“Aku mintak
maaf.” Fairuz memulakan perbualan.
“minta maaf
memang senang kan?” Mawar masih berjauh hati.
“kau apesal? Aku
dah minta maaf kan?”
“saya penat la
wak. Saya penat dengan awak. Apa kata kita stop je.”
“Stop what?”
“Stop everything.
Anggap kita tak pernah kenal.”
“Kau fikir tak
apa kau cakap ni? Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah aku. Satu Malaysia dah
kenal kau. Kau nak nanti kecoh pulak cakap Shah Adli putus cinta or what so
ever?” entah kenapa itu yang keluar dari mulut Fairuz. Hakikat sebenar, dia
sangat memerlukan Mawar.
Mawar sebak.
Kenapa Fairuz selalu macam ni? Langsung tak ada perasaan dan tak pernah fikir
perasaan orang lain.
“Saya tak nak
masuk campur. Itu masalah awak.”
“Paling tak pun,
nanti confirm akan ada wartawan cari kau. Haishh.. leceh la kau ni.”
“Awak tak pernah
fikir perasaan orang. Awak selfish. Awak buat suka hati awak je. Kenapa saya
perlu ikut apa awak cakap?”
“Wei. Perempuan.
Awal-awal lagi tadi aku dah minta maaf kan. Kalau minta maaf tu kau rasa mudah,
kenapa kau tak minta maaf? Aku call kau elok-elok nak berbaik. Kalau macam ni,
baik aku diam terus.”
“Apa salah saya
nak minta maaf kat awak?”
“Kau tak
pedulikan aku. Ye la kan. Kan Faiz dah ada.”
“Eh. Wait. Mana
awak kenal Faiz?”
“Mana-manalah!
Kau risau dia je kan. K la. Bye.” Fairuz terus memutuskan talian. Dia rasakan
Mawar betul-betul tidak mempedulikannya lagi. Mawar seperti lebih risaukan
faiz.
******************************
Fairuz mencapai
gitar. Tenang dia melangkah ke pentas. Lagu I’m a fool akan dinyanyikan secara
akustik. Fairuz mengambil tempat di tengah pentas yang dipenuhi dengan cahaya
lilin. Sebuah kerusi tersedia untuknya. Dia meletakkan Danbo di depannya.
Fairuz mula memetik gitar. Tepukan gemuruh dan sorakan penonton kedengaran.
“Ada orang
mungkin bodoh sebab cinta. Ya… dialah segalanya walaupun dia tak faham apa ada
kat hati ni. Jadi, terimalah, I’m a fool.”
It’s maybe like
this because i'm a fool
it seem alright
even when I’m hurt
even when I’m
teased about my pitiful love
because I’m a
fool beyond help...
*******************************
‘SHAH ADLI
TERLIBAT DALAM PERGADUHAN.’
“What??!” Mawar
terkejut membaca tajuk muka hadapan akhbar. Dia meneliti setiap baris berita
tentang Shah Adli terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pemuda yang dirahsiakan
identitinya. Mawar terus mendail nombor telefon Fairuz yang sudah hamper 2
minggu menyepi.
“Mawar…” suara
Fairuz lemah.
“Fairuz. Awak kat
mana? Awak ok?” Mawar cemas.
“I need you,
Mawar.”
Sebaik sahaja
pintu dibuka, Fairuz terus memeluk Mawar. Mawar tergamam.
“Mawar. Aku minta
maaf. Aku salah. Kau jangan tinggal aku. Please… Jangan tinggal aku.”air mata
Fairuz mengalir. Dia tertekan dan hanya mampu bersembunyi di bilik hotel itu.
“Erk… Fairuz.
Relaks k. Saya ada.”
“Tolong jangan
pergi dengan Faiz. Aku macam mana nanti kalau kau tak ada?”Pelukan Fairuz
sangat erat. Mawar cuba menolak Fairuz perlahan.
“Fairuz. Look.”
Fairuz melepaskan Mawar. Dia merenung wajah Mawar. Jelas lebam dan luka pada
wajah Fairuz.
“Saya sayang awak.
Saya dah cakap saya sayang awak. Kenapa saya nak pergi dengan Faiz?” suara
Mawar bergetar. Perasaannya berbaur. Terharu, sedih, sayang, kasihan, semua
menjadi satu. Air mata Fairuz terus mengalir. Fairuz masih merenung Mawar.
“Hey. Malu lah
lelaki menangis.” Mawar cuba bergurau dan senyum walaupun ada air bergenang di
matanya.
“Aku tak menangis
laaa… Mata aku masuk habuk haa… Bilik ni tak bersih.”
“Hehehehe. Ye…
banyaknya habuk. Ish..” sambil ketawa, air mata Mawar akhirnya mengalir
perlahan. Mawar menyeka.
“Mawar.”
“Hm???”
“Aku tak tipu pun
masa showcase hari tu. Aku serius. Aku tak boleh tak ada kau. I love you.”
Mawar senyum.
Bibirnya terkunci, tidak tahu apa yang harus dibalas. Dia terharu.
“Apasal diam? Cakap
lah I love you too…” protes Fairuz. Mawar tergelak kecil. Dia menyeka air
matanya lagi.
“I love you too.”
*****************************
Fairuz duduk di
sofa. Tv di hadapannya dipandang kosong. Pada jari kanannya terselit sebatang
rokok. Sudah hampir sejam dia begitu dan entah berapa batang rokok telah
disedutnya. Beberapa hari lepas, Faiz telah datang bertemunya. Pertemuan yang
menyebabkan pergaduhan antara dia dengan Faiz.
“Kenapa cari aku?”
tanya Fairuz tenang.
“Kau sayang Mawar?”
tanya Faiz tanpa memandang wajah Fairuz.
“Heh. Kalau sayang
pun, ada kaitan dengan kau?”
“Kau ingat Erin?”
“Tak payah nak
sebut nama dia depan aku lah.”
“Dia dah ada anak.
Dah setahun umur budak tu.”
“So?”
“Tu anak kau.”
“Woi. Baik kau
jaga mulut tu.” Jari telunjuk Fairuz menghala ke muka Faiz.
“Tak kan kau nak
lepas tangan kot. Heh.” Sinis.
“Aku tak ada kaitan
lah dengan budak tu!”
“Berani buat DNA?
Yus, agaknya, kalau media tahu cerita ni, jadi muka depan paper tak? Kalau
Mawar tahu, dia pandang kau lagi tak?” tiba-tiba satu tumbukan hinggap tepat
pada hidung Faiz. Faiz tersungkur. Hidungnya berdarah.
“Aku dah cakap
benda ni tak ada kaitan dengan aku! Dan jangan kacau aku dengan Mawar.” Baru
saja fairuz mahu melangkah pergi, Faiz menyerangnya dari belakang.
Fairuz tahu, hidupnya bakal musnah jika perkara ini diketahui media. Dia perlu berjumpa Erin.
(bersambung)
credit to CN Blue - Because I'm A Fool.
assalamualaikum...blogwalking...nampak blog awak....suka story yg awak tulis...follow me k...
ReplyDeletewaalaikumussalam. done.thanks sudi baca. tulis cerpen jugak eh? keep it up, k. :D
Deletebest la crite ni...
ReplyDelete