nuffnang

Monday, July 23, 2012

SITI MAWAR (7)


“Nah.” Fairuz meletakkan dua plastik besar makanan di hadapan Mawar. Dia menyeka peluh di dahi.

“Apa ni???” tanya Mawar.

“Aku tak tahu apa kau suka. Jadi, aku beli semua.”

Mawar membelek beg plastic itu. Di dalamnya penuh dengan coklat, pelbagai jenis jajan, roti, air tin, air kotak dan macam-macam lagi. Semua yang singgah di mata Fairuz diambilnya.

“Banyaknya!!!”

“Sweet tak aku? Kahahahaha.”

“Eh. Perasan.”

“Eh… kejap. Kejap. Fairuz merampas dan menyelongkar satu beg plastik dari tangan Mawar.

“Ni aku punya.” Kata Fairuz sambil mengeluarkan sepaket lolipop dari beg plastik itu. Mawar hanya memerhati.

“Suka tak?” tanya Fairuz.

“Sukaaaaaaaa… Thanks.”

“Baguslah. Bolehlah belanja aku makan nasi.”

“Apa kaitan?”

“Duit aku dah habis beli semua ni. Aku nak nasi. Tak nak benda benda macam ni. Tak kenyang.”

“Mengungkit. Tak ikhlas.” Mawar mencebik.

“Dah. Dah. Kau pergi beli. Ramai orang kat kedai depan tu. Ayam goreng situ best. Nasi lebih tau. Sambal belacan jangan lupa.”

“Ye lah… Ye lah… Berapa bungkus nak?” Mawar sengaja memerli Fairuz.

“Eh. Boleh banyak bungkus eh?”


 **********************************


Fairuz meneliti nombor telefon dan gambar seorang perempuan yang sedang mendukung kanak-kanak perempuan berumur lingkungan setahun.

“Dia baru balik dari sana rupanya. Ni ke anak aku? Hmmm… entah-entah anak Faiz.” Fairuz mencebik. Lama dia merenung wajah kanak-kanak itu.

“Aku ada anak? Anak aku? Patutlah comel. Heh.”
Fairuz mendail nombor telefon tersebut.

“Hello. Siapa ni?” Suara perempuan di hujung talian.

“Erin? Aku Fairuz. Anak aku sihat?” tanya Fairuz dingin.


 *********************************


Fairuz meneliti alamat yang diberi.

“Kat sini ke?” Di hadapan Fairuz adalah sebuah bangunan rumah flat yang agak usang. Fairuz teragak untuk melangkah. Erin yang Fairuz kenal adalah anak Dato’. Tidak mungkin baginya untuk berada di tempat sebegini.

Tiba di hadapan rumah bernombor 405, Fairuz berhenti. Dia kaku.

‘Bagaimana kalau ini hanya satu perangkap?’ Belum sempat Fairuz mengetuk pintu, dia disapa dari belakang.

“Fairuz?” Fairuz menoleh.

“Erin?” Fairuz terkejut. Hampir dia tidak mengenali wajah bekas kekasihnya itu. Tiada lagi baju berjenama, make-up tebal atau high heels. Di hadapan Fairuz kini adalah seorang wanita yang sangat berbeza. Erin hanya memakai baju lusuh dengan skirt labuh. Badannya juga kurus melidi.

“Kau nak jumpa Sara kan? Masuklah. Dia kat dalam.” Erin mempelawa Fairuz masuk. Berkerut dahi Fairuz mendengar nama Sara yang disebut Erin. Pintu dibiar terbuka. Ada satu buaian di ruang tamu.

“Kau tinggal budak tu dengan siapa?”

“Sorang. Aku pergi buang sampah kat bawah kejap tadi. Sara tidur.”

Fairuz melangkah ke arah buaian. Seorang kanak-kanak perempuan sedang nyenyak tidur. Hati Fairuz tersentuh.

'Comelnya...' Dia melutut supaya lebih hampir dengan kanak-kanak itu. Memang tidak dapat dinafikan, wajah Sara seiras wajah Fairuz. Rambut Sara lurus sepertinya. Berbeza dengan rambut Erin yang ikal. Fairuz mengusap lembut kepala Sara. Disentuhnya pipi tembam Sara. Sara bergerak sedikit kerana tidurnya diganggu.

'Sara. Papa datang.' Ungkapan itu hanya terluah di dalam hati.

“Apa bukti ni anak aku?” tanya Fairuz tanpa memandang Erin. Matanya masih tertancap pada Sara.

“Tak ada. Aku tak suruh kau percaya pun. Aku boleh jaga Sara.”

“Dah tu, apa motif bagitahu aku?”

“Bukan aku. Faiz yang bagitahu.”

“Kenapa break up dengan Faiz.”

“Dia tak dapat terima bila tahu aku pregnant.”

“Kau tinggal kat sini?”

“Yup.”

“Family kau?”

“Tak penting. Tu bukan urusan kau.”

“Apa nama budak ni?”

“Sara Darweena.”

Fairuz tersenyum nipis.

‘Sara Darweena.’ Detik hati Fairuz. Dia suka nama itu. Fairuz berdiri dan terus melangkah ke pintu.

“Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi.” Kata Fairuz.

“Tak pernah ada lelaki lain yang sentuh aku selain kau.” Erin sempat berkata sebelum Fairuz berlalu.

‘Fairuz. Kau dah berubah.’


 ******************************


3 tahun sebelum…

Fairuz menunggu Erin di taman permainan. Dia duduk di sebuah bangku sambil mengulum sebatang lolipop. Memang taman adalah tempat kegemaran Fairuz. Dia suka melihat kanak-kanak bermain. Tak adalah bosan menunggu Erin yang selalu lambat.

“Baby!!!” Erin memeluk Fairuz dari belakang.

“Eiii… apa baby baby ni. Setengah jam lambat. Dia yang tetapkan masa, dia yang lambat.”

“Alaa… sorrylah. Siapa yang plan nak jumpa kat sini. Panas tau tak.”

“Babe. Hari ni turn kau belanja kan? Heh.” Wajah Fairuz yang tadinya mencuka kembali tersenyum apabila topic makan menjadi perbualan.

“Ada I cakap macam tu ke? Hahahaha. One more, kan dah cakap jangan pakai kau aku macam tu. Ok? Nak makan apa?”

“Chicken Chop!!!”

“Ha??? Maggie Cup? Ok. Jom.” Erin menarik tangan Fairuz. Namun, Fairuz tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia merenung Erin. Mukanya mencuka.

“Jomlah. Tak nak ke?”

“Tak nak... Tak nak lah Maggie Cup. Malu ah anak Dato' tapi belanja Maggie Cup je.”

“Tak nak Chicken Chop?”

“Eh… Nak!!!” Lantas Fairuz berdiri dan berlalu bersama Erin.

Lolipop adalah kegemaran Fairuz. Fairuz tidak merokok. Kemana sahaja dia pergi, pasti dia akan bawa sebatang lollipop. Pernah sekali mereka keluar, Fairuz memandu dan Erin menyelongkar dashboard kereta Fairuz.

“Mak aiii… ni tong sampah eh?”

Fairuz hanya memandang sekilas.

“Ala… yang makan tadi. Tak sempat nak buang lagi.”
Tiba-tiba Erin terjumpa sebatang lollipop. Terus Erin membuka pembalutnya.

“Jangan!!!” Jerit Fairuz. Dia merampas lollipop di tangan Erin. Erin mencebik.

“Ini last.” Kata Fairuz lalu terus memasukkan lollipop ke dalam mulutnya.

Erin suka Fairuz seadanya. Sikap Fairuz yang agak keanak-anakan menghiburkan Erin. Walaupun mereka sangat berbeza, itulah yang menjadi pelengkap. Erin tidak kisah ke taman walaupun dia tidak selesa dan Fairuz selalu menemani Erin ke pusat membeli belah walaupun itu sangat membosankan bagi Fairuz. Erin tidak pernah meminta Fairuz membayar pakaian yang dibelinya yang sudah sedia maklum mencecah ratusan ringgit. Cukup baginya Fairuz sekadar menemani dan memilih pakaian untuknya. Bagi Fairuz pula, itulah istimewanya Erin.

Erin juga pernah belajar menebar roti canai dari Fairuz.

“Kah kah kah! Apa kau buat ni? Koyak rabak. Gagal. Hahahaha.” Seronok Fairuz gelakkan Erin.

“Janganlah gelak.”

“Macam ni lah…” Fairuz mengajar Erin satu persatu. Pada hari itu, roti yang ditebar Erin semua tidak menjadi.

“Babe. babe. ada benda kat hidung kau.” Fairuz memuncungkan bibirnya ke arah hidung Erin.

“Ha???” lalu Fairuz menarik hidung Erin menggunakan tangannya yang bersalut marjerin.

“You!”

“Kahahahahaha.”

Akhirnya Kelas Roti Canai yang dikatakan Fairuz tidak menjadi dan tempat itu akhirnya penuh dengan tepung yang bersalut marjerin.

“Sayang. One day, you akan rasa roti canai I yang sedap.”

“Oooooo.”

“Ok. tak percaya? Fine… Wait and see.”


************************************


Jam 2 petang. Fairuz menunggu Mawar di taman. Dia duduk di sebuah bangku yang telah diikat dengan 10 biji belon halogen pelbagai warna. Dia meletakkan kotak KFC variety bucket di sebelahnya. Fairuz memegang 2 Cornetto Black&White yang sudah mula cair.

“Mana perempuan ni! Lambat lahhh.. Haih…” Fairuz membebel sendiri. Mengeluh.

“Haduiii… Panasnya… Alaa… dah cair.” Fairuz memandang aiskrim di kedua-dua belah tangannya. Dia menggigit dan mengoyak kertas yang membalut kedua-dua aiskrim tersebut.

“Kan??? Dah cair…” Fairuz terus makan aiskrim yang telah meleleh itu berselang seli. 2 minit kemudian, Mawar sampai.

“AWAKKK!!!!” Mawar menjerit sambil berlari ke arah Fairuz. Fairuz menoleh.

“LAMBAT!!!” Fairuz menjerit.

“Woahhh!!! Banyaknya belon! Mana awak dapat ni?”

“Janji pukul berapa?” tanya Fairuz tanpa mempedulikan pertanyaan Mawar.

“Kan pukul 2?” kata Mawar sambil memandang aiskrim yang cuma tinggal separuh.

“Sekarang dua lima minit.”

“Dah tu, lambat apanya? Sekarang baru dua lima minit.”

“Lambat lah… lambat 5 minit.”

“Cornetto saya mana?”

“Nah.” Fairuz menghulurkan aiskrim yang hanya tinggal separuh.

“Tak nak yang ni. Awak dah makan yang ni.”

“Kau lambat. Aiskrim ni cair. Aku makanlah. Nak ke tak nak ni?”

“Alaaa… tak nak. Dah la ajak orang jumpa kat taman pukul 2 petang. Tak logic langsung.”

“Tak nak sudah. Petang karang ramai orang lah. Aku kan artis. Nanti peminat aku serbu.” Kata Fairuz selamba. Dia terus menyuap aiskrim ke mulutnya.

“Euwwww. Perasan. Entah entah orang tak kenal pun awak.”

“Wei. Nganga jap.”

“Kenapa?”

“Nganga je lah!”

Mawar menurut. Dia ngangakan sedikit mulutnya tanpa mengetahui niat Fairuz.

“Nah. Habiskan. Aku nak makan KFC pulak.”Fairuz terus menyuap baki aiskrim di tangannya ke mulut Mawar. Mawar terjerit kecil. Mulutnya comot.

“Fairuz!!!”

Fairuz tidak melayan. Tangannya pantas membuka kotak KFC.

(bersambung)


0 comments:

Post a Comment