sbb abg xkenal ayu.bila jadi mcm tu, abg ingt abg kena queen control.tp masa tu sebenarnya abg cuak.xtau la nape..abg dah jatuh cinta pndang ptama kat ayu kot..mlm tu abg xleh tido pk ayu tau..abg yakin sgt, mesti ayu xsuka abg masa tu kan??tp abg saje buat xkenal ayu..


masa g umah ayu, ayu sepak kaki abg..sakit tau x..balik umah, mmg lebam kaki abg. 3 hari abg jalan x betol..garangnya ayu...lepas tu 1st nyte kita..hehe..tu 1st night yg x pernah abg bygkan..tp seronok dpt kenakan ayu.hahaha. muka ayu pucat masa tu. mmg abg menggigil tahan gelak.masa ayu kat dlm toilet, abg gelak tegolek..lawak sgt!! hahaha. abg tengok jam. 20minit ayu kat dlm toilet..hahaha. tp mlm tu mmg xde langsung abg pk nk sentuh ayu sbb abg tau ayu xterima abg lagi.ayu xkan tido atas katil kalau abg ada kan??sbb tu abg tido bawah. xkan la nk biar ayu tido bawah..dan abg tekad, abg nak cuba pikat ayu..camne pun, ayu dah jadi wife abg.so, no wonder la abg jelez ayu dgn akim tu kan.


pastu, besday abg. mula2 ada gak la kecewa sbb ayu x ambik tahu pun.. tp xde pun abg merajok ngn ayu..ayu la mcm bersalah sgt ngn abg. sakan mntak maaf. so, abg apa lagi. bila lagi ayu nak pujuk abg camtu kan.hehehe. mlm tu mmg abg ada meeting. tp meeting kat cafe tu gak. abg nmpak ayu. ayu je xnampak abg. kesian ayu lama tunggu abg. tp, padan muka. sape suruh x tau beday hubby?? ayu mmg nak mkn sate masa tu kan??haha..tekejut x cane abg leh tau? ayu ngigau.masa tido ayu ada sebut sate. xcaye ek??tapi, sumpah mmg ayu ngigau..syg.. abg suka lagu besday tu.


then, pasal Yumi tu pun saje nak kenakan ayu..haha. tp mahal tau abg beli tu..sbb tuan ye xnak jual kete tu. so, abg ambik gak dgn harga lbh kurang vios abg tu. tmbah abg modified ag. tp xpe. abg suka tengok ayu ngn kete tu..sesuai..hehe


lagi, yg mlm kita kuar tu, abg dah bajet minyak yumi sempat sampai pantai tu je.abg dah plan nk bermalam ngn ayu kat resort tu. abg rindu ayu tau x.. xtau ag cane nak ajak ayu.tp malang kan nasib abg mlm tu.


syg. awal2 abg dah tahu tentang pnyakit ayu. masa ambik ayu kat hospital, ayu tetido dlm kete. abg check dlm beg ayu n jmpa surat doktor.hari tu abg terima 2 berita. pnyakit ayu n abg.dan sebenarnya abg xsuka mndi laut.
doktor suggest abg wat operation tp dlm masa sama, abg check jntung abg sesuai x ngn ayu.doc ayu ckp susah nk cari penderma.dan result ye wat abg hepi sgt. jantung abg sesuai utk ayu.so, abg x nak operate.ayu faham kan maksud abg??
sekarang, abg ada dgn ayu, bersama ayu. kita akan brsama smpai akhir hayat.ni je abg mampu buat utk ayu, syg..
abg xde niat pun nk tipu ayu k. tp abg sediakan semua rakaman yg ayu terima kat hospital sbbabg xnak jatuhkan semangat ayu. ayu kena survive utk hidup. abg nak ayu cepat sembuh. jgn salahkan mama papa. sbb ni prmintaan akhir abg kat mereka utk rahsiakan pemergian abg.


syg. jaga diri. jgn sedih abg xde kat mata ayu.be happy, teruskan life ayu k.rntai ni ikhlas dari abg.abg mnta maaf kalau selama rumah tangga kita abg ada buat salah. abg mnta maaf sbb x mampu jadi yg terbaik. abg belum sediakan rumah utk ayu.ni je yg abg mampu sbagai student. cita2 abg bnyk ag utk ayu. tp masa x mengizinkan.dan, syg, abg halalkan segalanya utk ayu.
hmm..abg nk nyanyi ni. dgr tau. ehem..ehem..


Sayang..
apa yang ku katakan
apa yang ku rasakan
belum pernah dialami..
demimu segala ku kurniakan
yang susah ku senangkan
asal hajat dipenuhi di hati


Dan masih lagi engkau bertanya
sejauh manakah cinta
penjelasanku sebenar-benarnya..


C/O-
Sampai tubuh tak bernyawa
sampai ku ke pangkuan-Nya
biar jasad tak di lihat zahir
cinta ku tetapkan hadir
andai di kurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika di tanya mengapa
jawapanku menunggu kau sampai dahulu…


Mudahnya sekadar bermadah
hingga kau meragui keikhlasan sanubari
sedangkan racun pun kan ku telan
andai kau menyatakan
biar madu kepadaku..
oh sungguh


Dan masih lagi engkau bertanya
sedalam manakah cinta
lafaz ikrarku buat selamanya…


C/O-


Katakan saja bagaimanakah harus
ku hidup tanpa dirimu
sedangkan separuh nyawa jiwaku bersamamu


C/O-


Kau sampai padaku…




selamat ulang tahun pertama sayang....i love u syg.love u so much.."


-the end-





nak tengok n dgr video ni, pause dulu blog ni punya music dumper kat bawah..
video

Sunday, June 5, 2011

senyum kamoo :)

seketika kau hilang..
namun, kau muncul kembali dgn senyuman
dan kau buat aku tersenyum
juga membina kembali kekuatan
yg sebelum ini rapuh d mamah sepi.

1000 makna senyumanmu,
kau sendiri x tau.
krna senyuman itu adalah 1000 makna utk ku.
kau buat aku tersenyum tiada ketika
dan kau hadir membawa berita
memberiku secubit harapan, segenggam impian.

kau beri senyum, padam segala sepi..
dan kau semai benih rindu
mekar ia harum tanpa bunga

kau penawar...
ini bukan cinta..
tapi, aku sayang kamoo!!


Thursday, June 2, 2011

JaUh D MaTa dEkAt D pEsBoOk..so add la Fb n LikE pAge :)

my heart (9)

"shah..shah!" 
"ayu..bangun ayu..ayu."aku membuka mata.
mama setia d sisi aku.
"mama..abg shah mana??? semalam abg kat sini dgn ayu kan??"
"shah ada yu..shah d bilik doc.."
"shah ok, ma??"
"ye syg.." aku menangis..sebak..
"ayu mimpi..ayu mmp shah.."
"sabar syg.."mama memelukku..aku tahu..mama terpaksa bersabar dgn anaknya ini..
"ayu nak jumpa shah.."


ptg itu, aku dgn shah bersiar2 d taman..shah menolakku yg berkerusi roda..aku bersyukur shah kelihatan semakin sihat..tapi dia banyak mendiamkan diri dr biasa..dan keadaan aku semakin teruk..sakitku menular lebih cepat dari jangkaan.namun, aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku diberi peluang mengecapi saat2 terakhir yg indah bersama shah walaupun di hospital.


sedar x sedar, lagi sebulan genap perkahwinan kami yg pertama..aku xpasti samada aku berpeluang atau tidak meraikan ulangtahun tersebut..


"syg..awk nk adiah pe utk ulangtahun nnt??"
"hadiah??"
"yup..abg nk tahu apa yg plg ayu nak tapi abg xjnji blh tunaikan x.."
"apa ni??tnya tp ayu xsempat jwb, dah ckp xdpt kasi.."
"haha..bukan la..maksud abg, abg nak tahu apa yg plg ayu nak dlm hidup ayu walaupun bnda tu yg abg xmampu nak ks..ala..hadiah tetap hadiah kan..ade la yg abg kasi nnt.."
"ek??hehe..yela2..1 je ayu nak..abg ada dgn ayu sampai la akhir hayat ayu..ayu rasa abg blh tunaikan kot permintaan tu.."
"nape yakin camtu??"
"ayu dah xlama la..."
shah tiba2 memeluk ku..
"syg..ayu tahu x, stiap kali ayu ckp camtu, ayu ibarat ambil nyawa abg..ayu xsyg abg???"
"nape ckp camtu...ayu syg laa..."
"dah tu jgn la ckp bukan2.."


aku telah menandatangani surat perjanjian utk pembedahan aku yg telah doctor sediakan kerana terdapat kemungkinan aku tidak sedarkan diri..surat itu memerlukan persetujuan aku supaya jika terdapat penderma, pembedahan akan dilakukan pada bila2 masa..


"abg..ayu bosan la kat hospital.."
"hmm..ayu nk g mana??balik umah??"
"cane nak balik umah?mesti mama papa suruh dok hospital je.."
"hmmmmmm...cameron highland??"
"ala..mcm la dpt g.."
"ayu nk g ke xnak??"
"nak..tp tau..xdpt kan.."
"dapat..nak??"
"cane??"
"nnt abg aturkan.."


2hari kemudian, pada waktu mlm,shah meminta aku bersiap dan kami akan curi keluar pada pukul11 mlm..seorang kwn shah telah menunggu kami d tempat letak kereta.dan semestinya, kami selamat keluar tanpa diketahui sesiapa.mlm itu kami bermalam di sebuh hotel sebelum bertolak ke cameron highland pada keesokan harinya.. sebelum zohor, kami sudah berada di puncak Cameron. Aku tersenyum puas. nasib baik aku mampu berjalan walaupun sangat perlahan.Dua perkara yang paling aku mahu buat ialah ke ladang strawberi dan makan strawberi puas2 dengan ke butterfly farm. rindu sgt rama2 kat sini. kami tidak bermalam d Cameron kerana shah bimbang kesejukan malam di Cameron memberi kesan padaku. Aku akur. Shah cakap, kami akan bertolak pulang sebelum matahari terbenam. Kami ke cactus valley. keadaannya yang tinggi mungkin agak memenatkan. namun, aku melalui juga laluan bertangga yang disediakan bersama shah. aku tak target nak sampai ke puncak walaupun aku teringin melihat permandangan di Cameron dari aras tinggi.


"Ayu..naik belakang abg. abg nak bawa ayu naik atas sana."
"Ish.. ingat ayu ringan ke?"
"ingat abg x larat kendong ayu ke?? come on la..tengok org la.."
"alaa...segan la org tengok.."
"ala..lantak la dorang tu..dorang jelez sebab kita dah kawen." akhirnya aku naik di belakang shah.
"pegang kuat2 tau. abg nak pecut ni.."
"haha..ye la tu.."
Namun, lain pula jadinya. Setelah melalui separuh perjalanan untuk sampai ke puncak, aku dapat merasakan badan shah menggigil.


"abg.. abg ok ke??"
"erk..ok syg.."
"turunkan Ayu.."
"takpe. dah nak sampai dah.."
"abg...turunkan ayu.." Shah menurunkan aku dengan berhati-hati. aku memerhati muka shah. Pucat.
"abg..kita turun je la." aku memimpin tangan shah. tiba-tiba shah rebah. kepalanya terhantuk di penjuru tangga dan dia tak sedarkan diri.
"abang.. abang.."aku cuba bertenang dan mengawal perasaan. aku meriba kepala shah, menyeluk sakunya bagi mengambil telefon bimbit dan menelefon kawannya yang bersama kami ke sini. shah dibawa ke hospital berdekatan sebelum dipindah ke hospital asal yang merawat kami.


Setiba di sana, aku bertemu dengan mama dan papa yang risau akan kehilangan kami. namun mereka tidak berkata apa. aku tahu, mereka sangat memahami. kalau kami tidak ke cameron, belum tentu selepas ini kami masih berpeluang ke sana. akibat dari hantukan itu, pendarahan yang shah alami semakin parah. shah koma. kala sedih mengenangkan shah, aku pengsan lagi.




rasa seperti terjaga dari lena yg panjang, aku diberitahu bahawa sudah 5 hari aku tidak sedarkan diri. dadaku perit. rupanya aku telah selamat menjalani pembedahan. aku mendapat penderma 3 hari lepas.namun, mengikut procedur hospital, maklumat berkaitan penderma terpaksa dirahsiakan.


"mama..shah mana? dia tahu x ayu dah operate??" aku bersuara lemah.
"dia tahu. sekarang dia xde kat sini." kenapa mama seperti serba salah? apa yg berlaku pada shah? badanku yang masih lemah menghalang aku. aku tertidur.
(bersambung)