‘Fairuz dengan
Shah adalah orang yang sama? Shah Adli yang aku minat sesangat selama ini
adalah Fairuz? Jadi, selama ini aku contact dengan Shah Adli? Dan Shah Adli
lamar aku???’
Mawar termenung,
tersenyum sendiri. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada Fairuz.
Perasaannya bercampur baur. Reaksi bagaimana harus ditunjukkan kepada Fairuz
nanti? Gembira sebab Fairuz adalah Shah Adli? Marah sebab selama ini Fairuz
menipu? Segan??? Ya. Segan. Segan dengan adegan yang berlaku semasa showcase
tadi. Jadi, patutkah dia marah untuk apa yang berlaku walaupun sebenarnya
jantungnya berdegup hebat? Apa pun perasaan Mawar tadi, dia tetap telah menerima lamaran Fairuz. Senyuman mekar di bibir Mawar.
“Arghhh!!!” Mawar memeluk teddybearnya erat. Dia benar-benar
buntu.
“One look from
you girl and it’s too hard to get by
But excuse me
girl, I been watching you
All night’
that’s……”
“Eh…” Mawar
terkejut. Ada panggilan masuk. Baru dia perasan lagu itu adalah nada dering
telefonnya.
0132115XXX
Calling…
Berkerut dahi
Mawar tatkala melihat satu nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin
telefonya.
“Hello…
Assalamualaikum.” Mawar memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam.
Mawar?”
“Ya saya. Siapa
ni?”
“Hey dear! Ni I
la. You kenapa tukar nombor? Susah I cari phone number you tau tak. Nasib baik
I ada kenal sorang dua kawan you.”
“Erk…Faiz?”
“Nasib baik you
kenal lagi I. Haha.”
******************************
Seperti biasa, 30
minit sebelum jam 8 pagi Mawar akan bertolak ke kampus. Mawar mengunci pintu
rumah.
“PON!!PON!!!”
Mawar berpaling.
“Siapa pulak main
hon pagi pagi ni…” Omel Mawar sendiri. Sebuah Nissan Latio diletakkan di
hadapan rumah Mawar. Pintu dibuka dan seorang lelaki keluar dari tempat
pemandu.
“Faiz?!” Mawar
terkejut.
“Hey. Surprise!
Kalau ye pun terkejut, tutup la mulut tu sikit.” Faiz mengusik.
“You… Bila you
sampai Malaysia?”
“Last week.
Merata I cari you. Semalam baru dapat phone number you. Kenapa tukar number?
Nak lupakan I?” Faiz menduga.
“Tak la…” Mawar
sekadar tersenyum nipis. Hambar.
“Kuliah ke?”
Tanya Faiz.
“Yup.”
“Jom I hantar.”
“Tak apa la. I
drive.”
“Jom lahhh… I nak
discuss something dengan you.” Faiz membuka pintu kereta untuk Mawar. Nak tak
nak, Mawar terpaksa menurut.
“So, how’s life?” Faiz memulakan bicara.
“Macam biasa.”
“Macam biasa?
Hmm… Uncle sihat?”
“Alhamdulillah,
sihat.”
“You?”
“You tengok I
sekarang macam mana? Sihat kan?”
“Hahaha. You
kenapa ni? Moody semacam. Tak happy jumpa I?”
Mawar tersenyum
sinis.
“Atau… you dah
ada orang lain?”
“Dah 4 tahun,
Faiz. 4tahun awak pergi, satu berita pun tak ada. Tup tup dengar awak dah bertunang.”
“Sorry Mawar. I
salah.”
“Where the hell
were your letters go? Tercicir kat laut? Surat yang kononnya you nak hantar
tiap tiap minggu?”
“Mawar… Maafkan
I. I salah k. Beri I peluang, please…”
“Tunang you
sihat?” Mawar bernada sindiran.
“We broke up
sebelum I balik Malaysia.”
“Ooo…”
“I nak kita macam
dulu.”
Mawar memandang
Faiz tajam.
“Turunkan I
sekarang.”
“What?”
“I nak turun kat sini.”
“No… I hantar you
pergi kampus.”
“You nak I buka
pintu ni, then lompat turun ke?”
“Mawar. I tunggu
you.”
“I dah nak
kahwin.” Tipu Mawar. Dia langsung tidak memandang Faiz.
“What? Haha. You
tipu.”
“I’m serious.
Turunkan I sekarang!”
“Can I explain?
Please Mawar. Semua tu tak seperti yang you sangkakan.”
“Kisah kita dah
lepas. Antara kita sudah tak ada apa-apa.”
“Mawar…”
“Faiz, I buka
pintu ni.” Tangan Mawar seperti bersedia untuk membuka pintu kereta.
Faiz terpaksa
memberhentikan keretanya. Mawar bergegas keluar dari kereta Faiz.
“Mawar. I love
you.”
“And I hate you.”
Jelas kekecewaan di wajah Faiz. Dia sangat menyayangi Mawar. Tak mungkin mudah
untuk dia lupakan cintanya yang sejak dari zaman persekolahan itu.
Tidak lama
selepas Faiz berlalu, sebuah motosikal Suzuki GSX-R1000 berhenti di hadapan
Mawar.
“Hoi orang dah
ada pakwe. Hahahaha. Tahniah. Aku tanya hari tu tak mengaku.” Biasalah Fairuz
dengan perangai gila-gilanya.
“Fairuz?!!”
“Haa.. Ye lah.
Aku lah ni. Nasib baik kau cam.”
“Whatever. Awak
memang suka skodeng orang eh?”
“Kau ingat aku
dah takde kerja selain dari skodeng orang? Ni haa.. kau tercicir masa showcase
hari tu.” Fairuz menghulurkan satu kerongsang yang Mawar pernah pakai pada
tudungnya.
Hati Mawar
tersentuh. Dia langsung tidak peduli akan kehilangan kerongsang itu. Lagipun
itu adalah pemberian Faiz sebelum berangkat ke luar Negara. Cuma kadang-kadang saja Mawar memakainya.
“Jarum dia rosak.
Aku dah baiki.”
Mawar terdiam.
“Welcome.” Fairuz
bernada sindiran.
“Ha??? Erk…
thanks.” Mawar tersedar dari lamunan.
“Aku gerak dulu.
Take care.” Kata Fairuz sebelum berlalu. Dia tidak mempelawa Mawar kerana dia
tahu Mawar tak mungkin akan membonceng motosikalnya. Hati Fairuz pedih. Dia sebenarnya bermain dengan perasaannya sendiri.
**************************
“Aku ganggu ke?
Kot-kot la kau nak gayut dengan pakwe.” Fairuz bermain dengan Danbo yang dibelinya di Jepun tempoh hari. Danbo itu sebenarnya dibelikan untuk Mawar.
“Awak mengarut
apa ni?”
“Laa.. salah eh?
Sorry lah ganggu kau. Aku dah bosan sangat. Tak tahu nak buat apa time macam
ni.”
“Macam awak tak
biasa call saya malam.”
“Memang aku tak
biasa kacau awek orang.”
“Enough Fairuz.”
“What???”
“Saya ada awak,
cukuplah.”
“KAHKAHKAHKAH.
Kau buat lawak apa malam-malam ni?” tawa Fairuz masih bersisa.
“Boleh serious
tak?”
“Kau buat lawak.
Aku gelak la. Hahahahaha.”
“Fairuz. Who am I
to you?”
“Hahaha. Kawan.
Ohh.. aku faham dah. Ni mesti yang pasal showcase hari tu. Wei. Tak payah
serious sangat lah. Gimik je tu. Gempak tak gimik aku? Real kan??? Macam nak
pecah stadium masa tu. Hahahahahaha.” Fairuz cuba mengawal suara. Setiap
katanya mengguris hatinya sendiri.
“What???” mata
Mawar hangat. Suara Mawar bergetar.
“Kau jangan
perasan sangat, boleh tak?”
Ayat terakhir
Fairuz mengundang air mata Mawar. Mawar terus memutuskan talian.
‘Sayang… aku
minta maaf.’ bisik Fairuz. Fairuz membaling Danbo yang dipegang ke dinding sekuat hati.
Kemudian, habis dijatuhkan barang-barang di atas meja yang pada asalnya
tersusun rapi. Tak cukup dengan itu, pakaian yang kemas tergantung di dalam
almari, disepahkan.
“ARGHHHH!!!!!”
Fairuz menjerit. Dia terduduk. Air matanya mengalir.
“Aku dah proposed
kau depan semua orang. Kau terima aku, tapi kau pakai lagi kerongsang Faiz, kau
naik kereta dia. Aku ni siapa???!!”
Danbo |
(bersambung)
0 comments:
Post a Comment