nuffnang

Saturday, July 9, 2011

silent love (6)

"atin?"
"erk.."
cepet memandang aku dari atas ke bawah.


"kau nampak lain.."  memang laa..ish..so?
"erk. biasa je la." aku mengelak dari memandang muka cepet.
"bila kau balik sini? langsung kau tak cari aku kan.." jelas kekecewaan pada wajah cepet.
"sori."
"mana kau pergi, atin?"
"balik kampung."
"sampai extend 1 sem? pe kes??"
"xdepe. saje. nape nak tau?"
"sebab aku?kau lari dari aku kan?"
"tu cerita lama la..ashraf."
"ha??"
"cepet dah takde kan? cepet dah gi dengan puteri kan? dan aku bukan puteri la."
"nape ni? kau lagi perfect dari puteri la weh." cepet sekadar berbisik.
"apa?"
"takde pe. jom minum."
"sori la. aku ada kelas la. lain kali k."
"janji?"
"insyaAllah.. "
"erk.atin.jap. kau tukar fon number eh?"
"a'ah. kenape?"
"erk..susah la aku nak contact kau."
"oo.takpe. pape, email aku. aku tak tukar lagi email aku."
"baek la."


cuak doh. cuak gila. macam mana la aku boleh jumpa dia? pandai tak aku berlakon tadi?


petang itu, aku menerima email dari cepet. 

'atin.
cepet kau dah balik. cepet kau nak cari puteri yang dia tinggal dulu.puteri tu memang ada. aku nak jumpa puteri aku. please.. aku rindu dia sangat2 dah ni.aku tunggu kau kat taman ptg esok k.pukul 5 aku tunggu sampai kau datang.
-cepet'


lesu. bingai. kau ingat aku nak pergi?


*******


jam 5 ptg esoknya.


usai solat asar, tetiba teringat cepet. dia ajak aku jumpa kan. perlu ke aku pergi? ish.. malas la. aku memandang ke luar tingkap. hmm... 


macam nak hujan. dia tak jadi kot. jadi, aku membuka buku dan menyiapkan tugasan yang diberi pagi tadi. tiba2, hujan lebat turun. siap dengan guruh lagi. best nye kalau berbungkus dalam selimut.


aku memandang jam. 6.30 petang.guruh dah takde. hujan je yang macam lebat lagi. aku membuka lappy, connect dgn broadband, lepas tu, check email. eh. ada email dari cepet?oh.. pukul 4ptg tadi eh.


'atin.weh. sumpah aku tunggu sampai kau datang.kau kena datang jugak.'


erk.. biar betul dia ni. tadi guruh2 kan.ada tempat teduh ke kat taman tu? ish. jangan buat hal la cepet.ish. nape mcm cuak je ni. tak boleh jadi ni. aku menukar pakaian, mencapai payung dan berjalan ke taman. hari dah nak gelap.


taman itu sunyi tanpa sesiapa pun. hmm.. memang cepet tak datang kot. aku je yang fikir lebih. kan hujan. agak2 la kalau dia nak datang pun. 


aku berjalan menyusuri laluan berbatu.hujan baru sahaja berhenti. di kiri dan kanan ku penuh dengan bunga2 yang cantik. lampu2 jalan sudah menyala. cantiknya. sunyi je. eh.siapa tu? mata aku terhenti pada pondok telefon. ada seorang lelaki sedang duduk berteleku di situ.eh.. 


cepet? dia datang? rasa bersalah mula bersarang di lubuk hati.perlahan-lahan aku menghampiri cepet.


"erk. ashraf.." cepet mendongak. dia menggigil sejuk.
"nape datang?"
"hujan. aku ingat kau tak datang. sori.."
"aku cepet la..aku cepet. achhoo!"cepet bersin.nak demam la tu.
"erk. jom balik. dah nak gelap. kang kau demam nanti."
"tak nak.kau gi la balik."
"jom la."
"kau lambat datang sini, pastu kau nak paksa aku balik?" mendatar suara cepet.
"ashraf.."
"nape panggil aku ashraf?kau dah tak kenal aku?kau tau tak, aku macam nak gila bila tetiba kau hilang. aku tak tau rumah kau katne. kalau tak, memang aku dah gi serang umah kau.kau main tinggal aku camtu je. kawan jenis apa kau ni."


mata aku panas. air mata..jangan la..


"dah kau yang cakap taknak tengok muka aku."
"kau kawan aku ke hapa?berapa lama kita kawan? tak kan kau tak kenal aku lagi? tak kan aku nak buang kau camtu je?"
"erk..kau kan sayang puteri je. bukan aku." air mata aku mula menitis. degil betul la.
"kan kau puteri tu. ni nangis2 pe hal pulak?"
"aku minta maaf."
"tak. aku minta maaf.aku minta maaf atin. aku kejam kat kau.tolong la jangan tinggal aku camni.." aku terkedu memandang cepet. cepet nangis lagi?


(bersambung)

0 comments:

Post a Comment