nuffnang

Sunday, December 30, 2012

SITI MAWAR (8)



“Mawar. Kanak-kanak yang umur lebih kurang setahun, apa dia boleh buat?” suatu hari Fairuz bertanya pada Mawar.



“Kenapa tetiba tanya? Siapa yang umur setahun?”



“Alaa.. saja tanya. Takpe lah tak nak bagitahu. Aku tanya orang lain nanti.”



“Haishh dia ni. Biasa, budak umur setahun, dah boleh berjalan. Dah boleh bercakap sepatah dua. Dah pandailah. Kenapa?”



“Ooo… dah boleh berjalan eh? Dia boleh panggil papa tak?” bersungguh benar Fairuz bertanya.



“Takde la boleh berjalan sangat. Maybe still jatuh jatuh. Mungkin dah boleh panggil. Awak kenapa ni?”



“Erk… tak ada apa. Anak kawan aku. Dah setahun umur dia. Hari tu aku pergi tengok. Comel.” Fairuz tersenyum sendiri membayangkan Sara.



“Ooo.. lelaki ke perempuan?”



“Princess. Heh. Nama dia Sara. Sara Darweena.” Fairuz merenung jauh ke hadapan. Di bibirnya terukir senyuman. Dia terbayangkan Sara memakai gown sedang bermain, berlari, kemudian jatuh terduduk. Pasti comel. Entah bila dia dapat luangkan masa sebegitu bersama Sara. Tapi dia tetap risau akan segala kemungkinan yang mungkin berlaku. Walaubagaimana pun, dia tidak dapat menafikan kewujudan Sara.



“Mawar.” Wajah Fairuz berubah serius.



“Yup.”



“Bagi kau, cinta tu apa?”



“Ahahaha. Awak apasal tanya soalan macam tu. Sejak bila berubah jadi mat jiwang ni?”



“Jawab laaa…” wajah Fairuz masih serius.



“Hmmm… baiklah. Cinta tu kesempurnaan. Cinta tu pelengkap kepada kekurangan manusia. Cinta tu…”



“Wei. Geli lah aku dengar! Meleleh tahi telinga aku. Eiiiii…”



“Hish! Awak yang tanya tadi kan?!”



“Cinta tu, macam kentut.”



“Eiii… what the pengotor!!!”



“Betul lah. Kentut kan, bila ditahan siksa, bila dilepas, busuk tapi pehhh legaaa… hahaha. Lagi, kentut kan, tak nampak, tapi ada. Hmmm… Kentut kan, boleh buat orang pergi dari kita. Cinta pun macam tu lah kan?”



“Kenapa boleh buat orang pergi dari kita?” tanya Mawar.



Fairuz Cuma membalas dengan satu senyuman.



“Mawar.”



“Hm?”



“Kalau aku pergi jauh, kau rindu tak?”





*************************





Hari berikutnya, Fairuz ke rumah Erin sekali lagi untuk bertemu Sara. Kali ini, dia membawa pakaian dan permainan buat Sara.



“Fairuz, kalau aku tak ada nanti, kau boleh jaga Sara tak?”



“Apa kau merepek ni?”



“Aku kena balik UK.”



“Aku tak boleh jaga Sara. Tak kan tak faham situasi aku. Bawak la Sara sekali.”



“Please. Aku merayu dengan kau. Aku tak boleh bawak dia.”



“Mana aku pandai jaga budak.”



“She’s your daughter.”



“Hari tu kau kata kau boleh jaga dia kan? Kalau kau tak ada duit, aku boleh kasi.”



“Ni bukan pasal duit. Please. Kalau kau sayang Sara, tolong jaga dia.”



“Dah tu kenapa?”



“A…aku tak hidup lama. Aku sakit.”



“Heh. Kau tak payah nak buat alasan lah.”



“Aku ada cancer serviks tahap 4. Aku balik Malaysia pun sebab nak kasi Sara kat kau. Tu pun kalau kau nak terima dia. Family aku tak nak terima Sara. Sebab tu aku jadi macam ni.”



“What? Heh. Kau saje je kan?”



“I’m serious. Kau nak tunggu aku mati baru kau nak ambik Sara?” Tenang Erin memandang Fairuz.



“Erin. What the hell are you talking about?”



“Dulu, masa pregnant, doctor dah suggest untuk aku gugurkan kandungan. Tapi aku sayang Sara. Aku sanggup putus dengan Faiz sebab Sara. Aku tak kisah kalau aku mati sebab Sara. Aku minta maaf sebab aku datang kacau hidup kau semula. Tapi aku dah tak ada pilihan. Kau ayah Sara. Kalau kau nak bukti, kau boleh buat DNA.”





Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar. Kedengaran suara perempuan memberi salam.



“Assalamualaikum…”



“Waalaikumussalam.” Erin menjawab. Dia bangkit dan menuju ke pintu. Fairuz masih leka bersama Sara.



“Ya… Cari siapa?” kedengaran suara Erin bercakap dengan perempuan itu.



“Fairuz ada kat sini?”



“Fairuz?”



Fairuz pelik. Siapa yang mencarinya di sini? Tanpa diduga, Mawar sudah berdiri di hadapan Fairuz.



“Mawar?”



“Apa ni? Apa awak buat kat sini? Siapa ni?” tenang suara Mawar.



“Mawar. Let me explain.”



“Ok.”



“Erk… Ni anak aku, Sara.”



“Ha??? A… Anak?”



“Yup. Anak aku.”



“And this is your wife? Awak siapa sebenarnya, Fairuz?” Air mata Mawar mula mengalir. Mawar cuba mengawal suaranya. Dia tidak mahu bertindak mengikut emosi.



“Mawar. Please dengar aku explain.” Fairuz cuba memegang tangan Mawar. Namun ditepis.



“What?”



“She’s not my wife.”



“Awak ada anak, tapi tak ada isteri?”



Fairuz buntu. Tidak tahu bagaimana harus dia memberitahu Mawar. Fairuz menghampiri Mawar. Kedua-dua tangannya memegang pipi Mawar dan cuba menyapu air mata Mawar.



“Hey. Aku minta maaf. Let me explain, please.”kata Fairuz perlahan.



“Saya nak balik. Maaf mengganggu.” Mawar menepis tangan Fairuz dan terus berlalu.



Fairuz kaku. Dia benar benar buntu. Betullah… Cinta boleh buat orang pergi dari kita. Erin dari tadi hanya sebagai pemerhati.



“Fairuz. Kau ok?”



“Aku ikut kau balik UK.” Air mata Fairuz bergenang. Maafkan aku, Mawar.







Malam keesokan harinya, Mawar menerima sms dari Fairuz.


‘Mawar. Lusa aku nak pergi UK. Aku nak jumpa kau sebelum pergi. Please.’

-Fairuz.



Pergi dengan Erin la tu. Mawar menyeka air mata. SMS Fairuz dibiar sepi.



‘Mawar. Esok petang pukul3 aku tunggu kau kat taman.’

-Fairuz.



Selang 2 minit, masuk lagi SMS lain.



‘Sampai kau datang.’

-Fairuz.



Mawar mematikan telefon bimbit.






Mawar memandang jam. 5petang. Hujan masih lebat dan kilat sabung menyabung. Telefon bimbitnya masih lagi dimatikan sejak dari semalam.

Betul ke tindakan aku ni?



“MAWAR!!!” tiba-tiba Mawar terdengar suara memanggil namanya diselang selikan dengan bunyi guruh.



“MAWAR!!! SITI MAWAR!” Mawar bangkit dari katil menuju ke tingkap.



Fairuz? Gila ke apa mamat ni? Dia kuyup dalam hujan. Badan Fairuz menggigil. Fairuz nampak tingkap rumah Mawar dibuka dari dalam.



“Aku tahu kau ada kat dalam. At least dengar dulu aku explain. Lepas tu kau decide nak maaf aku atau tak.”

Mawar masih lagi kaku. Dibiarkan Fairuz di bawah hujan.



“Ok. Aku tunggu sini. Kalau nak mati pun, matilah.” Fairuz letih dan kesejukan. Dia duduk di luar pagar rumah Mawar. Satu kotak yang mengandungi 100 biji Ferrero Rocher juga basah. 100 biji menandakan 100 hari hubungannya dengan Mawar. Setiap biji coklat tersebut diselit dengan sehelai kertas kecil yang mengandungi ucapan pendek yang berbeza.



10 minit berlalu. Mawar mencapai payung dan membuka pintu. Fairuz langsung tidak menyedari kehadiran Mawar. Dia cuma sedar apabila ada payung yang melindungi kepalanya dari hujan. Fairuz mendongak.



“Mawar?” Fairuz berdiri. Air mata Fairuz bergenang. Dia cuba untuk senyum. Mawar langsung tidak bersuara. Perasaan Mawar seakan mati. Wajahnya langsung tiada reaksi.



“Aku minta maaf.” Mawar tidak menghiraukan kata-kata Fairuz. Mawar melangkah perlahan ke dalam rumah. Fairuz menuruti langkah Mawar.





Sehelai tuala dihulurkan kepada Fairuz. Fairuz menggigil kesejukan.



“Mawar. Say something, please.” Fairuz masih tidak berputus asa. Mawar berlalu ke dapur meninggalkan fairuz di ruang tamu. Sebentar kemudian, Mawar keluar sambil membawa satu mug coklat panas. Diletakkannya di hadapan Fairuz.



“Thanks.”kata Fairuz perlahan. Mawar mahu berlalu. Rasa lemas bila berada bersama Fairuz. Hatinya sakit.



“Mawar.” Fairuz mencapai tangan Mawar.



“Dah habis minum tu awak boleh balik.” Mawar langsung tidak memandang Fairuz.



“Hina sangat ke aku sebab ada anak tanpa perkahwinan sampai kau tak nak pandang aku pun?” Suara Fairuz bergetar. Fairuz cuba mengawal perasaan. Mawar tersentak. Bukan itu maksudnya. Cuma… Cuma mungkin dia tak bersedia. Dia tak tahu bagaimana harus menerima Fairuz.



“Dulu Erin yang tinggal aku dan aku tak tahu dia pregnant. Dia bertunang dengan Faiz. Aku tahu aku salah sebab terlanjur dengan Erin. Masa hati aku kosong, aku kenal kau. Aku mula sayang kau. Aku tak mintak la nak sayang kau. Aku letih nak sayang orang. Masa aku happy dengan kau, Erin balik bawak Sara. Tiba-tiba cakap tu anak aku. Sara, yang aku tak pernah tahu pun dia wujud. Erin nak kasi Sara kat aku sebab dia sakit dan tak mampu nak jaga Sara. Kau faham tak macam mana perasaan aku? Hati aku hancur. Aku buntu. Aku sayang kau. Sumpah! Aku sayang kau. Tapi, kalau kau nak aku pilih, aku minta maaf, aku terpaksa pilih Sara. Macam mana pahit pun, dia tetap anak aku. Tapi, kalau kau sudi, aku nak kita sama sama jaga Sara.” Air mata Fairuz gugur. Begitu juga Mawar.



“Faiz dengan Erin? Faiz tinggal saya sebab Erin?”



“Aku tahu. Aku tahu kau ex Faiz.”



“So, apa tujuan awak rapat dengan saya? Kesian? Atau nak balas dendam pada Faiz?” Mawar memandang Fairuz. Tangan Fairuz ditepis.



“Mawar… Kau… apa kau cakap ni?”



“Apa lagi rahsia awak, Fairuz? Apa lagi yang awak sembunyikan dari saya? Siapa awak? Kenapa awak datang dalam hidup saya?” Mawar teresak. Fairuz tak kuat melihat air mata Mawar. Air mata itu benar benar melemahkan jiwa lelakinya. Mawar… please stop crying.



“Mawar. Aku minta maaf. Tolong. Maafkan aku.” tanpa diduga, Fairuz melutut dihadapan Mawar.



“Awak balik la.”



“Mawar.”



“Balik. Awak nak pergi UK esokkan?”



“Erin ada operation kat UK. Erin tetap ibu kandung Sara dan sekarang Erin tak mampu jaga Sara. Erin dah tahap kritikal. Aku tak boleh pisahkan Erin dan Sara dalam situasi sekarang.. Please. Tolonglah faham. Aku dengan Erin tak ada apa.”



“Fairuz… Demi Sara dan Erin, tolong kahwin dengan Erin.” Perlahan ayat tersebut keluar dari mulut Mawar.  Hati Mawar pedih. Bukan itu yang dia mahu namun itulah yang terbaik. Erin juga memerlukan seseorang yang boleh menjaganya.



Fairuz kelu. Kenapa itu yang Mawar katakan? Nafasnya seakan terhenti. Suaranya tersekat di kerongkong. Fairuz berdiri. Badannya lemah. Dia hilang bicara. Perlahan dia mengatur langkah.


“Selamat tinggal… Mawar.” Suara Fairuz perlahan tapi jelas.

Mawar terduduk. Dia menangis semahunya. Macam ni je berakhir kisah dia dengan Fairuz? Mata Mawar singgah pada kotak yang ditinggalkan Fairuz. Mawar mencapai kotak tersebut. Basah. Lecun. Kotak tersebut dibuka perlahan. Di dalamnya penuh Ferrero Rocher yang ditampal dengan kertas warna pada setiap satunya. Pada setiap kertas terdapat satu nombor. Berhati hati Mawar membuka kertas yang tertulis nombor 1.

'Dear, sayang...'
hanya itu yang tertulis. Mawar terus membuka kertas kertas yang seterusnya mengikut nombor.

'Hari ini genap 100 hari perkenalan kita. Tahu tak? Hmm... tak ingat lah tu.'

'Thanks sebab sudi hadir dalam hidup aku. Thanks sebab sudi terima aku.'

'Kau ada masa gelak tangis aku. Thanks.'

'Kau sabar layan karenah aku, Thanks.'
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'Aku harap suka duka aku untuk 100 hari akan datang dan 100 hari seterusnya masih ada kau.'

'Janji dengan aku, k?'

'Aku harap selamanya kau percaya aku.' 

'Sempena hari yang ke 100 ni, aku nak tanya kau something.'

'Ta da da!!!!'

'Sudi tak jadi  ibu kepada baby baby aku nanti?'

'Sudi tak jadi yang halal untuk aku sampai akhir hayat aku?'

'Aku sayang kau- Fairuz Adli bin Shahrom.'


(bersambung)


Ferrero Rocher
 






1 comment:

  1. Шлюхи считают, что практика такая очень даже хорошая. Если пара действительно уверена друг в друге Иногда парень выбирает одних женщин, и отается равнодушным к другим женщинам, даже если вторые очень стараются и делают все возможное для того, чтобы привлечь их внимание. Самое важное - это узнать все тайны женской привлекательности: в чем они заключаются в характере, внешности или в чем- то еще? Религия — распространенный суррогат веры.

    ReplyDelete