nuffnang

Saturday, July 30, 2011

hadirnya dia (4)

"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"


akif telefon lagi? huh. aku menggeleng geleng kepala.


"bipp.."


'ya. kenapa susah sangat nak angkat aku call? angkat je la.'
-akif


'aku bz sekarang.'
-yaya


'aku dah nak mati. lepas ni dah takde aku kacau kau.'
-akif


'apahal kau ni? tak baik la cakap macam tu.'
-yaya


'aku nak terbang. tinggi. aku takut.'
-akif


apa hal akif ni? tetiba aku rasa semacam. haish. tak kan la dia....... ya Allah. apa yang dia nak buat sebenarnya ni.


aku mendial nombor telefon akif.


akif :    ya.
yaya :    akif?


suara dia serak. akif menangis?


yaya :    kau ok ke ni?
akif :    ya. aku sakit.
yaya :    kau kenapa ni?kau kat mana?
akif :    kenapa dia buat aku macam ni? kenapa dia tinggal aku?
yaya :    chill la dude. takde jodoh. dah la. tak payah fikir dia lagi.
akif :    dia tak kahwin lagi pun sebenarnya. tapi dah bertunang. kenapa dia tak boleh terima aku. aku nak cari dia. tapi tak tahu dia kat mana.
yaya :    kau kat mana ni?
akif :    esok kau dah tak kan dengar suara aku. aku dah nak pergi jauh. kau jangan rindu aku tau.
yaya :    akif! apa kau cakap ni?
akif :    kau pun tak nak terima aku kan. kau sama je dengan dia. tak guna! ingat aku ni apa?suka hati je korang nak datang, pastu korang blah cam tu.kalau aku dah mati, aku boleh selalu dengan dia, dengan kau tapi aku tak ganggu pun. aku nak tengok, nak temankan je. boleh kan?


mood akif berubah ubah? kenapa dia ni? kejap nangis, marah lepas tu gelak pulak.


yaya :    akif. kau ok ke ni?
akif :    ya. tingginya. ramainya orang kat bawah tu. semua nak tengok aku terbang.


jangan jangan akif nak.... haish. jangan fikir bukan bukan la. tak kan. tak kan.


yaya :    akif. kau buat apa tu?
akif :    aku nak terjun. boleh terbang. hehehe. kau kena percaya tau. aku boleh terbang.
yaya :    akif. kau jangan buat kerja bukan bukan wei. ingat Allah. akif. mengucap wei.
akif :    nape pulak? Allah tak sayang aku pun! kalau tak, Dia tak buat aku macam ni!


mengalir air mata aku. sampai macam tu akif fikir? astaghfirullahalazim. akif..


yaya :    ya Allah akif. apa kau cakap ni. Allah sayang kau. Dia sayang hamba2 Nya.tapi kau kena sayang diri kau sendiri dulu. jangan buat benda bukan2 akif.
akif :    kau sayang aku tak?
yaya :    ye. aku sayang kau.
akif :    penipu!!!


tiba tiba..


akif :    YAYA!!!!!


dan panggilan terputus. apa dah jadi? kenapa akif? air mata aku tak berhenti mengalir. Ya Allah kuatkanlah hati hambaMu ini. Ya Allah. jangan biarkan dirinya terus hanyut. kuatkanlah imanNya ya Allah. peliharalah diriNya. sesungguhnya kami hambaMu yang lemah.


kedengaran azan berkumandang dari surau. aku terus ke tandas dan bersedia untuk solat asar.


*****************


8.15 malam. tak ada apa nak buat, malam ni aku cuma menonton. ni dah kali ke lima kot aku tengok drama fullhouse tapi tak pernah bosan pun.


"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"


calling...
suhaida


"assalamualaikum su! lama tak dengar cerita? tetiba kau muncul. rindu aku la tu.hahahaha." tanpa sempat su berkata apa, nah. ambik satu das dari aku dulu. satu nafas aku cakap.


su :    waalaikumussalam. ya. eh. ni ada cerita la ni. kau tengok berita tak?
yaya :    ha? tak. kenapa? weh. yang kau macam cemas sangat ni apa hal?
su :    akif aiman tu kawan kau kan?
yaya :    aah. ye. akif. kenapa?
su :    wei. petang tadi dia terjun bangunan. tak tau ke?


DUM! seperti ada batu besar menghempap kepala aku. aku speechless. buntu. aku menahan esak.


yaya :    su. apa aku nak buat ni. dia macam mana? apa aku nak buat ni su?
su :    kau bertenang dulu ya. insyaAllah semua ok. akif selamat sebab dia jatuh atas tilam. cuma, tak salah aku, kepala dia cedera. dalam berita tadi ada rakaman. aku macam dengar dia jerit nama....kau. sori to say ya.


aku tak mampu berkata lagi. hanya tangisan yang terluah.


su :    ya. sabar ya.
yaya :    su. aku nak jumpa dia. tolong aku su.




**********


pagi besoknya, aku bangun seawal jam 6 pagi. mandi dan solat subuh. jam 7 pagi, aku ke terminal. aku mesti ke kuala lumpur demi akif.


(bersambung)

Tuesday, July 26, 2011

hadirnya dia (3)

sudah 3 bulan. 3 bulan akif sepi tanpa berita. dia bahagia mungkin dan aku kembali sunyi. tak apa la kan. asal dia bahagia sudehh. aku? ala. macam la tak biasa kena tinggal, hidup sorang sorang. relaks je la kan.tak payah nak emo emo walaupun tipu la kalau tak ada langsung air mata ni mengalir untuk dia. macam la korang tak pernah nangis. tapi tak apa. hidup mesti diteruskan. anggap je dia tu satu laluan hidup yang aku terpaksa tempuh untuk menuju ke hadapan! yeah! ayat tak leh blah. lagipun, aku sepatutnya happy kalau dia happy. macam tu la kawan yang baik. tak gitu? ok. aku happy. bai bai akif. :)


fuhh. bahagia. petang ni tak ada kelas. jadi, boleh la aku bermanja dengan encik lappy aku. rindunyewwww.


online.


www.facebook.com


sign in.


eh. ada 1 message.


*klik


akif? terlopong mulut aku tatkala nama itu yang terpampang pada skrin. yup. orang yang aku sangat rindu (kot). apahal tetiba dia ni? rindu aku? buang tebiat? hailaa. ni dah kacau petang aku yang indah ni. aku menarik nafas dan melepaskannya dengan berat. lega sikit. cuak doh. cuak. ok.


*klik


'assalamualaikum. 
oi cik yaya! lama kau menyepi ye. dah tak ingat aku letewww. ok tak pe. ya. jom jumpa. aku rindu kau.'
- akif


haish. apa hal dia ni? sawan? aku pulak yang menyepi. bukan dia ke yang suruh aku tinggal dia. dah la tak pernah pernah jumpa, 3 bulan hilang, tetiba ajak jumpa? sah sawan. reply tak?


'waalaikumsalam.
heh. takde menyepi. tak mau kacau orang lah. kau apa cerita? dah kahwin ke? tak sampai pun kad jemputan kat aku kan.'
-yaya


seminit kemudian, 1 mesej masuk. akif online juga rupanya.


'mana ada aku kawin la. kau ni... hubungan kitorang tak lama. dah break da. dia mainkan aku. dia dah kawin dgn orang lain. sadis kan aku.'
-akif


'oo. sori.'
-yaya


'ya. bak fon number kau. aku terdelete dulu.'
-akif


what? terdelete atau makwe yang delete kan. sori der. aku tak nak kasi. dan aku terus sign out.


haish. macam mana ni. mood aku dah terbang ke mana entah. blah la kau lappy. aku baru nak bermanja, kau dah rosakkan mood aku. blah. blah. aku shut down lappy dan menuju ke katil. sekilas aku memandang jam dinding. pukul2.30 petang. tidur lagi best.


"akif..."




*************


yeah! assignment. macam kena stay up je malam ni. tekak dengan hidung pulak tak nak bekerjasama. peritnya tekak. macam nak selsema. kepala pun sama. ting tong. jangan la. minggu ni aku busy sangat. banyak assignment dengan presentation. dah la present kat dewan besar. tekak tak ok dengan hidung yang sok sek sok sek, tak ke macam haru nanti. bila pakai mikrofon, mahu 1 dewan penuh dengan bunyi hidung aku.


"hachooo!!" erk. dah mula dah. bersin non-stop pulak. jangan la.


on lappy. baik siapkan assignment dulu. sambil tu, macam biasa la kan. buat assignment dengan bertemankan facebook. 50-50.


hai.. ada message.


*klik


akif?


*klik


'ya. aku rindu kita yang dulu.'
-akif


ish. nak rosakkan mood aku lagi la ni.


aku tutup facebook. baik dengar lagu dan aku mencari folder sixth sence.


*play all


dan aku menyambung tugasan aku yang terbengkalai sejak dari tadi. malam pun berlalu.


"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"




aku terjaga kerana bunyi hanfon. adeh. sakitnya tengkok. sampai pagi aku tidur kat meja? eh. kejap. siapa pulak yang call ni. aku menggosok mata, sebelah lagi tanganku mencapai handfon. akif? terbutang mata aku. terus hilang mengantuk. erk. kenapa dia ni? eh. kejap. bukan dia dah delete nombor aku? aku membiarkan handfon berbunyi.


"bipp.."


1 new message.


akif?


*open


'hai dear. bangun la. subuh :)'
-akif


aku menggosok gosok mata. baca lagi. haish. cubit pipi. adoi! ok. bukan mimpi. dia kot yang mimpi. aku membiarkan message itu sepi tak berbalas. jam menunjukkan 6.30 pagi. aku mencapai tuala dan ke tandas untuk mengambil wuduk.


'Ya Allah. tenangkanlah hati hamba-Mu ini.' 


(bersambung)

Monday, July 25, 2011

hadirnya dia (2)

bila aku boleh jumpa akif? eh. muka dia pun aku tak pernah tengok la. misteri betul kan.takpe. suatu hari nanti, aku yakin aku boleh jumpa dia.


akif : ya. aku demam lagi. :(
yaya : haish. selalu demam. makan ubat tak?
akif : mana ada ubat.
yaya : jangan nak mengada. pegi la beli kat farmasi ke, 7e ke.
akif : dah cari. takde.
yaya : pe hal pulak. penadol je kot. mane mane pun ada la.
akif : ubat aku kat kelantan la sengal.
yaya : datang la kelantan cari ubat kau.
akif : jauh kot. ubat tu la datang kl.




akif : ya. yang kau jauh sangat pe hal?
yaya : pehal pulak? salah aku dok kelantan?
akif : susah nak jumpa la yang. ngeeeeeeee T_T  nak ajak lepak pun tak boleh. nape kau dok kelantan. dok la kl ke, dekat dekat sini ke...
yaya : hahahaha. mangkok berayun la dia ni. kau tak leh blah kan. yang kau add aku nak kenal tu pe hal? lain kali, check la dulu negeri mana.




yaya : wuuuwuuuuuuu
akif : kau pe hal?
yaya : haha. usik kau.
akif : tak terusik pong.
yaya : nape kau private pics kau? bajet hensem ramai nak copy gambar kau?
akif : aah. mesti kau ada niat nak buat camtu kan T__T
yaya : bingai. aku tak cam lagi la muka kau. T__T
akif : ea? nak mintak gambar aku le tewww. kan? kan?
yaya : erk. tak. tak hingin!
akif : ok. kau takut tergoda kan?
yaya : blahhh!
akif : ok. bai
yaya : wei. kasi la 1 gambar. kedekut la
akif : nak buat apa gambar aku?
yaya : nak bomoh.
akif : ye ke? *excited  ok. kejap


dan hari tu, aku boleh tengok muka dia.wooottt! haha. ok. good looking la. tapiii.....


yaya : wei. pe hal rambut kau?
akif : iye? pe hal rambut aku?
yaya : panjangnye.... T__T
akif : eh? hahaha. style tuuuu..
yaya : potong. potong.
akif : ok. nanti jumpa kau.
yaya : entah bila la kau nak jumpa aku kan.
akif : entah bila la aku cakap tak nak kan.
yaya : jumpa aku, kau botak. deal?
akif : beragak la jugak. tak kan la sampai nak aku botak. T__T
yaya : botak seksi der. hahahaha.
akif : tak nak seksi. kau tergoda kang, masalah besar.


ish. kenapa ayat terakhir dia tu berkesan kat hati aku. tak kan la aku....... ish. tak mungkin. tak mungkin. woo.. itu sudah melanggar etika persahabatan. eh? ala. jodoh pertemuan di tangan Tuhan. bila fikir balik, ni bukan masa untuk bercinta kot. biar la dulu. aku takut dah. aku takut dengan cinta. aku takut untuk kecewa. haishh. sedar la diri alyaa oi. kau siapa nak jatuh hati kat dia. lagipun, aku tau aku pukan taste dia.
apa apa pun, aku tetap nak jumpa dia.




akif : kau tau tak kau ni suuweeettttt sesangat.
yaya : tak tahu.
akif : ok. nak gitau la ni. you are my deary sweeto.
yaya : sweet kat mana entah.
akif : hahaha. tak caye?
yaya : kau pun sweet. macam lolipop.





suatu hari aku menerima mms dari akif.


akif : ya. cantik tak girl ni. hehe.
yaya : cantik. nape?
akif : padan tak dengan aku?
yaya : ha?? kenapa?
akif : ala.. padan tak?
yaya : makwe kau?
akif : belum makwe lagi la. hehe. ok tak dia?
yaya : ok. cantik. sesuai dengan kau :)


haish. jiwa kacau betul hari ni. macam mana kalau dia ada makwe, dan aku takleh jadi kawan dia? macam mana kalau dia lupa aku nanti? sunyi balik la hidup aku. tapi makin hari aku dapat rasa seperti makin rasa kehilangan dia. entah. dan macam tak surprise pun bila tengok mister anonymous di fesbuk punya status - in a relationship with dot dot dot lalu aku sekadar meninggalkan satu ucapan pendek di wall nya.


'tahniah kawan. aku doakan kau bahagia.' yup. 1 wallpost yang terus dibiar sepi.


tanpa sedar, ada air mata mengalir di pipi.


akif : ya.
yaya : eh. akif. lama tak dengar cerita. bz eh. rindu aku le tewww. kan? kan? ^^
akif : tinggalkan aku.
yaya : kau pe hal ni. tetiba.
akif : tak payah tanya. just leave me.
yaya : tak nak! wei. kau nape tetiba ni. kau ada problem eh? share la dengan aku. aku ada buat salah ke?
akif : nope. tolong jangan tanya k. aku mintak maaf. this is about my life.bai.
yaya : wei mangkok. ni sebab perempuan tu kan? kau hampeh la kalau sebab perempuan kau jadi macam ni.


"jodoh pertemuan semua di tangan Allah.kalau ada jodoh, insyaallah. aku takkan tolak. kalau yaya untuk aku,aku terima dengan hati terbuka. 
aku akan terima semua kekurangan dia, dan aku harap, dia pun tahan lah dengan perangai aku. HAHAHAHA." 



(bersambung)


credit to aniq for lots of ideas. thanx! ^^









Thursday, July 21, 2011

hadirnya dia (1)

assalamualaikum.
saya datang lagi! hai. nama aku alyaa. panggil aku yaya. ini cerita aku.


www.facebook.com
username : alyaa@gmail.com
password : *******


*Enter


check notification.


*klik


eh. mr anonymous like status aku? tehehehehe. eleh. like je? takde komen komen? kedekut.taip la apa apa sikit. boleh aku cuci mata. eish.. sangat kedekut. kedekut. kedekut!


*klik


dan terpampang la wall mr anonymous kat skrin aku. aik? profile picture baru? gambar zaman bila ni? gemok. muka tetap tak nampak. takpe takpe. main sorok sorok ea.


*home


update status.


'bosan.'


*share


tak sampai 1 minit. eh. dia like? like je? ok. takpe.


akif : hey...yaya


eh. dia on rupanya. meleret senyum di bibir aku.


yaya : hai :)
akif : sombong ea. takpe la. bukan nak tegur aku. aku je yang kena tegur kau dulu.
yaya : eh. hehe. tak la. tak tau kau online.
akif : alasan. alasan. alasan!
yaya : hahaha. ala. salah ke kau tegur dulu?
akif : sayang! aku rindu kau. tau tak?
yaya : tak tau.
akif : ye. aku je kan.
yaya : tu la kau tak tau.
akif : ape?
yaya : aku lagi rindu kau la!


eleh. macam la aku tak rindu dia. tapi kan. kenapa aku rindu dia? betul ke perasaan ni namanya rindu? rasa berat je hati ni. macam nak keluarkan je hati ni dan letak kat tepi. sesak je nak bawak hati yang sarat. rindu ke ni? tapi macam mana aku boleh rindu dia? orang yang cuma wujud dalam skrin kaku ni? orang yang aku boleh kenal suaranya sahaja? apa yang aku nak rindu pasal dia? suara dia?


akif : ya. thanks tau pasal entri tu. :)
yaya : mati mati aku ingat kau tak suka T_T
akif : aku speechless la. haha. terharu kot.
yaya : aku terharu gila kau balas. thanks gak :) tapiii.....
akif : apa? tapi apa?
yaya : statement kau pasal kahwin tu. betul ke? tehehehe
akif : eh. kau lapar tadi kan? pegi la makan.


**********


sedar tak sedar, dah sebulan kitorang kapel. eh. tak.tak. dah sebulan kitorang kenal la. dan dah 2 minggu kot aku jadi jam loceng dia setiap pagi. mengada kan? kan? heh. takpe. tak kisah pun. dulu ada orang bagitahu aku, mengada itu manja. setuju. lagi, sengal itu sweet. emmm... kadang kadang kot.


suatu hari, macam biasa akif telefon aku. mana boleh kalau 1 hari dia tak dengar suara aku.haru hidup dia. hehehe.


yaya : "oi. buat pe?"
akif : "kat kedai makan. tunggu order. kau dah makan?"
yaya : "kenyang dah. order apa?"
akif : "nasi."
yaya : "je?"
akif : "yang digoreng."
yaya : "oooo.."
akif : "ada ayam jugak."
yaya : "nape tak cakap je terus nasi goreng ayam?"
akif : "hahaha. ala. saje. lama sikit boleh cakap dengan kau."
yaya : "rindu aku le tewww."
akif : "tak pun."
yaya : "ok.ok. aku percaya sangat sangat."
akif : "k la. makanan sampai dah."
yaya : "makan banyak banyak k."
akif : "ok. sayang kau. sayang kau. sayang kau."
yaya : "ooo.. iye. iye. aku pun.hihi."
akif : "susahnya nak cakap."
yaya : "dah.dah. makan!"
akif : "bai."
yaya : "baibai."


tapi tak sampai 5 minit dia call lagi. apahal dia ni? tadi cakap nak makan? nak aku suapkan pulak?


yaya : "hello."
akif : "ya! aku nak bagitau ni."
yaya : "kata nak makan tadi?"
akif : "ish. dengar la dulu."
yaya : "apa?"
akif : "tadi...yang aku cakap aku sayang kau tu.."
yaya : "ye. nape?"
akif : "kawan aku dengar."
yaya : "dah tu?"
akif : "ish. dengar je la."
yaya : "haha.ye.ye. aku dengar."
akif : "kawan aku cakap, wahh siap bersayang sayang.."
yaya : "ooo..dah tu?"
akif : "haishh.. dah tu. dah tu. dengar je laa..."
yaya : "hahaha.ok. sambung."
akif : "aku cakap la, aku je yang cakap sayang.dia tak cakap pun. pastu nak tau apa kawan aku tu cakap?"
yaya : "apa?"
akif : "dia cakap, kalau dia tak cakap sayang, maknanya dia tak sayang la tu."
yaya : "mana boleh macam tu!"
akif : "nape pulak. boleh la. kau tak pernah cakap pun sayang aku."
yaya : "dalam mesej selalu kan?"
akif : "mesej, semua orang boleh cakap la."
yaya : "ala. tak payah la caye dia. dia laki kan?"
akif : "aah. laki.dah. dah aku nak gitau tu je. k. nak makan. bai"
yaya : "wei. mana dia tau hati perempuan camne. hish. k la. bai."


haish. macam mana aku boleh kenal lelaki sengal macam ni? 


akif : aku sayang kau.
yaya : banyak mana?
akif : malam kang kau tengok langit. lagi banyak bintang kat langit tu.
yaya : haish. macam nak hujan la. mana ada bintang.
akif : ha! sebab bintang tak berani keluar. dia tau aku akan menang sebab sayang aku kat kau lagi banyak!


(bersambung)


credit to aniq !











Monday, July 18, 2011

daripada mr.anonymous a.k.a akif aiman untuk yaya


siapa mr. anonymous? siapa akif aiman? siapa yaya? ok. klik sini . dan entri ni adalah yang akif balas balik. thanx akif!!! <3




dia patah hati. aku juga patah hati.
aku jenis yang gila gila, dia agak lurus.
aku degil, keanak anakan dan dia lebih matang. 
aku tau dia pun sebenarnya macam budak budak. tapi mungkin sebab aku ni lebih manja, dia pun automatik menjadi sangat keibuan.
heh. cuba kalau aku cakap yang dia ada sifat keibuan. aku yakin,mati mati dia takkan percaya.
aku seorang blogger. dia pun blogger. 
tapi aku seorang blogger pada blog yang gila gila. dia? heh. pasal cinta.

sebelum ni,aku bukan jenis yang suka dengan cerita cinta. setelah aku patah hati, aku dah tak percaya cinta.
aku rasa,cinta tu hanya cerita. hanya bayangan. atau... cinta ni hanya angan angan. 
mana ada cinta yang indah. ergh! aku benci cinta sejak aku patah hati. ini pulak nak masuk blog cinta. yang penuh dengan cerita 'khayalan'.

'eleh, setakat tulis,boleh lah indah indah. kau tak merasa lagi macam aku! ditinggalkan. dem!"

aku ingat lagi haritu. bosan. sangat bosan. macam biasa, belek facebook. sebenarnya belek facebook pun bosan jugak. tapi jampi apetah si Zuckerberg tu guna.
bosan macammana pun, aku tetap layankan jugak. home profile home profile. ergh! scroll down. tiba tiba aku ternampak satu link blog. 


"meh la baca blog ni. best gila cerita cinta! ayyinliyana.blogspot.com"

eleh. perempuan. macamtu lah. asal pasal cinta, tacinglah. sukalah. apelah.tapi kalau dah dapat cinta, main main pulak! hati aku masih keras.

click!

aku tak tau kenapa. haritu aku terlintas nak bukak blog dia. yup. blog ayyinliyana. dan tak tau angin apa yang datang, tup tap tup tap, dah separuh dari cerita dia aku dah khatamkan.
eh. biar benar aku ni? dari satu episod ke satu episod. mata aku laju membaca. 

selepas baca blog dia, aku tiba tiba jadi yakin, yang CINTA ITU MEMANG INDAH.

tangan liar menekan tetikus. mencari sumber tuan punya blog. puh! nasib baik dia ada selitkan link facebook dia kat sidebar blog.

add as a friend

jangan tanya kenapa aku tiba tiba berubah 
dan jangan tanya kenapa aku terlintas nak add dia.
sebab. aku pun tak tau. perasaan tu datang sendiri.

dan disitulah saat aku dan yaya berkawan :D 
dan disitulah bermulanya aku berminat untuk menulis tentang cinta :D

dia cakap aku hadiah birthday dia. eh yaya.. jangan lah cakap macamtu. aku tak cukup istimewa untuk di jadikan hadiah :D
sebenarnya masa birthday kau, aku agak down. down sangat sangat. disebab kan time tu kepala aku berserabut. banyak sangat masalah.
time tu jugak kita banyak berborak. aku rasa, haritu, aku yang untung. sebab kau ada. hati aku pun reda. aku boleh senyum haritu. semua sebab kau yaya :)

kitorang bercinta? eh. taklah. belum lagi. biarlah kitorang kenal hati masing masing dulu. aku pun belum cukup geledah lagi hati yaya tu 
jodoh pertemuan semua di tangan Allah.kalau ada jodoh, insyaallah. aku takkan tolak. kalau yaya untuk aku,aku terima dengan hati terbuka. 
aku akan terima semua kekurangan dia, dan aku harap, dia pun tahan lah dengan perangai aku. HAHAHAHA. 


terima kasih yaya sebab dengan kau aku boleh bermanja. dengan kau aku boleh luahkan perasaan. dengan kau aku senyum dan dengan kau aku bahagia.
walaupun kita hanya kawan, itu semua tak penting kan. ada apa dengan status? 


sorry aku tak reti nak tulis panjang macam kau.aku.. speechless kot. sangat sangat terharu. aku sayang kau. dan aku harap kau ada lah time gelak nangis semua 

ingat Allah sebab Allah yang temukan kita.

assalamualaikum.

istimewa untuk kamoo :)

nama saya alyaa (bukan nama sebenar). panggil saya yaya. ini cerita saya dan ini bukan kisah cinta.
siapa saya? (bajet semua orang nak tahu). saya seorang penulis cerpen (maybe). saya masih study. saya tak ada boyfie (baru patah hati T__T). tapi saya ada kawan. ramai sangat. mungkin beribu kot (mungkin la). 

saya sayang kawan2 saya. hehe.

eh. bosan. bosan. apa pulak bersaya awak kat sini? cerpen hari tu dah tamat. nak buat cerpen baru? tunggu la dulu. layan lappy ku sayang lagi best kan?

kenapa macam lama je lappy ni nak on?? adeh. 

beberapa minit kemudian, aku connect lappy dengan broadband. dah macam kerja tetap aku pulak. mesti online at least 4 jam 1 hari. at least.at most? pernah aku tak tutup lappy ni seminggu. best tak? kadang2 tak buat apa pun. cuma ber'fesbuk', ber'blog' dan ber'youtube'. paling2 bosan pun, aku check profile dengan home fesbuk tu je. tunggu kot2 ada notification keluar kan.hahaha. bajet lagi.


eh. ada 1 message masuk laaa.. yes! yes!

*klik

eh. mister anonymous? jangan la pulak geng anonymous nak hack aku. aku tak bersalah. wuuuwuuuu T__T. sudah yaya. be serius sikit la. boleh tak?

*klik

'assalamualaikum.
hey,aku tak suka sebenarnya kisah kisah cinta ni. tapi blog kau aku suka. amacam ? haha. salam perkenalan maybe?'

sempoi. hehe. aku pun suka kau sebab at least ada 1 mesej masuk kan? (desperate gila aku kan?)

ada friend request?
*klik

eh mister anonymous tu ke?

*confirm

bukak wall dia.

*post 

'thanx add :) '

*share

sape dia ni? dah la profile pic entah pape. letak gambar yang tak nampak muka pulak tu.

eh. dia reply.
akif : 'tadehal. nice blog.'
yaya : 'BIG thanx :)'
akif : 'no need. its ur effort. keep it up. spread the love :)'

spread the love. suka ayat tu. usyar wall dia kejap. eh. dia pun ada blog? akif aiman (bukan nama sebenar)?? aku suka nama tu..

*klik

sebab aku memang tengah bosan yang amat, aku isi masa aku dengan blog dia.
selepas habis 1 entri aku baca, aku bukak entri lain pulak. ada la 10 entri kot aku baca. dalam 10 entri tu, aku boleh senyum, gelak dan sadis sorang2. eh. best la.. aku suka! sempoi habis! sweeeettttttt... 

hehe. mesti tuan dia pun sweet nih. sengal pun ada. secukup rasa laa... sedikit sebanyak buat aku nak tahu siapa orang ni. hensem kewwww??? tak kewww??? ish. gedik.

**********

23 jun 2011.
hari ini birthday aku yang ke-21. erk. tua nye.. seriusly aku rasa dah macam tua yang amat. salah satu sebabnya ialah, umur 21 ni adalah umur berdikari. dah sampai masanya untuk aku take serious dengan tanggungjawab, jadi lebih matang...eh. winnie the pooh, spongebob ni apa pulak? aku dah matang la!

yes! mama abah belikan kek. ala. takde la celebrate dengan parti berbelon, bertiup lilin tu semua. beli kek setakat untuk minum petang je. ok la tu. itu pun aku dah cukup happy dah.

online lah. kot kot ada yang wish beday aku kan.

pehh. 100++ wallpost? hekhek. wish beday aku le tu. terharu gila.

*klik

betol la. memang pun. takpe. satu2 aku reply. eh. akif?

*klik

'assalamualaikum . selamat hari lahir okay. moga yang baik baik datang lepas ni :D'

aku tersenyum sendiri. thanks mr. anonymous. insyaAllah.. :)

tetiba ada 1 mesej masuk. akif.

akif : 'birthday yang ke berapa ni ?'
yaya : '21..muda ag kan..haha '
akif : 'kalau kau tua,maknanya aku ni apa pulak? tua ganyut? haha'

hmm. baru kenal kekok la nak ber kau-aku. ala. macam la aku ni baik sangat nak bersaya-awak kan. macam la aku tak biasa berkau-aku kan?

sambung.
yaya : 'takpe. umur kat hati muda lagi.haha.'
akif : 'haha.eh. tak pergi driving class pulak?'
yaya :'pegi. baru balik. sem depan boleh merempit! yes! yes!'
akif : 'tak elok la perempuan bawak moto.'
yaya :'ala. skuter?'
akif : 'skuter okay sikit kot. takdelah terkangkang sangat . kehkeh'
yaya :'hahahahaha..ala..naik moto, tak payah la tekangkang..boleh je dok cara sopan..haha'
akif : 'lagipun kalau pakai baju kurung nampak tak manis bawak motor. and another point is, yang bawak kereta boleh free2 nampak badan si gadis. tak semestinya sebab pakai ketat ke apa,tah. for me, tak manislah. tak bestlah perempuan terlalu expose. kan?'

dup! lama dah takde boy tegur aku macam ni. ye. lepas aku break. siapa la yang sudi ambik berat pasal aku kan? ish. tersentuh la pulak.

yaya : 'betul2. tapi fulus takdak nak beli kereta. takpe. aku pakai jaket tebal2 nanti. macam ok sikit kot kan?'
akif : 'orait. make sure jaket tu besar sikit, ok?'

dari awal aku dah agak. dia ni best. hari ni aku mula lebih kenal dia. yup. masa birthday aku. hari ni hari pertama aku ber inbox panjang dengan dia. adakah frienship ni satu2 nya hadiah hari jadi aku tahun ni? tapi kan. aku macam rasa dia ni boleh jadi the best present ever! thank God for this big present :)

************

akif : 'sihat?'
eh. tau2 je kan aku online. stalker.

yaya : 'sihat. kau?'
akif : 'sihat.'
yaya :'study kat ne?'
akif : 'haha. cuba la teka.'
yaya :'nak teka camne. info kat fesbuk tak membantu pun.'
akif : 'hahahahaaa.cari sampai dapat k.'
yaya :'alaaaaaaaaaa.tak ok. tak ok.'
akif : 'MSU selangor la.'
yaya :'wahhhh. course?'
akif : 'media science. kau?'
yaya :'wahh. UPT software development.
akif : 'dari tadi wahhh. apa nak diwahkan tah.'
yaya :'hahaha. saje.'
akif : 'sekarang pukul brape eh?'

adei. itu la akif. suka tanya soalan tak logik. kat pc dia tak de jam gamaknye. dia suka buat macam kita ni kat sebelah dia. dan memang dia buat kita rasa macam tu. :)

aku dah tau pukul brape dia akan online. jadi, masa tu, aku akan cuba online. awal2, aku malas la nk tegur dia dulu kan. kang macam menyibuk pulak aku ni.tambah saje mengada nak dia tegur dulu. dan, sampai sekarang tidak mengecewakan la.
makin hari, dia sangat menyenangkan. agak manja.sweeeeetttt. dan suka cakap aku sweet. dia tak tau, actually kan, setiap kali dia cakap aku sweet tu pun dah menunjukkan yang dia ni sweet.

akif : 'tak selera makan.'
'nape? dah makan apa hari ni?'
akif : 'kacang je.'
'breakfast tak?'
akif : 'tak T_T'
'nape? tak ok. tak ok.'
akif : 'ala. tak selere.'
'makan kacang selera pulak?'
akif : 'hihihi.'


'demam lagi?'
akif : 'yup T__T'
'dah makan?'
akif : 'tak selera. tekak pahit.'
'cane nak ok kalau tak makan. mudah je, letak dalam mulut, kunyah, telan.kalau malas kunyah, makan bubur. boleh telan je.'
akif : 'pakai straw boleh tak.malas nak gigit.haha.'


akif :  '014******* kalau free rogerlah.' 
eh. dia kasi nombor? peh. pucuk dicita, ulam mendatang la ni kan? hehe. tau2 je dia kan. ye la. tak kan la aku nak menggedik mintak dulu atau kasi dulu. kalau boleh, masa dapat tu jugak aku nak terus mesj dia gitau weh. ni nombor aku. tapi, sabar yaya, sabar. dia dah kasi nombor. tak kemana hilangnya dia tu. ok. tunggu karang sikit.nanti aku kacau dia.jadi, bermula la kisah kami dalam dunia sms pulak. sebelum ni asyik dlm fesbuk je kan. mula2 macam slow la sikit. aku sabar je.jangan gelojoh.

'eh. kau bz kan? tak payah la mesej. nanti kita mesej la.'
akif : 'kau rindu nanti camne?' ish.. perasan. sape nak rindu dia?


akif : 'aku demam. tak larat. suara takde. terok gila ni. kelas pun tak pegi.nak kiss. T__T'
'alahai. kesiannye.hahaha.janji sembuh nanti.'
akif : 'ye.'
'muah.'
akif : 'satu je? nak banyak.'
'muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah muah. nah 30 kiss. 1 jam ada 60minit kan. 2 minit sekali aku kiss. tak sihat, tak tahu la. ok?'
akif : 'haha. sayang kau! sweet la kau ni.'


1 malam, tengah malam fon aku bunyi. eh. akif? tapi aku tak angkat. tekejut campur adik aku tengah tidur. tapi lebih kepada terkejut sebenarnya.
'nape call?takleh cakap. takut ganggu adik tido.'
akif : 'aku takleh tidur. batuk.'
'alaa. kesiannya. sapu minyak angin la.'
akif : 'busuk laa.. kau dah tidur?'
'yup.takpe2. kita mesej k.'
akif : 'nak dengar suara kau boleh? kot2 boleh tidur pasni.'
'ha?cane?'
akif : 'bubble talk.'
'ala. sama je kalau kau call. call je la.'
akif : 'suara takde. takleh cakap.'
'yela. lepas dengar suara aku, kena sihat tau.'

aku pun buat la 1 bubble talk. kesian dia demam. at least, biar la aku boleh hepikan dia kan. tak nak buat dia rasa tak best. tapi aku nak cakap apa ni?

"akif. jangan la sakit. sihat la k." ah.. malu gila!!!!

akif : 'thanx yaya.'
'welcome.haha. malu gila!!! ntah pape je aku cakap. plan lain tapi cakap lain. aku cakap apa?dengar x?'
akif : 'kau cakap, aku hensem. kau sayang aku.'
'tipu!!!!'
akif : 'betul la.kau siap kiss kiss lagi.hahahaha..banyak gila kiss aku. kau rindu aku eh?' 
'buweekkkk..perasan. orang cakap lain, dengar lain.dah sihat tak?'
akif : 'dah.dah. heya! heya! tengok. aku dah sihat dah.'

macam2 la si akif ni. haha. malam tu aku ngantuk sangat. penat. tapi dia tak sihat. kesian dia takleh tidur. takpe la. kalau aku baring kang terus tertidur nye. nak elak tertidur, aku tak baring. duduk, mesej dia sampai la dia tak reply mesej aku. dah tidur la tu.


'tak online ke?'
akif : 'online dalam selimut.'
'tak on chat?'
akif : 'hahaha. aku tembak budak ni kang. aku tak online la. dok berbungkus dalam selimut je. sakit T__T '


'akif. aku ni macam mana?'
akif : '1 word. sweet.'
'why?'
akif : 'perwatakan kau, cara percakapan, semua sweet la.'
'gedik tak?'
akif : 'ada la 2 senduk.'
'oo. mesti kau menyampah dengan aku kan.'
akif : 'aah. sebab menyampah la tiap hari mesej kau.'
'hahaha. kau suka perempuan gedik eh?'
akif : 'lurus bendul!!!!!'


akif : 'eh. aku out dulu k.'
'ok.bai. take care.'
akif : 'eh. jap.tunggu kol9.'
'pe hal?'
akif : 'nanti kau rindu aku pulak kan.'
'aku ke kau yangg rindu nih? ngaku je la.'
akif : 'dah aku plak. haktuih.'
'kuang ajaq. ok.ok. aku tuka. mane ko tau aku rindu ko nih??'
akif : 'hhahhaha.sengal'

1 benda tentang akif, bila dia ada masalah, dia selalu fikir dia sorang. takde yang kisah pasal dia. lepas tu down sorang2. susah gila nak share dengan aku. macam sape la aku ni kan yang hari2 teman dia. tapi takpe. sebab aku tahu dia boleh gelak dengan aku. kalau dia taknak share pape dengan aku pun, at least, biar masa dia dengan aku, dia boleh gelak.dia tak tahu, masa dia down, takde mood nak chat, aku pulak yang blur fikir nak chat apa dengan dia. aku nak chat dengan dia. aku nak temankan dia even dia cuma reply sepatah2. tapi camne aku nak buat dia senyum? aku nak dia tau as a friend, aku selalu ada untuk dia.

akif : 'ya.apa perasaan kau dengan aku.' erk. nape dia tanya macam ni? mati aku. sengal la dia ni. aishh.
'eh.soalan apa ni?'
akif : 'matematik.'
'oo.. aku suka math. dulu masa sekolah, tak dapat A math, kena pelangkong kat abah aku.'
akif : 'aku pun.haha.'
'kau suka math gak kan.'
akif : 'ya. kau suka tukar topik kan?'
'eh. ye ke? ok.back to the topic. kita cakap pasal apa tadi?'
akif : 'tak de pape.'


dan. akhirnya, satu hari aku terkejut bila nama akif aiman muncul kat skrin fon aku masa fon aku bunyi. 

dia call! eh. manjenye suara.... sweet! hehehehe.

akif : "sebenarnya aku call kau sebab nak tanya pukul berapa sekarang."
"sengal. kat sana takde jam ke?"
akif : "semua jam mati."
"ok. aku jam kau la ni? kejut kau subuh pastu kau call tanya pukul berapa pulak kan?"

alasan la tuuuu.. tanya pukul berapa konon. padahal rindu aku.

akif : "ya. dah tidur?"
"ye..nape?"
akif : "teman aku tidur."
1 malam dia call aku masa aku dah tidur. ntah apa aku merapu cakap dengan dia kan. sebab mamai punya pasal. tapi bila dah borak camtu, last2, dia yang tidur dulu. eh. dia bercakap masa tidur?hahahahahahhaha. comel la dia ni. :)


akif : 'ya. aku dah gerak balik kampung ni. kat dalam bas.'
'ok. take care k.'
akif : 'ye sayang. rindu la.kau tak rindu aku?'
'eh. kau dah makan?'
akif : 'suka tukar topik.'
'eh. sape kat sebelah kau?'

dan dari petang tu sampai ke malam, takde mesej atau call dari dia. mesej aku tak berbalas dan call tak angkat. gila la dia ni. saje buat aku bimbang. dia dah sampai kat kampung dia ke? dia takde kredit ke? hanfon dia hilang ke? ya Allah. jangan la ada apa2 jadi kat dia. malam tu, nak tidur, aku mesej dia lagi.

'nak tidur. gud nite.' takpe la dia tak reply pun. tapi jauh kat dalam hati aku harap dia reply. tiba2 ada mesej masuk. mesti dia.

akif : 'aku marah.'
'nape pulak?'
akif : 'entah.kau ndah tak ndah kot aku rindu.'
'kau ni bengong tau tak? dari petang tadi bercelaru aku tunggu mesej kau. kalau kau kat rumah, takpe la. ni dalam bas. sampai mak aku tegor sebab masa makan aku pegang hanfon sebab tunggu kau reply.'
akif : 'aku sayang kau.' 

aku sebak, hepi campur lega sebab dia dah reply mesej. pandangan aku kabur dengan air mata. dia betul2 buat aku bimbang.
'lain kali, nak stop mesej, gitau la dulu. aku tunggu tau tak? ni tak. main hilang je.kau suka buat aku tunggu camtu kan.'
akif : 'time tu aku betul2 rindu. kau main2kan aku.'
'rindu sape?'
akif : 'kau.'
'aku lagi rindu kau la.'
akif : 'aku minta maaf. aku teman kau k.'


akif : 'kau sweet la ya.'
'ala. kau sorang je cakap aku sweet. tak pernah orang lain cakap camtu. ex aku pun tak.'
akif : 'dorang tak cakap kau sweet sebab dorang buta. kau sweet dan caring la. aku suka.'



akif : 'ya.rindu aku bnyk mana?'
'hujan sekarang kan? kalau kau boleh kira berapa titis hujan tu, bnyk tu la aku rindu kau.'
akif : 'sweet :) '
'kau rindu aku bnyk mana?'
akif : 'sebanyak mana kau bernafas.'
'peh. ayat kau tak le blah.haha.'

itu la akif aiman yang datang masa hari jadi aku. dia kawan aku. sweet kan dia? korang ada tak kawan lelaki yang boleh ngaku rindu dan sayang? aku ada! erk. tapi betul ke dia rindu aku? sayang aku? 

aku tak jawab masa dia tanya aku apa perasaan aku kat dia. jadi, dedication ni la jawapan tu. ni bukti sayang dan rindu aku kat dia.
walaupun kitorang tak pernah jumpa, tak kenal betul2, tapi dia sudi datang dan bawak gelak tawa dalam life aku.
aku harap, dia suka dedication ni.
thanks untuk dia sebab sudi hadir dan jadi penyeri dalam hidup aku sebagai seorang KAWAN.


p/s : akif balas balik. nak baca? klik sini .