nuffnang

Sunday, August 21, 2011

isa dan bella (2)

'assalamualaikum.
hei manis. saya tak tahu pun apa nama kamu. mesti nama secantik orangnya kan?
eh. kasi la respon sikit..'
-isa




'assalamualaikum.
maaf kalau saya hanya sekadar berutus surat. lidah saya kelu tiap kali terpandang awak.
haishh. dasyat la awak ni.'
-isa


'awak. saya cuma nak bagitahu yang awak adalah muzik hidup saya.
terima kasih tau.'
-isa


'hei mawar putih. teruskan dengan imej awak sekarang ok. sangat manis! saya yakin orang lain pun cakap macam tu.'
-isa




apa aku nak buat ni? macam mana aku nak berhadapan dengannya? buat kesekian kalinya, aku tonton lagi rakaman video dia yang sedang menyanyi melalui telefon bimbit. ye. aku tahu video tu sepi. tak ada bunyi. tapi cukup dengan adanya dia, aku rasa hidup aku bermuzik. hiks. rasa macam pengecut je dok hantar surat surat tu semua. ok isa. relaks. tarik nafas....lepas. mula mula kena tau jugak respon awal dia. aku mencapai pen dan kertas. ini adalah surat ke-15 untuk dia.


' Assalamualaikum gadis..
rupanya dah 2 minggu saya cuma mengutus surat untuk awak. awak baca tak? tak ada respon pun. jadi, saya ambil cara lebih mudah kot. kalau awak sudi kenal saya, esok, awak pakai baju kurung bercorak bunga merah jambu tu tau.'
-isa


dan seperti hari hari sebelum, aku kirimkan surat itu bersama mawar putih kepada orang lain untuk disampaikan kepada dia. Ya Allah, cuaknya aku nak tunggu hari esok.


keesokan harinya, suasana agak lengang di kaki lima itu. eh? kenapa? hati aku hancur. di hadapanku tidak seperti yang diharapkan. dia memakai baju kuring bercorak kuning. aku cuba senyum sendiri. pedih.


gadis.. kau buat aku jatuh hati.


buat pertama kalinya, kaki aku melangkah menghampiri gadis. perlahan lahan aku mengatur langkah. biarlah. biar ini kali pertama dan mungkin juga terakhir aku melihatnya dari dekat. esok, tak mungkin aku melalui jalan ini lagi. buat pertama kalinya juga, aku cuba memahami nyanyiannya. sekurangnya, aku tahu satu lagu yang dia pernah nyanyi. lirik lagu itu sangat menyentuh hati.


eh. TAK MUNGKIN. tak kan la dia....


***************


2 minggu berlalu, aku terus mendapat surat misteri bersama setangkai mawar. bermakna sudah 14 kuntum bunga mawar selamat di bilikku. surat pertamanya telah menyentuh hati aku. munkin bagi orang lain, ala.. takde apa pun surat itu. tapi tidak bagi aku. siapa lah yang sudi berkenalan dengansi buta ni? namun, surat yang kedua dan seterusnya tidak dibaca. tak mungkin lah aku nak mintak ayah tolong bacakan lagi. aku tahu, surat surat dia tu sebab nak kan jawapan dari aku. tapi, tak kan la aku nak kasi surat dalam kod braille.


tapi tak apa. kalau dia untukku, Allah pasti pertemukan kami satu hari nanti.


perlahan lahan dan berhati hati aku duduk di bangku. jejariku sudah bersedia memetik tali tali gitar. aku mula menyanyikan lagu yang aku sendiri cipta untuk lelaki itu-isa dengan harapan dia bakal muncul di hadapan aku. dah seminggu aku nyanyi lagu ini. aku tahu dia selalu ada semasa aku menyanyi di kaki lima.


'duniaku kelam kini bercahaya
hadirnya dirimu pelengkap segala
bagi hidupku yang gelap gelita
ku tahu hatimu ikhlas setia


warkah sepi pengganti diri
mawar berduri setia menemani
kerna hatimu aku sabar menanti
biar wajahmu menjadi misteri


c/o:
di mana kamu sayangku
kemarilah kamu, pimpinlah aku
alam gelita, setia teruji
hadirnya kamu aku menanti


duniaku kelam kini bercahaya
hadirnya dirimu pelengkap segala
bagi hidupku yang gelap gelita
ku tahu hatimu ikhlas setia'


dan sebenarnya lagu ini adalah jawapan bagi setiap surat dia.


************


langkah aku terhenti. lagu ni? kenapa aku rasa macam... tiba tiba ada seorang remaja lelaki belasan tahun menghampiri gadis itu. atau lebih tepat, menghampiri kotak yang berisi duit di hadapan gadis. dengan pantas, dia mencapai kotak itu dan terus lari. eh? tanpa membuang masa, aku terus mengejar lelaki itu. tak guna! wei! orang buta punya pun kau nak ambik ke? haktuih!!!


nasib baik juga la budak tu takde geng. kalau tak...


aku menghampiri gadis. duit gadis selamat! yes! aku meletakkan kotak ke tangan gadis.


"terima kasih.."
aku mengangguk.


"hei. awak ni siapa?"
alamak. macam mana ni? ok. aku meletakkan mawar putih ke tangan gadis. dia mencium mawar itu.


"so, awak ke yang kasi surat surat tu selama ni? terima kasih. ha. nama saya isabella."
aku mengangguk. isabella? dia ni kacukan ke? cantiknya dia senyum. walaupun dia buta, tapi mata dia cantik. anugerah Allah kan? eh. ada lesung pipit. manis. aku tersenyum sendiri.


"kenapa awak diam??"
air muka bella tetiba berubah. macam mana aku nak bagitahu dia ni?


"awak main main dengan saya eh?"
tak bella. tak! saya nak kawan dengan awak. aku memegang tangan bella dan meletaknya ke dada aku. kemudian, tangannya aku bawa ke telinganya.


"ha?"
aku mengulangi perkara yang sama beberapa kali.


"awak? awak...tak dengar?"
aku mengangguk. menitis air mata bella. kenapa? bella. saya minta maaf. aku menyeka air mata bella.


"isa. saya tak tahu. saya minta maaf."
aku mengangguk lagi. tak apa bella. tak apa. saya faham. jangan la nangis. tak cantik nanti.


bella. tak apa. izinkan saya jadi mata awak. SAYA SUKA AWAK...


(bersambung)

isa dan bella (1)

hidup aku sunyi. satu satunya perkataan yang aku tidak tahu maknanya ialah bunyi. aku dilahirkan pekak. namun begitu, aku mampu memahami percakapan melalui gerak bibir. nama aku isa dan aku seorang pelukis.


bosan. mamandangkan hari ini tiada tempahan lukisan, aku keluar ke bandar, mencari hiburan mata di kaki lima. penyanyi penyanyi jalanan sibuk bersama gitar masing masing. aku sekadar pemerhati dari jauh. lagu apa yang mereka nyanyi? seronok kan dapat bebas menjadi penghibur di khalayak ramai? aku tak mampu. aku tersenyum sendiri.


eh? siapa tu? dia pun penyanyi jalanan jugak ke?


seorang gadis berbaju kurung yang berlatarkan warna putih, berambut panjang, lurus siap dengan gitar sedang duduk di kaki lima menarik perhatian aku.


cantiknya. manis. sempurna. unik.


kali pertama aku nampak gadis yang berbaju kurung menyanyi dengan gitar di kaki lima. harus lah menarik perhatian, kan? aku perhatikannya dari jauh. siapa la aku yang tak akan tahu hargai nyanyiannya mahu berdiri dekat dengannya. sebelum ni, tak ada pun dia kat sini? orang baru kot. dia masih tak lepas dari pandangan aku. akibat terlalu jauh, aku tak dapat memahami sebutannya. biar lah. tak nak dia nampak aku. aku tak layak. aku tunggu gadis itu sampai dia berhenti menyanyi. kemudian, aku minta tolong seseorang untuk meletakkan rm10 ke dalam kotak di hadapan gadis itu.


terima kasih gadis kerana telah memberi sedikit 'bunyi' untukku hari ini. aku tersenyum puas dan terus berlalu. aku tekad, apa terjadi sekalipun, aku mahu mengenali gadis itu.


keesokan harinya, pada waktu yang sama, aku kembali ke kaki lima tersebut dengan membawa peralatan melukis. pada kanvas putih, aku mula melakar keasyikan seorang gadis bersama gitarnya dari jauh. hari ini, dia juga memakai baju kurung yang berlatarkan warna putih. cuma warna bunga yang berlainan. dia suka warna putih kot. selesai melukis, aku minta seseorang untuk meletakkan rm10 ke dalam kotak gadis itu. tetapi kali ini besertakan sepucuk surat bersama setangkai mawar putih.




************


nama aku isabella. kenapa? sebab lagu isabella tu lagu kegemaran ayah. terus nama aku jadi isabella. ayah aku seorang tentera. jadi, memang dah menjadi kebiasaan untuk kami berpindah bila ayah ditukarkan ke tempat lain. mak meninggal dunia semasa aku berumur 10tahun. dan aku anak tunggal. jadi, tinggal la aku dengan ayah sahaja. tapi, ke mana saja aku berpindah sekalipun, aku tak pernah tinggalkan kegemaran aku sebagai penyanyi jalanan. menyanyi itu satu kepuasan. aku dapat menghibur hati sendiri juga orang lain. alang alang aku menyanyi, aku letak je kotak kat depan mana tau kalau kalau ada yang sudi bagi sumbangan. bagi aku, menyanyi di jalanan juga boleh dipanggil bekerja, kan? kenapa tak jadi artis? heh. ada ke syarikat rakaman nak ambil orang buta macam aku ni jadi artis mereka?


seperti hari hari sebelum ni, setelah puas menyanyi di kaki lima, aku terus pulang ke rumah. malam, aku mengira duit yang aku dapat. tak menentu. lagipun, aku menyanyi sekejap je. setakat sejam dua. setakat ni, paling banyak, aku pernah dapat rm60. banyak la tu untuk 2jam.


eh. apa ni? tangan aku menangkap satu objek ganjil. kertas yang berlipat dengan sekuntum bunga.


OUCHH! aduh. ada duri? aku menghisap hujung jariku. mawar kot? perlahan lahan aku mencium bunga tersebut. hmm.. wangi. betul la mawar. aku tersenyum. kertas ni pula mungkin surat. aku meminta ayah tolong bacakan.


'assalamualaikum gadis.
aku tertarik dengan kemanisan dan keunikan kamu.
kau sempurna di mataku.
adakah aku di syurga?
kerana telah bertemu bidadari.
salam perkenalan.'
-isa


isa? segannya kat ayah! tak habis habis ayah mengusik, konon sudah ada yang sukakan aku, tak lama lagi boleh makan nasi minyak la. haishh. ayah. ayah.. aku menyimpan surat itu. hatiku berbunga riang. tidur lena lah aku malam ni.


keesokan harinya, perkara yang sama berlaku lagi. aku mendapat sepucuk surat bersama setangkai mawar. tapi kali ini, aku tak bagitau ayah. nanti mesti kecoh lagi. cukup la aku tahu yang lelaki itu ikhlas mahu berkenalan dengan aku melalui hadirnya surat surat itu. kalau takdirnya untuk kami bertemu, aku tunggu saat itu tiba.


(bersambung)








Sunday, August 14, 2011

hadirnya dia - final (10)

eh? sekelip mata saja, akif sudah di sebelah aku memegang tangan hani yang sedang berayun nak tampar aku. akif?


"PANG!!" satu tamparan hinggap ke pipi hani. dari akif. aku terkejut dengan apa yang berlaku. aku keliru. akif?


DIA NAMPAK???


hani rebah ke lantai. dia memegang pipinya. perit. dada akif berombak menahan marah. aku dah tak terkata, hanya memerhati adegan yang berlaku di depan aku.


akif :  dari tadi aku suruh kau berambus, kau degil! macam aku tak tahu kau cari aku balik sebab nak aku jadi pak sanggup kan? kau ingat aku bodoh?! kau mengandung kan? dah tu, jantan tu entah ke mana tinggal kau, kau datang la cari aku. aku tahu semua la.


akif tak buta? kenapa aku tak happy? kenapa aku rasa perit kat hati ni? air mata aku mengalir.


AKIF TIPU AKU.


akif meraup muka. "Allahuakbar.." bisik akif.


aku sudah tak sanggup melihat penipuan yang baru saja terbongkar itu. aku berlalu ke bilik dan mengunci pintu.


akif :  yaya!


"TOK!TOK!TOK!" pintu bilik diketuk dari luar.


akif :  yaya! yaya tolong buka pintu ni. aku minta maaf. aku takde niat nak tipu kau. yaya. please. aku betul betul minta maaf.


sayu suara akif. aku rasa diperbodohkan. mesti seronok dia gelakkan aku selama ni. kan?


akif :  yaya. tolong yaya. aku betul betul minta maaf.
yaya :  apa lagi kau tipu aku? puas hati kau buat aku macam ni? aku rasa bodoh tau tak. aku ni macam orang bodoh percayakan kau.
akif :  yaya. aku sayang kau. kasi aku explain, ya. aku ada penjelasan aku. ya. please.


aku menekap telinga dengan telapak tangan.


akif :  yaya. sumpah aku sayang kau. sumpah, ya.


aku nak balik. tanpa buang masa, aku berkemas. selesai, aku capai blouse pink dan jeans dipadankan dengan selendang bercorak. siap, aku terus mencapai beg. perlahan lahan aku buka pintu bilik.


"akif?" akif berdiri di depan pintu bilik, menghalang laluan aku. akif menunduk. muka akif basah dengan air mata.


yaya : excuse me. aku nak cepat.


kata aku tanpa memandang muka akif. akif terduduk. dia melutut di depan aku? eh. hati perempuan aku tersentuh. aku terkesima.


akif : ya. aku minta maaf. really sorry. tolong ya. tolong jangan tinggalkan aku. aku rayu.


akif cuba menyentuh tangan aku.


yaya : eh?


aku menarik tangan dari disentuh akif.


akif : ya. please. i need you in my life. kau segalanya dalam life aku, ya.
yaya : bagi aku masa. please excuse me. aku nak balik.
akif : ya. i love you.


aku tersenyum sinis.


"i hate you, akif."


aku tetap tegas dengan keputusan aku. maafkan aku, akif. dan aku terus berlalu.


**********


'assalamualaikum sayang. aku minta maaf sangat. takde niat pun nak sakitkan hati kau. aku sayang kau, ya. aku sayang kau sangat. sebab aku sayang kau, aku buat macam ni. aku nak kenal siapa kau. dulu aku buta. aku tak tau muka kau. aku nak perempuan yang sayang aku bukan sebab harta. aku nak perempuan yang sudi susah senang dengan aku. aku dah jumpa. kau la perempuan tu. selama kau jaga aku yang buta, kau buat aku kagum. kau sabar dengan aku. masa aku sakit dulu, kau selalu ada untuk aku. kau sempurna untuk aku. i love you, sayang.please, izinkan aku memiliki hati kau.'
-akif


berjela panjang sms dari akif. huh. mengeluh. dia sayang aku kot. kenapa aku nak marah marah. dia dah minta maaf dan dah explain yang dia bukan niat nak kenakan aku.


'assalamualaikum awak. buat apa tu?'
-yaya.


sms dihantar kepada aiman.


'waalaikumussalam. tak buat apa. awak dengan akif macam mana?'
-aiman


'ha? macam tu la. haha. T_T'
-yaya


'macam ada problem. gaduh dengan dia ke?'
-aiman.


'eman. dia tipu saya T_T'
-yaya


'dia dah buat apa?'
-aiman


dan aku menceritakan segalanya kepada eman.


'dia sayang awak la. haishh.'
-aiman.


'awak. saya dah relakan hati saya terima dia yang buta. saya tak pandang buta dia tu kekurangan. tapi, alih alih, dia tipu.'
-yaya


'dah awak nak dia buta? tak suka dia dah ok?
-aiman


'bukan.'
-yaya


'ok.ok. saya faham perasaan awak. at least, awak memang sayang dia kan. yang tu awak tak tipu kan. awak. anggap je dia dah nampak tu satu bonus atas pengorbanan awak selama ni untuk dia.'
-aiman


'tapi kenapa dia tak bagitahu awal awal dia balik? kenapa dia perlu tipu?'
-yaya


'dia takut pada cinta. kan dia pernah sakit dulu. so, dia lebih berhati hati.maafkan dia, k.'
-aiman


'ha? mana awak tahu dia sakit?'
-yaya


jangan jangan...
akif. please jangan buat hal lagi. aku mendial nombor aiman.
"harap maaf, nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi."


haishh. aiman. kau off hp apesal.
ha.. akif.


calling...


tiada jawapan.geramnya aku. akif, kau nak cari pasal lagi ke?


************


seminggu berlalu. seminggu akif menyepi. dah, kenapa? rasa double bersalah dengan aku? huh. memang aku tak contact dia la. mana tak nya. aku rasa double kena tipu kot. aiman adalah akif. haa.. kan dah kantoi. sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. right? facebook encik boboi dah takde. deactivate la tu. haishh. facebook akif pun takde update pape. kat mana la akif sekarang. RINDU :'(


aku tenang memandu melalui jalan pantai untuk balik ke kampung. sambil tu aku dengar celoteh farah fauzana kat HOT.fm. aku suka dia. sempoi je kan. hari tu dia buka topik pasal kenangan zaman sekolah. macam macam kisah aku dengar. sumpah kelakar. aku gelak sorang sorang kat dalam kereta tu. tapi kenapa ada air mata ni? aku sangat happy kot sekarang. tapi, kenapa hati aku sakit? aku seka air mata. dah yaya. chill! aku kuat! yeah! aku sambung dengar lagi. tetiba ada sorang pemanggil ni. entah apa apa suka hati dia je keluar topik.


farah     : ok. apa cerita zaman sekolah anda yang anda tak boleh lupa?
pemanggil : saya tak nak cerita pasal tu.
farah     : ha? erk..


entah apa apa kan. suka hati dia je. dah blur sekejap si farah tu. hahaha.


pemanggil : saya dalam kecemasan sekarang. tolong la.
farah     : ok. ok. cuba cerita apa masalahnya dan bagaimana saya boleh bantu.
pemanggil : hati saya cakap, dia dengar radio ni. saya dah tipu dia. saya nak minta maaf. saya betul betul rasa bersalah sekarang. dengan bersaksikan semua pendengar HOT.fm seluruh Malaysia, saya nak cakap I LOVE YOU SO MUCH NUR ALYAA. tolong maafkan saya. dan tolong hentikan kereta kamu sekarang.
farah     : erk. hentikan kereta? maksudnya?
pemanggil : dia tak tahu dari tadi saya follow dia dari belakang.


what the...??? aku memandang ke belakang melalui cermin.
akif??? dan serta merta aku pijak pedal break dan berhenti di tepi jalan. nasib baik jalan tak sibuk masa tu. akif juga berhenti. melalui cermin juga, aku nampak akif keluar dari kereta. aku masih kaku di seat pemandu. kenapa mata aku rasa hangat?


"TOK..TOK.." cermin kereta aku diketuk dari luar. aku berpaling. eh?






akif tiup cermin kasi ada wap air. lepas tu dia lukis bentuk love dengan ada perkataan 'LOSER' kat tengah. akif senyum menampakkan lesung pipitnya. sweet la tu? ha? rasa sweet la? aku membuka pintu dengan cepat.


akif :  ouchh! sakit la.
yaya :  padan muka.


pintu kereta terkena akif.


akif :  merajuk lagi? hihi. dah la sayang.
yaya :  kenapa jadi boboi?
akif :  sebab aku nak tahu kau sayang aku lagi tak lepas aku hilang 2tahun. dah tengok status kau engaged. ingat kan dah betul betul bertunang. maaf k.
yaya :  ada lagi yang kau tipu?
akif :  sumpah tak ada dah, sayang. sorry sangat.


***********


akif :  ya. kau nangis eh sebab aku dulu?
yaya :  bila aku nangis?
akif :  aku tau la. kan?"
yaya :  wek.perasan. takde keje la nak nangis sebab kau.
akif :  jangan tipu, ya. aku nak bayar balik ni..
yaya :  what?
akif :  aku nak ganti balik air mata kau dulu even setitis.


akif :  bila kau start suka aku ya?
yaya :  aku suka kau lepas aku baca blog kau. kau?
akif :  lepas aku kenal kau. kau best. boleh buat kawan la.
yaya :  oo.. kawan.
akif :  and wifey. hehe. bila kau start jatuh hati?
yaya :  haha. soalan apa ni? perlu ke tanya?
akif :  sangat la. aku nak tahu sangat sangat tau.
yaya :  ok. entah la. aku rasa aku tak boleh hilang kau.
akif :  kau LOSER la.
yaya :  apahal pulak? tak pasal pasal cakap aku loser.
akif :  kau loser sebab cepat sangat jatuh hati kat aku.
yaya :  ea? heh. loser ke? habis kau bajet kau winner?
akif :  of coz la aku winner. akif aiman always be the winner la.
yaya :  ok. alasan?
akif :  coz i win your heart. susah wooo.. ramai ramai laki, aku yg dapat. tak ke winner tu.
yaya :  heh. mengada kau kan. hati aku, aku punya la. pe hal nak kasi kau.


***********


'AKIF. AKU HARAP HATI KAU NAMPAK AKU SORANG JE. PLEASE JANGAN NAMPAK ORANG LAIN, K.'
-yaya-




-TAMAT-



Thursday, August 11, 2011

hadirnya dia (9)

malam pertama kat rumah akif, aku dapat sms dari eman masa dah nak tidur.


'oi cik kak. dah tidur?'
-aiman


'waalaikumussalam. hahaha. baru nak tidur.'
-yaya


'haishh.. best kan menganjing orang? assalamualaikum.'
-aiman


'ha. baru betul. waalaikumussalam. tak tidur lagi ke?'
-yaya


'sama. baru nak tidur. eh. awak kat mana tu? kata pergi jumpa akif?'
-aiman


'saya kat rumah akif la ni.hihihi. '
yaya


'what? awak tidur kat rumah dia? @__@ '
-aiman


'dah tu? eh. jangan fikir bukan bukan ok. ramai la orang kat rumah dia.'
-yaya


'ooh.hihihi. nasib baik.'
-aiman


'what?'
-yaya


'tak ada apa apa.so, macam mana? happy dah?'
-aiman


'mesti la! hahahaha. tapi kan..'
-yaya


'ye?'
-aiman


'dia lamar saya'
-yaya


'eh. bagus la!dah tu? terima?'
-aiman


'tak T_T keliru.'
-yaya


'apesal pulak. yaya ni. sebab dia buta?'
-aiman


'eh. tak la.seriusly bukan sebab tu.'
-yaya


'dah tu?'
-aiman


'eman. saya sayang dia. sumpah. saya sayang dia.'
-yaya


'dah tu, takde sebab utk awak tolak dia.'
-aiman


'ye. tahu. tapi lagi best kawan macam ni dulu.cuma tak ready nak kahwin.'
-yaya


'yaya. awak bukannya muda lagi. dah tuia tau. umur awak tu dah patut kahwin.'
-aiman


'aah kan. saya TUIA kan.hahahaha. dah tak sampai seru lagi.
-yaya


'haish.. gelak la. typo la! *TUA.'
-aiman


'hahaha. adeh. sakit perot gelak.'
-yaya


**********


akif :  yaya!! yaya!! bangun la! haishh. apa anak dara tidur lagi ni?!


sayup sayup terdengar satu suara. eh. nama aku ke tu?


akif :  yaya!!!!


*DUM! DUM!


pintu diketuk dari luar. bisingnya!


hiiyaaa!!! aku menggeliat malas. MALAS! bestnya tidur dalam bilik aircond. dengan katil empuk gilesss plus comforter pula tu. mana tak susah aku nak bangun. akif ni kacau la.


akif : YAYA!!!!!


*DUMMM!


mak ai. aku terus terduduk. nak pintu tu pecah ke apa?


yaya : iye. iye. aku dah bangun la ni! haishh. akif! pukul berapa sekarang?!
akif :  yaya! kau dah buka mata belum! dah tengahari yang oi! HAHAHAHAHA


what? aku membuka mata. dah cerah? aishh..


yaya :  AKIF!!!! isk. kenapa kau tak biar je aku tidur sampai malam karang! isk isk.


aku menggosok gosok mata. haishh. taik mata.


akif :  OK! tidur la balik!
yaya : AKIF!!!! uwaaaa!! kenapa kau tak kejut aku subuh?


dalam hati aku dok hentak hentak kaki.


akif :  kau cuti kan! hahahahaha


ha? mana dia tau? ok *blushing sesorang.


akif :  dah! cepat mandi! pastu makan!
yaya :  iye!


aku memandang jam dinding. la. 8pagi? eh? jam mati ke? erk. tak. tak. jarum saat gerak. ok. akif tipu aku.
now. beta mahu bersiram.


***********


selepas mandi, aku cuma berpakaian simple. tshirt, slack dengan tudung pasang siap. tau tudung pasang siap? ala. yang terus sarung tu. aku menuruni tangga. akif tenang menonton tv di ruang tamu. ha? MENONTON TV? eh. ok. mata dia menghala ke arah lain. dengar tv, ok? tanpa menghiraukan dia, aku terus ke dapur bagi menolong mak mah menyediakan sarapan. macam macam kitorang borak, gelak gelak. hihihi.
dah tiba tiba...


akif :  YAYA!!!!


eh. apesal pulak. sawan?
aku menghampiri akif.


yaya :  kenapa?
akif :  duduk sini.
yaya :  dah pun.hihi.
akif :  dah kenapa tak duduk sebelah aku. T_T
yaya :  yela yela. haishh. manje.
akif :  tehihihi


aku bangun dan duduk di sebelah akif. erk. sepi.  SEPI. dah apesal macam ni? biasa kecoh je dengan dia.


akif :  kenapa diam? dengan mak mah tadi bukan main ketawa sakan.


eh. entah apa apa dia ni.


yaya :  dah tu kenapa?


SUNYI..


yaya :  nak remote.


aku meminta remote control yang berada di tangan akif. dan dan aku mintak, dia masukkan remote ke dalam poket seluarnya.


akif :  nah. ambik la.


LESU! gila aku nak seluk poket dia? tak nak kasi, cakap la tak nak kasi!


yaya :  dah. tak payah.


akif menahan gelak.


akif :  bulan penuh.
yaya :  what?
akif :  kau cuti kan?
yaya :  yang kau tetiba ni apesal?


geramnya!


akif :  dah moody semacam.
yaya :  eh. mana kau tau?
akif :  apa?
yaya :  aku..... cuti.


perlahan je aku sebut perkataan cuti tu.


akif :  eh. erk. gerak hati.
yaya :  ha?
akif :  ala. mak mah gitahu la.
yaya :  ok.
akif :  makan jom.


aku memegang lengan baju akif dan berhati hati berjalan ke meja makan. sambil makan, kami berbual panjang.


yaya :  akif. kenapa panggil aku loser?
akif :  bila?
yaya :  ala. hari tu.
akif :  dah kau bajet kau winner?
yaya :  haishh. bukan la. cuma kenapa panggil macam tu.


selepas makan, kami melepak kat ruang rehat.


akif :  ya. tolong.
yaya :  what?
akif :  bacakan aku surat khabar.
yaya :  ok.


aku mencapai surat khabar.


yaya :  nak berita bahagian mana?
akif :  semua. dari depan sampai belakang.
yaya :  gila kau? kau ingat aku ni mesen membaca?


ya Allah. dia ni memang suka buat aku gatal mencarut.


akif :  aah. haha. ala. yang kau rasa best la.
yaya :  haishh. ok.


aku menyelak halaman surat khabar.


yaya :  ok. dengar ni. ehem. pada suatu hari, sang kan...
akif :  woi. aku punya serius dengar, kau main main?!
yaya :  hahahahahaha. yela. serius ni. ehem.


aku membetulkan sila. ye. aku bersila kat depan akif. ok. ala ala gaya pembaca berita kat tv tu.


yaya :  LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain yang memasuki hari ke-5 semalam, meragut empat nyawa sejak kelmarin, dengan kekacauan terus merebak ke beberapa bandar utara termasuk Manchester,...


akif :  buahahahahahaha.
yaya :  kenapa?
akif :  gaya kau baca dah macam norazlina redzuan baca berita. haish..hihihi. tak nak jadi pembaca berita ke?
yaya :  eh. kau nak aku baca ke tak ni?


"DING DONG!!!"


akif :  eh. siapa pula yang datang tu. kacau daun la.


mak mah cepat cepat menuju ke pintu. sebentar kemudian, seorang perempuan muda masuk ke dalam rumah bersama mak mah. wow. cantik. rambutnya cantik dibiarkan lepas. bercermin mata hitam. baju pun macam...m a h a l la. ok. tak boleh nak dibandingkan dengan aku. aku tak layak T_T tapi kenapakah aku nampak perempuan ni ala ala plastik?
ya Allah. bau perfume..eh. akif nampak tegang.


akif :  huh.
akif mengeluh. aku masih blur.


mak mah :  akif. erk. hani datang.


hani? macam pernah dengar je nama tu. eh. ex akif! aku memandang akif. tangan akif menggigil. wow. gila la taste akif.


akif :  mak mah. suruh dia keluar.
hani :  sayang. you tak nak jumpa I ke.
akif :  baik kau blah. aku buta macam ni pun kau nak cari lagi? dah. kalau nak minta maaf, aku maafkan kau.


hani menekup mulut. dengan gaya ala ala gedik gitu. aku memberi isyarat kepada mak mah supaya berlalu.


hani :  you.. you buta?
akif :  yup. puas hati kau kan. so, blah dan jangan datang sini. BERAMBUS!


hani menerpa ke arah akif, melutut depan akif, pegang lutut akif. apa ke gila minah ni? aku pulak yang menggigil bengang tengok dia. suka hati dia je nak pegang pegang akif aku. eh?
chill yaya.


yaya :  assalamualaikum.


hani memandang aku.


hani :  kau diam. kau orang gaji je kan. tak payah masuk campur. berambus.


akif membuka mulut seperti mahu menjawab. tetapi aku lebih cepat.


yaya :  maaf ye saudari. saya BAKAL ISTERI AKIF.


aku menekan part BAKAL ISTERI AKIF tu. takut dia tak dengar. akif macam menggelabah. hihihi. kelakar la pulak dia ni.


hani :  WHAT?
akif :  kau dah dengar kan? so, baik kau blah. ok?
hani :  sayang. perempuan kampung macam ni yang you nak?
akif :  dah aku buta. perempuan macam kau la yang buat aku buta. so, BERAMBUS!


aku rasa perempuan ni semacam la. mesti ada something wrong somewhere ni. haishh. hani memandang aku. tajam. dia berdiri dan perlahan lahan berjalan ke arah aku. tiba tiba... 


(bersambung :)

Tuesday, August 9, 2011

hadirnya dia (8)

aku termenung memikirkan pelbagai jawapan bagi pelbagai persoalan. akif tak nampak, dah 2tahun hilang macam tu je. tetiba sampai teddybear dari akif. sepatutnya, akif dah kat kl. dah tu, aku call tak dapat. tetiba pulak status kat facebook dia updated. akif dah nampak atau ada orang lain yang buat semua ni? kat mana akif sekarang? kalau dia dah nak lupakan aku, teddybear tu apa? akif! tolong la jangan main main. aku penat la. 


ok. kau tak rindu aku. aku je kan?


habis terbang melayang mood aku petang ni.buku buku semua bersepah atas meja. katil tak kemas pun. Ya Allah. sakai gila rasa. macam orang putus cinta. KOT. hailaaa.. kat mana aku boleh cari akif ni. dah. jangan tanya lagi kenapa aku sayang dia. aku tak ada jawapan dah untuk soalan itu.


on facebook.


ada message dari encik boboi?


'01492244444. nah nombor aku. ada apa apa contact aku. aku tahu kau perlukan someone sekarang. tak payah fikir sangat akif tu. dia ingat kau, dia akan balik. TRUST ME. :) '
- encik boboi


huh.mengeluh lagi. cepat la tua kalau asyik mengeluh je. tarik cermin, tilik tilik muka. alamak. kedut ke tu? huh. eh. jangan mengeluh! aku save nombor boboi ke dalam handphone. entah la. biasa aku biar je nombor sesiapa kat dalam facebook tu. selepas nombor akif dulu, ni je la nombor yang aku ambil dari kenalan facebook. eh. aku tak pernah kenal pun la si boboi ni. dari nama betul, sampai la ke muka dia. aku tak tahu pun. profile picture dia? entah apa apa kot. gambar tangan la, dahi la, telinga la, tahi lalat pun ada. 


hishh. pelik tak? tapi, kadang kadang, sebab kita tak kenal orang tu la kita lagi mudah nak cerita masalah kita. kadang kadang la. kat boboi ni, aku selalu cerita pasal akif. dia pun suka tanya.


dahhh. aku pun tak tahu nak cerita apa dah sebab life aku memang sangat bosan tiap hari. pergi kelas, ingat akif, berfacebook dengan si boboi, ingat akif, peluk si putih, lagi la ingat akif. entah la. angau kot. dah seminggu aku save nombor boboi, tetap langsung tak contact dia lagi. dia pun dah bising cakap nombor dia tu aku dah buat tukun. ye la. yela! haishh.


*contact


Boboi


*Dialing


*call ended.


missed call sudah. tiba tiba...


"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"


boboi? nak angkat tak?


yaya :  assalamualaikum.
boboi :  waalaikumussalam ya.hihi.


eh. suara ni?kenapa macam sama?


yaya : boboi?
boboi :  ye saya. kenapa?
yaya :  takde apa apa. eh. nak panggil pe ni? tak kan la boboi boboi je.
boboi : oohh. panggil saya eman.
yaya : aiman ke?
boboi :  kenapa?
yaya : nama akif, akif aiman.
boboi : ye ke? eh. sama la. saya aiman jugak. em. thanks tau, ya sebab sudi kasi nombor ni.
yaya :  ok. awak. suara awak macam suara akif.
boboi :  ye ke? banyaknya sama. dah tu, nak saya buat suara macam ni?


eman membesarkan suara dia.


yaya :  hahahaha. ei. bongok la dia ni. hahahaha. buruk suara macam tu.
boboi :  dan dan je cakap kita bongok eh. eh. bongok la dia ni.hahahahahaha
yaya : ala. jangan la ajuk.
boboi :  hahaha. kelakar tau tak. bunyi style latah gitu. ei. bongok la dia ni.hahahaha. adeh.sakit perot gelak
yaya :  k. gelak la lagi..
boboi :  kahkahkahkah.


ei! geram. makin menjadi pulak gelak dia ni.


boboi :  awak, baru 1st time borak, dah cakap saya bongok?haishh. nanti nanti, entah apa lagi kan.hahahahaha.


macam tak rasa pun dah sejam berlalu. tiba tiba, panggilan terputus. tak sampai 1 minit, aku menerima mesej dari eman.


'ya. kedit habis. take care. best borak dengan awak.nanti topup, saya call lagi.eh bongok la dia ni.hahahahaha. assalamualaikum.'
-boboi


'hey. bongok.hahaha.thanks call k. waalaikumussalam.'
-alyaa


entah kenapa, rindu pada akif macam terubat bila dapat berborak dengan eman.aku tersenyum sendiri. dia macam akif jugak. suka menyakat.


"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"


siapa pula yang call ni. nombor tak ada dalam contact list.


yaya :  assalamualaikum.
akif :  waalaikumussalam.hihi. hai sayang. rindu aku kewwww? hahahahaha
yaya :  akif?
akif :  ye. aku la ni. kenapa?


akif? akif call aku? dah tu, kenapa sebak semacam ni?


yaya :  akif! kenapa kau susah sangat nak contact aku?! kau dah lama kat kl kan? isk. kau kenapa? saja buat aku macam ni?


ok. aku menangis.


akif :  ya. sori. a..aku minta maaf. aku bukan sengaja. aku rindu kau ya. rindu sangat. ya. jangan la nangis. tolong la. aku jauh nak lapkan air mata kau.
yaya :  isk isk. dah kau tu. sampai hati kan. tau la aku je yang ingat kau. isk
akif :  yaya. dah k. lap air mata tu. alahai. hingus meleleh tu! eiii..loser. 
yaya :  mana ada hingus!
akif :  ok. kau nangis tak ikhlas.


hiks. padahal, hingus pun dah sama laju dengan air mata dah ni.


yaya :  kau kat mana?
akif :  rumah la. aku kan buta.
yaya :  dah facebook kau hari tu? 
akif :  macam la aku sorang yang tahu berfacebook.kawan aku tolong.
yaya :  akif. nape baru contact aku..isk isk.
akif :  stop nangis dulu. aku call pun nangis.
yaya :  ok. ok. tak nangis da.kenapa?
akif :  aku tak ready.
yaya :  dah kenapa? macam la tak biasa dengan aku nak ready ready.
akif :  ala ya. please jangan tanya k. ha. ni tak nak jumpa aku ke? si putih sihat?
yaya :  kau kat mana? tak sihat. dia rindu kau.
akif :  kl la. hahaha. ye la tu dia rindu aku kan. dia yang rindu, si putih pulak kena. eh. malam malam kau peluk si putih tu, tak rasa peluk aku ke?
yaya :  perlu ke rasa macam tu? tak payah.
akif :  ala.. payah la.. payah la..hihihi
yaya :  akif. aku rindu.
akif :  ye sayang. aku pun rindu kau. rindu sangat.
yaya :  kau jangan buat macam ni lagi tau.
akif :  ye sayang. aku selalu ada dengan kau k. eh. datang la sini jumpa aku. kata rindu.
yaya :  bila?
akif :  weekend ni? bak sini nombor akaun kau. nanti kawan aku bank in duit untuk tiket nanti. aku tau kau pokai sekarang.
yaya :  dah. tak payah. aku ada duit lagi la.
akif :  eh. aku dah pindah tau. bukan rumah lama tu. aku dok dengan member sekarang. dia la yang banyak tolong aku.
yaya :  ha? ok. bak alamat.
akif :  tak mau.
yaya :  dah tu, nak jumpa tak?
akif :  kasi nombor akaun dulu, baru aku kasi alamat.
yaya :  alaaaa.
akif :  nak tak?
yaya :  yela yela. nanti aku sms.


lepas puas berbual, aku sms nombor akaun kepada akif. so, hari ni, memang aku senyum je. hihihi. happy sangat. satu bilik aku kemas. siap mop lantai lagi. tempaat roomate aku yang balik kampung tu pun aku tolong kemaskan even memang dah kemas. weekend ni jumpa akif!!! yahooo!!!!!!


lama aku tunggu. takde pun sms alamat dia. ok. aku call dia.


yaya :  assalamualaikum. akif
akif :  waalaikumussalam. yaya eh?
yaya :  ye. aku la ni. mana alamat kau?
akif :  dulu aku da kasi kan.
yaya :  dulu? alamat lama ada la.
akif :  yang tu la.
yaya :  kata pindah.
akif :  bila aku kata aku pindah.hahahahahaha
yaya :  kau tipu aku!
akif :  dah tu, kalau tak, kau tak kasi nombor akaun. thanks. nanti aku bank in.
yaya :  tak payah laaa...
akif :  suka ati aku la. mana boleh tak kasi. nafkah zahir.
yaya :  gila.
akif :  ye. aku gila kat kau.
yaya :  hahahahaha. sah kau gila. dah la. geli la weiii.
akif :  ye. aku tau la aku buta.
yaya : haishh. bukan macam tu la. aku sayang kau k.


dan weekend itu, aku menaiki bas ke kl untuk berjumpa akif. haiyoo. tak sabarnya. excited, cuak pun ada. 2tahun lebih tak jumpa!


************


"DINGDONG!!!" aku menekan loceng rumah akif sambil meninjau ke halaman rumah. sebentar kemudian, seorang perempuan berumur lingkungan 50an keluar menyambut kedatanganku. pintu pagar terbuka secara automatik.


yaya :  assalamualaikum makcik.


aku menyapa ramah sambil menghulur tangan bersalam dengan wanita itu. wanita itu menyambut. ramah.


mak mah :  waalaikumussalam. panggil aje mak mah. mak mah orang gaji kat rumah ni. eh. silakan. masuk la. akif ada kat dalam.
yaya :  iye mak mah.


aku memasuki banglo mewah itu. akif sedang duduk di ruang tamu sambil mendengar lagu.


yaya :  assalamualaikum.


akif menoleh sekadar.


akif :  yaya! waalaikumussalam. eh. duduk la.


akif buta tapi matanya ok. kalau tengok dia, tak tahu pun dia buta. hensemnya akif.hihi. aku duduk di sebelah akif. mata aku masih merenung akif. ala. bukan dia tahu pun aku tengok dia.


akif :  ya? senyap je?
yaya :  hihihi.
akif :  apa?
yaya :  takde apa apa la encik akif. sihat ke?
akif :  dah kau tengok aku sihat ke? ya. tidur sini eh malam ni. banyak bilik kosong.
yaya :  tak menyusahkan ke?
akif :  kenapa pulak? kau kena jaga aku.
yaya :  apasal pulak?tetiba
akif :  ala.. tak sudi ke.
yaya :  yela yela.
akif :  ya. sudi tak kau jadi tua dengan aku?
yaya :  ha?
akif :  sudi tak kau jadi suri hidup aku. kita tua sama sama.


dah. hadui. apa dia ni? tetiba sangat. aku terdiam. aku salah dengar ke?


akif :  ya? sudi tak?
yaya :  er. kif. kenapa tetiba sangat.
akif :  aku serius ya. aku dah ok sekarang dan aku tau kau the best untuk aku. kau sudi tak nak jaga orang buta macam aku?
yaya :  eh. er. kenapa kau suka aku?
akif :  kau cantik ya. cantik sangat.
yaya :  eleh. tipu.
akif :  hati kau ya. aku sayang hati kau. kalau boleh, aku nak jadi pemilik hati kau.


aku terdiam.


akif :  alyaa??


(bersambung)