nuffnang

Thursday, August 4, 2011

hadirnya dia (5)

sepi, sayu, sedih. kenapa dalam situasi begini aku dipertemukan dengan akif? aku menahan sebak dan duduk di sebelah akif. akif tiada saudara terdekat di malaysia. ibu bapanya di luar negara. kalau ada pun, dua pupunya di sabah.
"akif. bangun la. ni aku, yaya.hari tu kau cakap nak jumpa aku. aku dah datang ni. bangun la.."


runtun hati aku melihat keadaan akif.tangannya patah dan kepalanya berbalut. perlahan lahan aku memegang tangan akif. dingin.doktor cakap, keadaan akif tak dapat dijangka. kecederaan pada kepalanya mungkin mempunyai kesan apabila dia sedar nanti.tetapi, menurut doktor, kesan hantukan di kepalanya itu sangat hampir dengan saraf penglihatan. jadi, ada kemungkinan untuk akif mengalami gangguan penglihatan.


"sayang. kenapa kau buat macam tu. kau tak sayang aku ke?"


hanya Allah yang tahu perasaan aku pada akif. betul. aku cinta akif. tapi aku tak nak cuma sekadar pengganti untuk mengisi hati akif yang kosong sedangkan akif masih sayang perempuan tu. kalau tak, tak kan dia sampai terjun bangunan kerana perempuan tu. kenapa bukan aku yang akif cinta? kenapa dia mesti sakit sebab perempuan tu?


tiba tiba rasa bersalah. dinginnya aku layan dia. aku minta maaf akif. teruknya aku. mana aku pergi masa kau sakit kecewa dan perlukan teman. apa punya kawan aku ni? akif. aku rindu kau. aku rindu kita yang dulu. aku rindu gelak tawa kau. aku rindu usikan kau. akif. bangun la. :'(


Ya Allah. sembuhkanlah akif. kembalikan akif yang dulu.










**********
"KEDEGANG!!!"
aku terjaga dari tidur. apa yang bising tu. eh. akif? habis barang di atas meja sebelah katilnya jatuh ke lantai.
"ARGHH!!!"


dalam mamai, aku terkejut. kenapa dengan akif?


yaya :  akif. kenapa?
akif :  mana semua orang? kau siapa? kau kat mana?


aku tersentak. keras suara akif. akif? kenapa?


yaya :  a..aku kat sini. depan kau.


akif seperti meraba raba mencari sesuatu.


akif :  kau kat mana? kenapa gelap? aku takut.


sayu suara akif. akif menangis? sebak. aku menyambut tangan akif. remuk hati aku melihat keadaan akif. ya Allah. beratnya cubaan-Mu.


yaya : a..akif.aku kat sini. jangan takut. aku ada dengan kau.aku ada. aku panggil doktor k.
akif : jangan tinggal aku. tolong. tolong jangan tinggal aku.


akif memegang tanganku erat. dia menggigil.
aku menekan butang kecemasan. tak sampai 2minit, jururawat dan doktor masuk ke bilik akif untuk membuat pemeriksaan. aku berlalu, memberi ruang kepada mereka. akif diberi suntikan supaya dia tidur.


akif disahkan buta. saat ini, aku rasa nilai air mata tu murah sangat. perlahan lahan aku memasuki bilik akif. akif tidur. kesian akif. tekanan perasaanya pelum pulih, terpaksa pula menerima cubaan berat ini. aku duduk di sebelah akif. lama aku merenung mukanya. hensem ke? eh. tak. tak. sweet. muka ala ala manja. good looking la.rupanya ni akif yang selama ni aku cuma kenal secara maya. kenapa perempuan tu tinggal dia? apa lagi yang tak cukup pada akif?


akif :  hani.


akif terjaga.hani? siapa hani?


akif :  hani. jangan tinggal abang. abang takut.


aku menghampiri akif. dia menangis lagi.


akif :  hani? hani. abang tak nampak. sini sayang.


apa aku patut buat ni? akif dapat rasa kehadiran aku. dia meraba mencari aku. aku menyambut tangannya. dia tersentak dan menarik tangannya.


akif :  kau siapa?! kau bukan hani! 


aku terkejut dengan jeritan akif.


akif :  hani.... mana hani. abang rindu hani. sayang..


aku menarik nafas.


yaya :  akif. ni aku. yaya.
akif :  yaya? kau siapa? aku nak hani la!!! tolong bawa dia datang sini, boleh? aku rindu dia.


keadaan akif masih tidak stabil. keluar dari hospital, akif ditempatkan di hospital sakit jiwa. bilik khas disediakan disebabkan masalah penglihatannya. aku pula terpaksa balik ke uni. dah seminggu aku ponteng kelas. lagi 2 minggu cuti midsem. aku akan datang jumpa akif. beratnya hati nak tinggalkan dia. aku menyapu saki baki air mata dan berlalu pergi.
take care sayang.




**************


2minggu berlalu.




yaya :  assalamualaikum


aku menyapa akif yang duduk temenung di penjuru katil.


akif :  yaya?
yaya :  ye. aku ni.
akif :  kau gi mana? kau tinggal aku macam tu je?
yaya :  aku minta maaf k.
akif :  mana kau?


aku menyambut tangan akif.


akif :  kau jangan lepas tangan aku tau. temankan aku k.
yaya :  ye. aku ada kat sini. dengan kau k.


**********


akif :  ya. nak air.
yaya :  er. kejap kejap.


aku menuang air ke dalam gelas dan membantu akif minum.


yaya :  dah?


akif mengangguk.


akif :  yaya. kenapa aku tak mati?
yaya :  haish. tak baik la cakap macam tu.
akif :  kenapa dorang selamatkan aku. aku terjun tu sebab aku nak mati la.
yaya :  kau tak sayang aku?
akif :  aku sayang kau. sayang sangat.
yaya :  dah tu? kalau sayang, jangan la cakap macam tu lagi.


akif :  ngantuk la.
yaya :  tidur la.
akif :  dodoikan eh?
yaya :  haha. ye..
akif :  yay! nyanyi ya.
yaya :  hmm. lagu apa ek?
akif :  apa apa la. ngantok sangat ni.
yaya :  ok. ok. ehem ehem. you are may sunshine, my only sunshine.
akif :  kahahahahaha.
yaya :  why? tau la suara aku tak best.
akif :  bukan la. best la. tapi kau tak habis habis dengan lagu ni.
yaya :  hm. biar la!
akif :  aku sendiri tak nampak sunshine, macam mana nak jadi sunshine kau.






akif disahkan stabil tetapi memerlukan perhatian. jangan biar dia seorang diri dan cuba bagi perhatian kepadanya. dan entah kenapa aku rasa bertanggungjawab untuk terus ada disampingnya.


akif :  ya. tolong aku.
yaya :  apa?
akif :  buat aku lupa dia, boleh? aku dah buta kot. kenapa hati aku ingat dia lagi.






akif :  ya.
yaya :  iye.
akif :  kau jangan tinggal aku tau. aku ada kau je.
yaya :  tak, sayang. aku ada dengan kau k.
akif :  hihi. kau panggil aku sayang.
yaya :  dah tu?
akif :  hehehe. ala. panggil la lagi. panggil la. aku suka.


haishh. manja. :)


akif :  ya. sayang kan.
yaya :  apa?
akif :  sayang sebab aku tak dapat tengok kau.
yaya :  takpe. one day. insyaAllah k.kan doktor cakap kau ada peluang nak sembuh.
akif :  lepas operation? kau tau kan operation semua tu bahaya. kos pun tinggi gila.
yaya :  akif. kita berserah k. aku selalu doakan kau sembuh.




akif :  kau cantik la.
yaya :  ha?
akif :  kau ingat, aku buta, aku tak nampak? hati aku tak buta la. aku tau kau cantik.
yaya :  haish dia ni.
akif :  hati kau cantik, ya.aku nampak hati kau cantik.aku tak buta selagi kau ada sebab kau cahaya aku.


terharu. aku tersenyum sendiri. akif dah mula ok.


(bersambung)

6 comments: