nuffnang

Sunday, August 21, 2011

isa dan bella (1)

hidup aku sunyi. satu satunya perkataan yang aku tidak tahu maknanya ialah bunyi. aku dilahirkan pekak. namun begitu, aku mampu memahami percakapan melalui gerak bibir. nama aku isa dan aku seorang pelukis.


bosan. mamandangkan hari ini tiada tempahan lukisan, aku keluar ke bandar, mencari hiburan mata di kaki lima. penyanyi penyanyi jalanan sibuk bersama gitar masing masing. aku sekadar pemerhati dari jauh. lagu apa yang mereka nyanyi? seronok kan dapat bebas menjadi penghibur di khalayak ramai? aku tak mampu. aku tersenyum sendiri.


eh? siapa tu? dia pun penyanyi jalanan jugak ke?


seorang gadis berbaju kurung yang berlatarkan warna putih, berambut panjang, lurus siap dengan gitar sedang duduk di kaki lima menarik perhatian aku.


cantiknya. manis. sempurna. unik.


kali pertama aku nampak gadis yang berbaju kurung menyanyi dengan gitar di kaki lima. harus lah menarik perhatian, kan? aku perhatikannya dari jauh. siapa la aku yang tak akan tahu hargai nyanyiannya mahu berdiri dekat dengannya. sebelum ni, tak ada pun dia kat sini? orang baru kot. dia masih tak lepas dari pandangan aku. akibat terlalu jauh, aku tak dapat memahami sebutannya. biar lah. tak nak dia nampak aku. aku tak layak. aku tunggu gadis itu sampai dia berhenti menyanyi. kemudian, aku minta tolong seseorang untuk meletakkan rm10 ke dalam kotak di hadapan gadis itu.


terima kasih gadis kerana telah memberi sedikit 'bunyi' untukku hari ini. aku tersenyum puas dan terus berlalu. aku tekad, apa terjadi sekalipun, aku mahu mengenali gadis itu.


keesokan harinya, pada waktu yang sama, aku kembali ke kaki lima tersebut dengan membawa peralatan melukis. pada kanvas putih, aku mula melakar keasyikan seorang gadis bersama gitarnya dari jauh. hari ini, dia juga memakai baju kurung yang berlatarkan warna putih. cuma warna bunga yang berlainan. dia suka warna putih kot. selesai melukis, aku minta seseorang untuk meletakkan rm10 ke dalam kotak gadis itu. tetapi kali ini besertakan sepucuk surat bersama setangkai mawar putih.




************


nama aku isabella. kenapa? sebab lagu isabella tu lagu kegemaran ayah. terus nama aku jadi isabella. ayah aku seorang tentera. jadi, memang dah menjadi kebiasaan untuk kami berpindah bila ayah ditukarkan ke tempat lain. mak meninggal dunia semasa aku berumur 10tahun. dan aku anak tunggal. jadi, tinggal la aku dengan ayah sahaja. tapi, ke mana saja aku berpindah sekalipun, aku tak pernah tinggalkan kegemaran aku sebagai penyanyi jalanan. menyanyi itu satu kepuasan. aku dapat menghibur hati sendiri juga orang lain. alang alang aku menyanyi, aku letak je kotak kat depan mana tau kalau kalau ada yang sudi bagi sumbangan. bagi aku, menyanyi di jalanan juga boleh dipanggil bekerja, kan? kenapa tak jadi artis? heh. ada ke syarikat rakaman nak ambil orang buta macam aku ni jadi artis mereka?


seperti hari hari sebelum ni, setelah puas menyanyi di kaki lima, aku terus pulang ke rumah. malam, aku mengira duit yang aku dapat. tak menentu. lagipun, aku menyanyi sekejap je. setakat sejam dua. setakat ni, paling banyak, aku pernah dapat rm60. banyak la tu untuk 2jam.


eh. apa ni? tangan aku menangkap satu objek ganjil. kertas yang berlipat dengan sekuntum bunga.


OUCHH! aduh. ada duri? aku menghisap hujung jariku. mawar kot? perlahan lahan aku mencium bunga tersebut. hmm.. wangi. betul la mawar. aku tersenyum. kertas ni pula mungkin surat. aku meminta ayah tolong bacakan.


'assalamualaikum gadis.
aku tertarik dengan kemanisan dan keunikan kamu.
kau sempurna di mataku.
adakah aku di syurga?
kerana telah bertemu bidadari.
salam perkenalan.'
-isa


isa? segannya kat ayah! tak habis habis ayah mengusik, konon sudah ada yang sukakan aku, tak lama lagi boleh makan nasi minyak la. haishh. ayah. ayah.. aku menyimpan surat itu. hatiku berbunga riang. tidur lena lah aku malam ni.


keesokan harinya, perkara yang sama berlaku lagi. aku mendapat sepucuk surat bersama setangkai mawar. tapi kali ini, aku tak bagitau ayah. nanti mesti kecoh lagi. cukup la aku tahu yang lelaki itu ikhlas mahu berkenalan dengan aku melalui hadirnya surat surat itu. kalau takdirnya untuk kami bertemu, aku tunggu saat itu tiba.


(bersambung)








4 comments: