fuhh. bahagia. petang ni tak ada kelas. jadi, boleh la aku bermanja dengan encik lappy aku. rindunyewwww.
online.
www.facebook.com
sign in.
eh. ada 1 message.
*klik
akif? terlopong mulut aku tatkala nama itu yang terpampang pada skrin. yup. orang yang aku sangat rindu (kot). apahal tetiba dia ni? rindu aku? buang tebiat? hailaa. ni dah kacau petang aku yang indah ni. aku menarik nafas dan melepaskannya dengan berat. lega sikit. cuak doh. cuak. ok.
*klik
'assalamualaikum.
oi cik yaya! lama kau menyepi ye. dah tak ingat aku letewww. ok tak pe. ya. jom jumpa. aku rindu kau.'
- akif
haish. apa hal dia ni? sawan? aku pulak yang menyepi. bukan dia ke yang suruh aku tinggal dia. dah la tak pernah pernah jumpa, 3 bulan hilang, tetiba ajak jumpa? sah sawan. reply tak?
'waalaikumsalam.
heh. takde menyepi. tak mau kacau orang lah. kau apa cerita? dah kahwin ke? tak sampai pun kad jemputan kat aku kan.'
-yaya
seminit kemudian, 1 mesej masuk. akif online juga rupanya.
'mana ada aku kawin la. kau ni... hubungan kitorang tak lama. dah break da. dia mainkan aku. dia dah kawin dgn orang lain. sadis kan aku.'
-akif
'oo. sori.'
-yaya
'ya. bak fon number kau. aku terdelete dulu.'
-akif
what? terdelete atau makwe yang delete kan. sori der. aku tak nak kasi. dan aku terus sign out.
haish. macam mana ni. mood aku dah terbang ke mana entah. blah la kau lappy. aku baru nak bermanja, kau dah rosakkan mood aku. blah. blah. aku shut down lappy dan menuju ke katil. sekilas aku memandang jam dinding. pukul2.30 petang. tidur lagi best.
"akif..."
*************
yeah! assignment. macam kena stay up je malam ni. tekak dengan hidung pulak tak nak bekerjasama. peritnya tekak. macam nak selsema. kepala pun sama. ting tong. jangan la. minggu ni aku busy sangat. banyak assignment dengan presentation. dah la present kat dewan besar. tekak tak ok dengan hidung yang sok sek sok sek, tak ke macam haru nanti. bila pakai mikrofon, mahu 1 dewan penuh dengan bunyi hidung aku.
"hachooo!!" erk. dah mula dah. bersin non-stop pulak. jangan la.
on lappy. baik siapkan assignment dulu. sambil tu, macam biasa la kan. buat assignment dengan bertemankan facebook. 50-50.
hai.. ada message.
*klik
akif?
*klik
'ya. aku rindu kita yang dulu.'
-akif
ish. nak rosakkan mood aku lagi la ni.
aku tutup facebook. baik dengar lagu dan aku mencari folder sixth sence.
*play all
dan aku menyambung tugasan aku yang terbengkalai sejak dari tadi. malam pun berlalu.
"You make me so hot, make me wanna drop
You're so ridiculous, I can barely stop
I can hardly breathe, you make me wanna scream
You're so fabulous, you're so good to me, baby baby
You're so good to me, baby baby"
aku terjaga kerana bunyi hanfon. adeh. sakitnya tengkok. sampai pagi aku tidur kat meja? eh. kejap. siapa pulak yang call ni. aku menggosok mata, sebelah lagi tanganku mencapai handfon. akif? terbutang mata aku. terus hilang mengantuk. erk. kenapa dia ni? eh. kejap. bukan dia dah delete nombor aku? aku membiarkan handfon berbunyi.
"bipp.."
1 new message.
akif?
*open
'hai dear. bangun la. subuh :)'
-akif
aku menggosok gosok mata. baca lagi. haish. cubit pipi. adoi! ok. bukan mimpi. dia kot yang mimpi. aku membiarkan message itu sepi tak berbalas. jam menunjukkan 6.30 pagi. aku mencapai tuala dan ke tandas untuk mengambil wuduk.
'Ya Allah. tenangkanlah hati hamba-Mu ini.'
(bersambung)
0 comments:
Post a Comment