“wei. Kau betul
tak ada pakwe ke?” Fairuz saja menggiat. Sebenarnya dia sudah tidak tahu apa
yang boleh diborakkan dengan Mawar.
“kenapa?” Tanya
mawar.
“aku ni bukan
jenis suka kacau awek orang. Tapi aku rasa, kau tak ada kot.”
“apasal pulak?”
“type awek baransss
dan rupa macam kau memang susah nak dapat pakwe. Ahahahaha.”
“FAIRUZ!!!” gelak
Fairuz makin galak. Seronok betul dia mengusik Mawar. Bayangnya pada rupa Mawar
merajuk dengan bibir muncung. Pasti comel.
“oo… Awak ingat
saya tak laku la ye? Hello.. pembetulan. Bukan tak laku ok, tapi cinta saya limited
edition. Faham?”
“Tak. Tak faham.
Hahahaha. Dah la kontot. Entah entah body macam bonsai. Tak seksi langsung.
Kahkahkah..” Fairuz masih mengusik.
‘TUTT…TUTT…’
kedengaran talian dimatikan.
“Mawar? Oi..
mawar..” tiada suara Mawar di hujung talian. Mungkin gurauan Fairuz agak
melampau.
Seketika fairuz
merenung handphone di tangannya.‘Huh.. dasar perempuan. Cakap sikit, merajuk.
Bosan betul.’ Fairuz mencampak handphonenya ke atas katil. Dia bangun mencapai
tuala dan berlalu ke tandas.
*******************************
Sudah menjadi
kebiasaannya, selesai ber’jogging’, dia akan sarapan pagi di sebuah warung
mamak berhampiran dengan rumahnya. Dia sekadar berbaju T dan berseluar pendek.
Rambutnya terlindung di bawah topi(cap) merah. Cukup bersahaja.
“Bos! Apa macam
bisnes hari ni? Ada baik ka?” sapa Fairuz ramah. Dia memang sudah biasa di
kedai ini. Tambah lagi, dia pandai menebar roti canai.
“Hoii! Macam
biasa, semua baik. Mahu tebar kah?” uncle Mamak senyum. Tangannya berkilat
berlumur majerin.
“Boleh jugak.
Banyak lagi ke?”
“Ada separuh
lagi.”
Fairuz mengelap
peluh dengan tuala kecil yang dibawanya. Kemudian, dia ke sinki untuk mencuci
tangan. Dia mengelap tangan sebelum ke tempat yang disediakan khas bagi menebar
roti canai. Sedang asyik Fairuz menyiapkan roti, tiba-tiba kedengaran satu
suara gadis.
“Bang, roti
kosong dua. Kari lebih, ok.”
Fairuz mendongak.
Alangkah terperanjat apabila yang berdiri didepannya adalah gadis yang selalu
muncul dalam mimpinya, Siti Mawar. Mawar tidak memandangnya, sibuk mencari
sesuatu di dalam beg. Fairuz tunduk. Wajahnya terlindung disebalik topi.
“Erk… Ok. Ok.
Duduklah dulu kat sana.” Kata Fairuz perlahan. Suaranya bergetar. Dalam hatinya
berdoa agar Mawar tidak cam wajahnya.
‘Aduimak… Bukan
macam ni cara aku dengan Mawar nak jumpa. Tak cool lah!’
Tanpa membuang
masa, Fairuz segera menyiapkan roti yang dipesan supaya Mawar cepat berlalu
dari situ. Dia bernasib baik. Mawar langsung tidak mengecam wajahnya.
‘Nampak sangat
pemalas. Anak dara beli sarapan pagi? Heh. Siap kau karang, Mawar.’
9malam…
“Hoi! Ada anak
dara malas masak! Pagi-pagi dah beli sarapan kat kedai mamak. Hahahaha.” Sakan
Fairuz gelakkan Mawar.
“Ha? Stalker!!!
Awak, apa saya buat semua awak tahu kan?” Mawar terkejut. Semua benda Fairuz
tahu.
“Well.. Hahahaha.
Wei, aku pun buat sarapan sendiri. Malu la sikit.”
“Awak kat mana
tadi?”
“Kat kedai tu
lah.”
“Buat apa kat
situ?”
“Buang air. Hah. Siot
lah kau ni. Dah kat kedai mamak, sarapan lah.”
“Tak nampak pun.”
“Dah jalan tengok
lantai, mana nak nampak orang.”
“Tadi kata buat
sarapan sendiri, dah kenapa kat kedai mamak?”
“Hahahahaha.
Sedap tak roti canai aku buat?”
“What the…???!!!”
“HAHAHAHAHAHA.”
“Eleh… tipu.”
“Ok. Tak caya,
sudah.”
“Awak keturunan
mamak???”
“haiii... dia ni…”
Baru Mawar ingat.
Lelaki yang tebar roti tadi berkulit cerah.
“A… Awak ke
tadi?”
“Yup…” Fairuz
tersengih. Bangga.
“Eiii… Geram.
Dah, kenapa tak tegur.”
“Perlu ke?”
“Ok. Fine.”
“Saje nak tengok
kau cam aku tak. Hahaha.”
Malam terus
berlalu.
*********************************
Keesokan paginya,
seperti waktu semalam, Mawar ke kedai mamak semalam dengan harapan Fairuz ada
di situ. Dia mahu tahu siapakah pemuda misteri yang selalu berhubung dengannya
itu.
“Erk… Uncle.
Lelaki Melayu yang tebar roti semalam tu, siapa? Dia tak ada hari ni?” Mawar
bertanya pada Uncle yang menjaga kaunter.
“Siapa? Adli ka?”
“Adli? Bukan
Fairuz?”
“Ooo.. betul la.
Nama dia Fairuz Adli.”
“Erk… ye. Ye.
Mana dia?”
“Tak tahu. Dia tak
datang ini hari. Kenapa?”
“Tak ada apa.
Thank you uncle.”
Tiba-tiba telefon
Mawar menerima isyarat mesej.
‘Tak payah nak
cari aku kat kedai mamak tu. Aku tak pergi hari ni.’
Merah padam muka
Mawar menahan malu. Digenggam erat telefonnya, geram. Mana taknya,nampak sangat
dia terhegeh pada lelaki yang tidak berperasaan itu.
11pagi, waktu
kuliah.
Tumpuan Mawar
masih pada skrin di hadapan. Tiba-tiba telefonnya bergetar.
1 message
received.
‘Mawar. Aku nak
pergi dah. Balik nanti aku call kau. Jangan rindu aku.’
-Fairuz
‘Awak nak pergi
mana?’ Mawar membalas namun mesej tidak berjaya dihantar. Fairuz telah
mematikan telefon bimbitnya.
‘Benda apa pulak
dia nak buat ni..’ Mawar keliru. Malam itu, Mawar tidak memerima panggilan dari
Fairuz seperti biasa. Seminggu berlalu, Fairuz masih menyepi.
Mana dia hilang?
Aku nak call dia? Memang tak la.
Rindukah?
*****************************
SITI MAWAR. Satu
nama yang semakin mengisi hari sepi Fairuz. Hati? Mungkin hatinya juga sedikit
terisi. Sekurangnya sekarang Fairuz sudah tahu untuk senyum. Fairuz membetulkan
duduk. Senyuman di bibir masih mekar. Matanya terus merenung tanpa jemu satu
wajah yang menghiasi latar belakang iPadnya.
‘Siti Mawar. Aku
suka nama tu.’ Fairuz tersenyum.
Sebatang rokok dinyalakan. Rokok dibibir disedut perlahan. Matanya terpejam.
(bersambung)
0 comments:
Post a Comment