nuffnang

Tuesday, August 9, 2011

hadirnya dia (8)

aku termenung memikirkan pelbagai jawapan bagi pelbagai persoalan. akif tak nampak, dah 2tahun hilang macam tu je. tetiba sampai teddybear dari akif. sepatutnya, akif dah kat kl. dah tu, aku call tak dapat. tetiba pulak status kat facebook dia updated. akif dah nampak atau ada orang lain yang buat semua ni? kat mana akif sekarang? kalau dia dah nak lupakan aku, teddybear tu apa? akif! tolong la jangan main main. aku penat la. 


ok. kau tak rindu aku. aku je kan?


habis terbang melayang mood aku petang ni.buku buku semua bersepah atas meja. katil tak kemas pun. Ya Allah. sakai gila rasa. macam orang putus cinta. KOT. hailaaa.. kat mana aku boleh cari akif ni. dah. jangan tanya lagi kenapa aku sayang dia. aku tak ada jawapan dah untuk soalan itu.


on facebook.


ada message dari encik boboi?


'01492244444. nah nombor aku. ada apa apa contact aku. aku tahu kau perlukan someone sekarang. tak payah fikir sangat akif tu. dia ingat kau, dia akan balik. TRUST ME. :) '
- encik boboi


huh.mengeluh lagi. cepat la tua kalau asyik mengeluh je. tarik cermin, tilik tilik muka. alamak. kedut ke tu? huh. eh. jangan mengeluh! aku save nombor boboi ke dalam handphone. entah la. biasa aku biar je nombor sesiapa kat dalam facebook tu. selepas nombor akif dulu, ni je la nombor yang aku ambil dari kenalan facebook. eh. aku tak pernah kenal pun la si boboi ni. dari nama betul, sampai la ke muka dia. aku tak tahu pun. profile picture dia? entah apa apa kot. gambar tangan la, dahi la, telinga la, tahi lalat pun ada. 


hishh. pelik tak? tapi, kadang kadang, sebab kita tak kenal orang tu la kita lagi mudah nak cerita masalah kita. kadang kadang la. kat boboi ni, aku selalu cerita pasal akif. dia pun suka tanya.


dahhh. aku pun tak tahu nak cerita apa dah sebab life aku memang sangat bosan tiap hari. pergi kelas, ingat akif, berfacebook dengan si boboi, ingat akif, peluk si putih, lagi la ingat akif. entah la. angau kot. dah seminggu aku save nombor boboi, tetap langsung tak contact dia lagi. dia pun dah bising cakap nombor dia tu aku dah buat tukun. ye la. yela! haishh.


*contact


Boboi


*Dialing


*call ended.


missed call sudah. tiba tiba...


"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"


boboi? nak angkat tak?


yaya :  assalamualaikum.
boboi :  waalaikumussalam ya.hihi.


eh. suara ni?kenapa macam sama?


yaya : boboi?
boboi :  ye saya. kenapa?
yaya :  takde apa apa. eh. nak panggil pe ni? tak kan la boboi boboi je.
boboi : oohh. panggil saya eman.
yaya : aiman ke?
boboi :  kenapa?
yaya : nama akif, akif aiman.
boboi : ye ke? eh. sama la. saya aiman jugak. em. thanks tau, ya sebab sudi kasi nombor ni.
yaya :  ok. awak. suara awak macam suara akif.
boboi :  ye ke? banyaknya sama. dah tu, nak saya buat suara macam ni?


eman membesarkan suara dia.


yaya :  hahahaha. ei. bongok la dia ni. hahahaha. buruk suara macam tu.
boboi :  dan dan je cakap kita bongok eh. eh. bongok la dia ni.hahahahahaha
yaya : ala. jangan la ajuk.
boboi :  hahaha. kelakar tau tak. bunyi style latah gitu. ei. bongok la dia ni.hahahaha. adeh.sakit perot gelak
yaya :  k. gelak la lagi..
boboi :  kahkahkahkah.


ei! geram. makin menjadi pulak gelak dia ni.


boboi :  awak, baru 1st time borak, dah cakap saya bongok?haishh. nanti nanti, entah apa lagi kan.hahahahaha.


macam tak rasa pun dah sejam berlalu. tiba tiba, panggilan terputus. tak sampai 1 minit, aku menerima mesej dari eman.


'ya. kedit habis. take care. best borak dengan awak.nanti topup, saya call lagi.eh bongok la dia ni.hahahahaha. assalamualaikum.'
-boboi


'hey. bongok.hahaha.thanks call k. waalaikumussalam.'
-alyaa


entah kenapa, rindu pada akif macam terubat bila dapat berborak dengan eman.aku tersenyum sendiri. dia macam akif jugak. suka menyakat.


"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"


siapa pula yang call ni. nombor tak ada dalam contact list.


yaya :  assalamualaikum.
akif :  waalaikumussalam.hihi. hai sayang. rindu aku kewwww? hahahahaha
yaya :  akif?
akif :  ye. aku la ni. kenapa?


akif? akif call aku? dah tu, kenapa sebak semacam ni?


yaya :  akif! kenapa kau susah sangat nak contact aku?! kau dah lama kat kl kan? isk. kau kenapa? saja buat aku macam ni?


ok. aku menangis.


akif :  ya. sori. a..aku minta maaf. aku bukan sengaja. aku rindu kau ya. rindu sangat. ya. jangan la nangis. tolong la. aku jauh nak lapkan air mata kau.
yaya :  isk isk. dah kau tu. sampai hati kan. tau la aku je yang ingat kau. isk
akif :  yaya. dah k. lap air mata tu. alahai. hingus meleleh tu! eiii..loser. 
yaya :  mana ada hingus!
akif :  ok. kau nangis tak ikhlas.


hiks. padahal, hingus pun dah sama laju dengan air mata dah ni.


yaya :  kau kat mana?
akif :  rumah la. aku kan buta.
yaya :  dah facebook kau hari tu? 
akif :  macam la aku sorang yang tahu berfacebook.kawan aku tolong.
yaya :  akif. nape baru contact aku..isk isk.
akif :  stop nangis dulu. aku call pun nangis.
yaya :  ok. ok. tak nangis da.kenapa?
akif :  aku tak ready.
yaya :  dah kenapa? macam la tak biasa dengan aku nak ready ready.
akif :  ala ya. please jangan tanya k. ha. ni tak nak jumpa aku ke? si putih sihat?
yaya :  kau kat mana? tak sihat. dia rindu kau.
akif :  kl la. hahaha. ye la tu dia rindu aku kan. dia yang rindu, si putih pulak kena. eh. malam malam kau peluk si putih tu, tak rasa peluk aku ke?
yaya :  perlu ke rasa macam tu? tak payah.
akif :  ala.. payah la.. payah la..hihihi
yaya :  akif. aku rindu.
akif :  ye sayang. aku pun rindu kau. rindu sangat.
yaya :  kau jangan buat macam ni lagi tau.
akif :  ye sayang. aku selalu ada dengan kau k. eh. datang la sini jumpa aku. kata rindu.
yaya :  bila?
akif :  weekend ni? bak sini nombor akaun kau. nanti kawan aku bank in duit untuk tiket nanti. aku tau kau pokai sekarang.
yaya :  dah. tak payah. aku ada duit lagi la.
akif :  eh. aku dah pindah tau. bukan rumah lama tu. aku dok dengan member sekarang. dia la yang banyak tolong aku.
yaya :  ha? ok. bak alamat.
akif :  tak mau.
yaya :  dah tu, nak jumpa tak?
akif :  kasi nombor akaun dulu, baru aku kasi alamat.
yaya :  alaaaa.
akif :  nak tak?
yaya :  yela yela. nanti aku sms.


lepas puas berbual, aku sms nombor akaun kepada akif. so, hari ni, memang aku senyum je. hihihi. happy sangat. satu bilik aku kemas. siap mop lantai lagi. tempaat roomate aku yang balik kampung tu pun aku tolong kemaskan even memang dah kemas. weekend ni jumpa akif!!! yahooo!!!!!!


lama aku tunggu. takde pun sms alamat dia. ok. aku call dia.


yaya :  assalamualaikum. akif
akif :  waalaikumussalam. yaya eh?
yaya :  ye. aku la ni. mana alamat kau?
akif :  dulu aku da kasi kan.
yaya :  dulu? alamat lama ada la.
akif :  yang tu la.
yaya :  kata pindah.
akif :  bila aku kata aku pindah.hahahahahaha
yaya :  kau tipu aku!
akif :  dah tu, kalau tak, kau tak kasi nombor akaun. thanks. nanti aku bank in.
yaya :  tak payah laaa...
akif :  suka ati aku la. mana boleh tak kasi. nafkah zahir.
yaya :  gila.
akif :  ye. aku gila kat kau.
yaya :  hahahahaha. sah kau gila. dah la. geli la weiii.
akif :  ye. aku tau la aku buta.
yaya : haishh. bukan macam tu la. aku sayang kau k.


dan weekend itu, aku menaiki bas ke kl untuk berjumpa akif. haiyoo. tak sabarnya. excited, cuak pun ada. 2tahun lebih tak jumpa!


************


"DINGDONG!!!" aku menekan loceng rumah akif sambil meninjau ke halaman rumah. sebentar kemudian, seorang perempuan berumur lingkungan 50an keluar menyambut kedatanganku. pintu pagar terbuka secara automatik.


yaya :  assalamualaikum makcik.


aku menyapa ramah sambil menghulur tangan bersalam dengan wanita itu. wanita itu menyambut. ramah.


mak mah :  waalaikumussalam. panggil aje mak mah. mak mah orang gaji kat rumah ni. eh. silakan. masuk la. akif ada kat dalam.
yaya :  iye mak mah.


aku memasuki banglo mewah itu. akif sedang duduk di ruang tamu sambil mendengar lagu.


yaya :  assalamualaikum.


akif menoleh sekadar.


akif :  yaya! waalaikumussalam. eh. duduk la.


akif buta tapi matanya ok. kalau tengok dia, tak tahu pun dia buta. hensemnya akif.hihi. aku duduk di sebelah akif. mata aku masih merenung akif. ala. bukan dia tahu pun aku tengok dia.


akif :  ya? senyap je?
yaya :  hihihi.
akif :  apa?
yaya :  takde apa apa la encik akif. sihat ke?
akif :  dah kau tengok aku sihat ke? ya. tidur sini eh malam ni. banyak bilik kosong.
yaya :  tak menyusahkan ke?
akif :  kenapa pulak? kau kena jaga aku.
yaya :  apasal pulak?tetiba
akif :  ala.. tak sudi ke.
yaya :  yela yela.
akif :  ya. sudi tak kau jadi tua dengan aku?
yaya :  ha?
akif :  sudi tak kau jadi suri hidup aku. kita tua sama sama.


dah. hadui. apa dia ni? tetiba sangat. aku terdiam. aku salah dengar ke?


akif :  ya? sudi tak?
yaya :  er. kif. kenapa tetiba sangat.
akif :  aku serius ya. aku dah ok sekarang dan aku tau kau the best untuk aku. kau sudi tak nak jaga orang buta macam aku?
yaya :  eh. er. kenapa kau suka aku?
akif :  kau cantik ya. cantik sangat.
yaya :  eleh. tipu.
akif :  hati kau ya. aku sayang hati kau. kalau boleh, aku nak jadi pemilik hati kau.


aku terdiam.


akif :  alyaa??


(bersambung)



2 comments:

  1. ala!!! ingat da end , pat2 sambung aww...

    ReplyDelete
  2. hahahaha. sedang. tapi tak tau bila publish :)

    ReplyDelete