nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

diari iqram-5

hey diary...
please jangan expect sesuatu yang best untuk hari ni.


akhir akhir ni aku busy amat. tidur tunggang langgang. baju berlambak tak cuci. kedai dobi depan tu dok lambai lambai tangan dah panggil aku. segalanya tak terurus. now, aku busy dengan test. muka pun dah mengalahkan zombi kampung pisang.


tapi segala penat aku hilang masa meeting dengan pelajar pelajar yang bakal menyertai aktiviti mendaki tu. disebabkan terdapat masalah yang tak dapat dielakkan, aku telah dilantik menjadi ketua program bagi menggantikan epul. jadi, untuk merapatkan silaturrahim antara aku dengan cik iman, dengan kuasa veto yang aku ada, aku telah melantik cik iman bagi jawatan setiausaha. hahaha. ala. setiausaha kan sibuk. banyak kena contact dengan ketua program. so, ada la can nanti kot. mau tak bengang si iman tu. hahaha.


"iman humaira. saya lantik awak jadi setiausaha."
"what? kenapa saya? kenapa tak undi?"
"awak tak nak ke?"
"yup. tak nak."
"alasan?"
"kalau saya menang undi, saya terima."
aku mencebik.


"this is an order."
"shit."
"ha? what?"


berkerut dahi aku mendengar satu perkataan yang terpacul dari mulut iman. come on. she's a girl!


"nothing."
"muktamad, ok."
"hey.."
"saya iqram hadi. ya? kenapa?"
"emm.. forget it."


"emm.. ada sesiapa tak setuju?" aku bertanya pada pelajar pelajar lain. dah mesti lah tak ada.


YES! kena juga. hadoi. malang sangat ke bila first time bertentang mata, borak, dah gaduh. tapi comel la muka marah dia tu. tak sangka macam tu permulaan kitorang.


well, it will be more interesting soon. wait and see. :)


tapi kenapa senyum kat bibir ni dari tadi tak hilang even dia marah? ^_^


p/s : iman, ada tak senyuman kau untuk aku lepas ni?


(bersambung)


.

0 comments:

Post a Comment