nuffnang

Sunday, October 2, 2011

my angel :)

akif : ya. jangan tinggal aku tau.
yaya : never.


akif : sayang..
yaya : ye sayang.
akif : nak manja. isk.
yaya : alolo. meh sini. muah pipi.. eiii... busuk. tak mandi lagi eh?
akif : alaaaa....




akif : hello..
yaya : hai hai..buat apa tu???
akif : memasak..
yaya : wahh!!!! masak air eh? T_T
akif : teruk la dia ni. ada ke masak air.. TT_TT
yaya : ala.. kamu tu, masak air pun hangus. hakhak.
akif : hey. tengok orang la.. wah... wangi nye aku masak..
yaya : eh? takde pun. haha. eh. masak apa tu??
akif : tomyam. terer tak? terer tak?
yaya : pakai perencah ke bang?? hahaha
akif : tau tau je dia ni. ye le.. haishhh..
yaya : kahkahkah. pe barang pakai perencah. budak 5 tahun pun boleh masak kalau macam tu. kahkah.
akif : gelak la.. gelak laa...
yaya : hahahahahahahahahahahahaha
akif : wangi nya la..
yaya : sedap?
akif : kejap nak rasa..hmmm.. ouch!
yaya : kenapa?
akif : panas.. T_T
yaya : tiup la sikit.. puh..puhh...
akif : haha. ye ye je dia ni. eh. pandainya kau tiup. fon ni keluar angin la. dah sejuk da!
yaya : magic. kehkeh.
akif : ala.. kenapa masin.
yaya : dah tanya pulak. kau yang letak garam kan. hahahahaha. tambah air sikit.
akif : ok. dah. ce tiup. ce tiup. aku nak rasa ni..
yaya : puhh..puhhh..
akif : hmm.. sedap la! pandai aku masak.
yaya : sebab aku tiup la. haha


akif : hai mok... mok buat apa tu mok?
yaya : siapa mok? salah mesej ke?
akif : kamu le T_T
yaya : eh. hai bun!! wah!!! berseri seri perut sekarang. hahahahaha
akif : ha? aah. comel tak?
yaya : ha? comel? siapa? aku? eh.. thanks weh. gila terharu. kau puji aku? aku tau kau ikhlas. kan?
akif : bila aku cakap kau pulak?
yaya : ala kif.. dengan aku pun nak segan ke? tak yah lah segan. cakap je aku comel. aku redha.
akif : perasannya lah.


yaya : kif.
akif : ye?
yaya : rin tu sape?
akif : oo.. kenapa?
yaya : kau suka dia eh?
akif : eh. kenapa?
yaya : takde pape. eh. dah makan?




akif : sayang
yaya : hm?
akif : aku sayang kau
yaya : ye. tau.
akif : kau tak sayang aku?
yaya : eh. tak la. sayang je.
akif : dah kenapa macam ni?
yaya : eh. kita kawan kan. selamanya aku sayang kau.
akif : kawan? ok. fine. thanks sebab ingatkan aku kita kawan.
yaya : woi. kau dah ada makwe la. jaga la makwe kau. tak yah buat macam ni.
akif : bai.




macam kena sentap tangkai jantung ni. sori akif. sori sebab jadi pengacau dalam hidup kau. sori sebab aku dah kacau hati kau. tapi aku tak nak kacau pakwe orang. kau dah ada dia dan dia everything untuk kau. dan adanya aku sebagai kawan(?) or sebagai...whatever, sampai sini saja kot. aku pun nak jaga hati aku. kau dah ada dia. ubat kau. aku? takpe. aku dah biasa sorang. aku kuat. aku boleh survive. kau jangan bimbang k :)


tapi.... aku rindu :(


pagi esoknya, aku menghantar sms kepada akif.


'morning akif! :)'


seminit berlalu..... sejam berlalu... masih tak ada balasan. sampai lah tengah hari. mesej aku dibiar sepi. malamnya pulak, aku wish goodnight. juga dibiar sepi. ok. fine.


terhegeh ke aku kalau aku tetap mesej dia wish morning, night even dia tak reply? bila fikir balik, ok. stupid me. yaya. dia pakwe orang. dah la k. dia dah lupa kau. tak perlukan kau. dia dah happy tu ha. kau sendiri nampak kan? ye. aku nampak. bagus la dia happy. dia dah ada someone untuk dodoikan dia, kejut dia pagi pagi, tempat dia share masalah. dia dah ada penenang dia. tahniah kawan. :)


'akif. aku janji, walaupun apa jadi sekalipun, aku tak kan cakap goodbye kat kau. biar kau je cakap. bila bila masa sekalipun, even kalau kau tinggal aku dan kau cari aku balik, aku tetap akan terima kau dan lupa benda tak best yang pernah jadi. aku janji. selamanya kita kawan.'-yaya


dan sekarang, dia betul betul dah hilang. dan aku? aku betul betul tak dapat cari dia. :'(






*****************



seminggu berlalu.


"toot.. toot!!"


1message received.


akif?


akif : yaya..


aku mengeluh. entah kenapa jari aku terus menekan button reply.


yaya : ye. sihat?
akif : sihat. ya?
yaya : sihat.
akif : study ok?
yaya : ok. bz sikit ah.
akif : bagus la. boleh la kau lupa aku.


siot. kau main cakap je kan. kau tak tahu hati aku.


yaya : kenapa macam tu pulak?
akif : dah kau bz.
yaya : pernah aku kasi alasan bz tak contact kau? kau dengan rin camne?
akif : ok je. kenapa?
yaya : bagus la. takde pape.
akif : antara kau dengan aku, tak ada rin, ok.
yaya : kenapa?
akif : jangan la tanya. kau special kat hati aku. kau dah ada tempat kat hati aku.
yaya : ok.




akif : ya. kau dah ada pakwe eh?
yaya : mana ada. kenapa?
akif : jangan tipu ah. patut la dah lain dengan aku.
yaya : aku betul betul takde la. kenapa nak tipu kau pulak?
akif : is tu siapa?
yaya : kawan jugak. macam kau.
akif : macam aku?
yaya : yup. dah tu?
akif : kau pergi la dengan dia.
yaya : apehal pulak ni?
akif : aku tinggal kau kejap, kau terus ada pakwe kan?
yaya : kau nak aku cakap macam mana yang dia bukan pakwe aku? lagipun salah ke aku ada pakwe? kau pun ada makwe la.
akif : kalau bukan pakwe, tak yah la nak manja manja macam tu. fikir la hati aku.
yaya : kau ada fikir hati aku?
akif : dah la. aku tak ganggu kau dah lepas ni k. bai.




**************



aku sakit, kif. aku sakit bila tau kau ada makwe. aku tak tahu kenapa. aku keliru dengan perasaan aku. aku pernah kecewa. kau tahu kan? kecewa tu buat aku takut nak terima lelaki. aku sayang kau. aku nak kau selamanya dengan aku. tapi buat masa ni, aku tak boleh terima kau lebih. tapi aku janji, kalau kau setia dengan aku, cinta aku, aku tak akan ada lelaki lain. aku ada kau je. walaupun sekarang kau kawan aku. akan datang, mana tau kalau status kawan tu boleh jadi suami tanpa ada istilah pakwe. kan?


tapi kenapa lepas hari tu kau terus hilang. hari hari aku tunggu kau. betul ke dia makwe kau? dah, kenapa kau nak bengang kalau aku ada lelaki lain? tapi sampai bila aku boleh sabar. sampai satu masa, aku redha. aku terima apa yang jadi. aku anggap, kau dah bahagia dan tak sunyi tanpa aku. kau kan ada rin.. :)




***************



warghh!! baru masuk sem, assignment dah berlambak. busy doh. busy. aku menyusun kertas kertas yang berterabur kat atas meja. tetiba mata aku tertangkap pada handphone yang aku sediakan khas untuk berhubung dengan akif. dah lama fon tu sepi. tiap tiap hari fon tu tunggu mesej atau panggilan dari akif. dah lama fon tu rindu nama akif terpapar kat skrin. hm.. dah sampai masanya kot. aku bersiap ala kadar dan mencapai kunci kereta.




**************



akak maxis : selamat datang.


aku cuma senyum kepada akak tu. aku menuju ke satu sudut yang mempamerkan prepaid. aku nak beli nombor baru.


akak maxis : nak beli prepaid dik?
yaya : ye.
akak maxis : boleh tengok senarai ni.


dan akak tu menghulurkan 3 helai kertas yang penuh dengan senarai nombor maxis.


yaya : nak yang ni kak. nombor 24 tu.
akak maxis : ok. ic dik?




*************

sampai rumah, aku terus menukar sim digi kepada maxis. bai bai akif. tapi, kalau dia nak cari aku, aku tak hilang. facebook ada. dan dia masih ada nombor celcom aku.


aku dah penat tunggu. biar lah dia. aku tak nak kacau pakwe orang. sampai la pada suatu hari. lepas sebulan sim digi selamat dalam wallet aku.


yaya : ye?
akif : sihat?
yaya : sihat je.
akif : yaya. kenapa off digi?
yaya : charging.


sori. aku tipu kau. entah la. aku tak nak sakit kan hati kau. maaf k.


akif : oo.. ingat kan dah memang off.
yaya : eh. tak la.
akif : ya. on digi. kredit aku sengkek ni.
yaya : okai.


akif : ya. aku rindu.
yaya : ye..
akif : tu je balas?
yaya : ha? kenapa?
akif : takde pape lah.
yaya : ok.
akif : ya. kau jangan off digi tau.
yaya : kenapa?
akif : ala. jangan la.
yaya : ye. aku tak off.


akif : hai sayang.
yaya : hai.
akif : yaya.
yaya : ye?
akif : cik abang sihat?


soalan apa ni? soalan nak sakit kan hati aku? terus mood aku yang ok, down.


yaya : kau pe hal pulak ni?
akif : kau kan ada pakwe.
yaya : kau boleh jangan cakap pasal tu boleh tak? aku tak pernah pun ungkit ungkit pasal makwe kau.
akif : so, betul la kau ada pakwe?
yaya : dah kalau aku ada pakwe, kenapa?
akif : aku tak nak kacau.
yaya : bukan ke aku ni yang dah kacau pakwe orang. kau cakap, fikir boleh tak. kau buat, semua boleh. aku buat, semua tak betul. masalah ke kalau aku ada pakwe? kau ada makwe tapi kita boleh je kawan kan.
akif : aku tak boleh la kau ada pakwe. aku sakit hati.
yaya : dah aku? aku tak de hati? tolong la fikir kalau kau kat tempat aku. aku bosan la macam ni.
akif : yang kau menengking sangat kenapa?
yaya : mana ada. kita sms je kan. kau dengar aku tengking?
akif : k. aku salah.aku jahat. aku tak faham kau.
yaya : whatever.
akif : dah la. aku tak kacau kau dah k. kita stop everything je la. take care. bai.
yaya : see? bengang sikit terus bai. kau ingat aku ni apa? suka hati je kau cakap bai kan. dah nanti, kau cari aku balik. kalau nak bai sangat, ok. jangan cari aku lepas ni. kita stop everything. k? tolong la jangan main sangat dengan bai tu. 
akif : hati aku sakit, ya.
yaya : hati aku tak sakit? aku sakit la tengok kau dengan rin.
akif : jangan la marah.
yaya : kau tak pernah marah aku?
akif : ye. semua salah aku. takpe la.


akif : i love you.
yaya : haha. eh. watpe tu?
akif : kau gelak? k. fine. aku tak cakap dah.
yaya : haha. alololo. k. i love you.
akif : tak yah.
yaya : i love you, akif.
akif : ok.
yaya : majok lagi? k. saya sayang awak :)
akif : jangan main main dengan hati aku boleh tak?
yaya : apa? kau ingat aku cakap sayang tu main main?
akif : pape jelah.




akif : ya.aku rindu kau yang dulu...
yaya : kenapa? aku tetap aku la. dulu, sekarang sama je. kau kenapa?
akif : kau yang dulu sayang aku..


woi bingai. kau tak tahu. sampai mati pun aku sayang kau. tapi, maaf. memang aku bukan aku yang dulu. kau tinggal aku. aku cuba lupa kau. susah tau tak. mana kau masa tu? masa aku nak kan someone ada dengan aku, temankan aku. mana kau? aku sorang sorang kot. dah tu, tetiba kau datang cakap rindu aku. rindu? dah masa kau hilang, kau tak ingat aku? mesej aku semua tak berbalas. apa makna rindu tu? aku simpan mesej kau. bila sunyi, rindu kau, aku baca balik mesej kau.


aku lagi rindu kau akif. rindu aku kat kau tak terluah.


yaya : kenapa? aku yang sekarang tak sayang kau?
akif : aku tak rasa, ya.
yaya : aku masih aku, akif. aku bukan orang lain.
akif : tak. kau bukan yaya aku yang dulu.


akif : ya. kau betul sayang is?
yaya : kenapa?
akif : aku nak tahu. betul ke?
yaya : aku sayang semua kawan aku.
akif : jawapan mengelak kan? haha. kau happy dengan dia?
yaya : kenapa tanya macam tu?
akif : dia boleh buat kau happy?
yaya : ala. aku biasa biasa je dengan dia. kau dengan rin?
akif : aku happy... :)
yaya : bagus la. :)
akif : aku tengok kau macam happy je dengan dia.
yaya : ye kot.
akif : good :) kau kena happy tau. kau dah ada dia.
yaya : tapi dia tak macam kau.
akif : harus la. kan dia lagi special..


akif. kau je la kat hati aku. aku takde apa apa dengan is. aku tak nak ganggu kau dengan rin. aku pun nak jaga hati aku. aku tak kuat nak tengok kau dengan rin. so, biar lah kau ingat aku ada pakwe. at least, kau boleh lupa aku kot.




*************



akif : ya. keluar jom. temankan aku.
yaya : haha. mengarut. macam la betul.
akif : kau ingat aku main main?
yaya : ek? haha. ye. jom.


haishh. dia ni. keluar la sangat. kau kat KL la. aku kat terengganu. banyak la kau punya keluar.


akif : rumah kau katne, ya?
yaya : dekat pantai tu. kenapa?
akif : kasi alamat.
yaya : kau nak kasi hadiah ke weh? haha
akif : aah. cepat la.
yaya : mengarut. kang kau datang cari rumah aku. tak nak aku.
akif : kau tak nak jumpa aku?
yaya : nak! nak! nanti bawak la rin jugak.
akif : tak yah la sebut rin.


belum sempat aku reply sms akif, akif menelefon aku.


yaya : hello akif.
akif : ya. rumah kau katne?
yaya : ha? kenapa?
akif : aku dah kat area pantai ni.
yaya : ha?
akif : aku kat terengganu la sekarang ni.
yaya : hahahaha. main main la kau ni.
akif : ya. aku serious ni. cepat la. aku tengah drive ni. aku nak jumpa kau.
yaya : kau biar betul, kif.
akif : kasi je alamat kau k. tu pun susah ke?


aku memberitahu akif alamat aku.


akif : mana satu rumah kau ya?
yaya : what?
akif : oo.. yang warna putih ni eh? ada kereta kau kat luar.


apa ni? aku meninjau keluar tingkap. sah! akif kat depan rumah aku? kau jangan buat kerja gila, kif.


yaya : kau.. apa kau buat kat sini?
akif : ya. aku nak jumpa kau. please.
yaya : dah malam la. tak elok.


aku memandang jam. pukul 10malam.


akif : last. please.
yaya : esok, please.
akif : yaya.
yaya : akif..
akif : haha. kenapa panggil aku balik?
yaya : dah kau panggil nama aku.
akif : ala. please. first and last. aku dah tak ajak dah lepas ni.
yaya : nak ajak aku gi mana?
akif : pantai.
yaya : weh. bahaya! kena cekup kang?
akif : tak. aku janji tak kan. please..
yaya : kenapa kena malam ni?
akif : aku nak peneman sekarang.
yaya : aku teman kau dalam fon ni k.
akif : kau siap sekarang. 5minit je.


akif terus mamatikan talian. kenapa dengan dia ni? separuh hati, aku bersiap ala kadar. kenapa dengan akif? kenapa beria sangat dia ajak aku?


yaya : eh. mana kereta kau?
akif : aku terbang la. hehe.
yaya : eleh. siapa hantar tadi?
akif : kawan aku. aku suruh dia balik dulu.
yaya : yela. nak gi mana?
akif : hmm.. jom ikut aku. kereta kau la. aku drive, k.
yaya : okai!


dalam perjalanan,  kami singgah di 7eleven. dia beli berpaket paket cekedis dengan 1 botol air minarel. erk.. dengan 4 kotak tora?


yaya : oi. hahaha. tora ni pe jadah nye?
akif : lama tak main. ya. teman aku malam ni tau. aku nak spend time sampai pagi dengan kau. hari ni je.


mak ai. cuak aku. beragak la kot nak spend malam dengan aku. haru satu kampung kalau kena cekup.


yaya : eh. kau jangan buat hal kif. mati aku kena cekup.
akif : ya. for the last. trust me, ok.


akif meneruskan pemanduan. serious nya dia. kot ye pun, senyum la sikit.


akif : aku tak kan buat apa apa tak elok la. kau ingat aku ni apa? nak ambik kesempatan kat kau? puii. 


cis. kurang ajar punya kawan.


yaya : oi. aku..
akif : ya. jangan gitau is tau. gila kau kalau dia tau kau BERMALAM dengan aku. memang kena cerai talak tiga la.


@#*&%*@^% punya kawan. dia cakap aku bermalam dengan dia? mulut takde insuran!


yaya : woi.. hoooo... celupar mulut. kau cakap aku bermalam dengan kau?
akif : yup. dah tu nak panggil pe sekarang ni?
yaya : tak hingin aku! sebelum pagi, hantar aku balik.
akif : kau tak sayang aku?
yaya : erk..


kenapa pulak ni? nak main touching touching pulak.


akif : aku tanya ni. ya, kau sayang aku tak?
yaya : kenapa ni?
akif : jawab la. tak kan la dah ada pakwe, terus tak leh cakap sayang kawan kot.
yaya : kau kawan aku, harus la aku sayang.
akif : kalau bukan kawan, tak sayang la?


aku terdiam. dia makin buat aku keliru. 


yaya : erk. kif. kita nak gi mana ni.
akif : nak gi depan.


akif terus memandu.


sejam berlalu. aku menguap.


akif : eh. dah ngantuk ke? tidur la dulu. dah sampai aku gitau, k.
yaya : kau tak ngantuk ke?
akif : tak. kau tidur k. dah sampai aku kejut.


entah bila aku terlelap.




*************


erghh... silaunya! aku membuka mata. eh. kat mana ni? dah pagi? mana akif? aku memandang sekeliling. kereta dipakir di tepi pantai. tapi mana akif? aku membuka pintu dan keluar dari kereta.


yaya : AKIF!!!!


kelibat akif masih tak muncul. tiba tiba aku ternampak sehelai kertas di tempat duduk pemandu. aku masuk semula ke dalam kereta dan mencapai kertas itu.




'yaya..
maaf sebab dah ganggu kau malam tadi. aku cuma nak kau ada dengan aku. for the last. ya. bagus la kau dah ada boy. dah habis la tanggungjawab aku. sebenarnya, masa awal awal kenal kau, aku dah janji kat diri aku, aku akan ada dengan kau selagi kau perlukan aku. aku akan jadi peneman dan penenang kau. aku tahu masa tu kau kecewa. kau sunyi. aku nak teman kau. aku nak ubat sunyi kau. tak nak kau sorang. dan sekarang, kau dah ada dia. bagus lah. aku happy untuk kau. :) aku harap kau bahagia dengan dia. emmm.. ya. now, aku mengaku yang aku loser. sebenarnya, rin dengan aku takde apa apa pun. memang aku pernah suka dia. tapi perasaan suka tu mati bila aku jumpa kau. kau yang isi hati aku. aku cuma sayang kau. aku tak luah perasaan aku sebab aku tahu kau tak kan terima aku. kau pernah cakap kau serik dengan boy. kau nak terus kahwin. sebab tu aku marah bila kau ada pakwe. aku yakin kau akan tunggu aku.


tapi semua tu dah terlambat kan?


yaya. terima kasih sebab dengan kau aku boleh bermanja. dengan kau aku boleh luahkan perasaan. dengan kau aku senyum dan dengan kau aku bahagia.


ingat Allah sebab Allah yang temukan kita. lepas ni kau jangan cari aku. aku dah tak ada dalam hidup kau. ingat tu.


ya. kau terus balik tau. jangan tunggu aku. aku dah pergi. aku cuma nak jumpa kau buat kali terakhir je.
bai bai yaya. jaga diri tau.


assalamualaikum.
i love you, nur alyaa.'










akif. kenapa kau buat macam ni? is tu abang aku. aku tak ada apa apa dengan dia. aku buat macam ni sebab tak nak ganggu kau dengan rin. aku tak nak kacau pakwe orang. akif... kenapa kau tak luah je perasaan kau. tak mungkin aku nak mulakan dulu.


akif... terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku walau untuk sementara. kau macam mimpi indah. kau datang dan pergi tanpa jejak. kau datang bawa cahaya dalam gelap hidup aku.


akif... kau angel aku...
I <3 YOU







15 comments:

  1. sampai na mngalir air mate bace kisah niy :'(

    ReplyDelete
  2. alaaa.... jangan lerr... isk :'(

    ReplyDelete
  3. nie betoi2 kn yaa... at jdi cm nie dh?? :(

    ReplyDelete
  4. pndai awak berceritera :)
    bole jady penulis novel ny ,
    anyway ske sgt bace story story niy :)

    ReplyDelete
  5. i'm the true story.. hampir same dgn mylife... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Mengalir air mate bace kisah nhe . First2 biase je . Yg last tu . Perghhh

    ReplyDelete
  7. x suka kalau laki & pempuan tu salah paham...last2 dua2 x dapat apa...i hate that..patutnye dua2 kne mengaku klau dah suka tu...grrrr

    huhu...sory ter emo...

    ReplyDelete
  8. alahai. ni cerita je. tapi realiti camni pun mmg ada kan?

    ReplyDelete
  9. yaya..i love diz story....dah makin pandy memain emosi dlm membuat karya sedih2....=)..
    keep it up yaya..:)

    ReplyDelete
  10. seriOus ctew awk wt sy tOuching yaya....u r the best !! t tulis cter2 best lg erh..:)

    ReplyDelete
  11. thanks. insyaAllah selagi ada idea :)

    ReplyDelete