nuffnang

Wednesday, October 19, 2011

diari iqram-6

dear diary...


aku tak tahu apa mood aku hari ni. aku nak marah, nak kesian atau nak gelak. tapi... haishh.. tak baik la gelakkan orang.


eh. percaya tak kalau aku cakap iman bagi respond baeeekkkk punya kat aku. seriously babe. tadi, kat bangku tepi dewan tu, tangan lembut dia belai belai je pipi aku. merah padam muka dia. haishh. percaya tak?


ok. ceritanya macam ni...


tadi, aku lepak kat tepi dewan tu sebab janji dengan amin nak lunch sesama. tak perasan lah pulak cik iman pemanah jantung aku ada kat situ. aku usyar la dia atas bawah. tak bosan tengok dia. dah siapa suruh dia pakai tu semua nak tunjuk. eh. kalau dia sudi jadi awek aku, aku tak kasi la dia pakai baju baju macam tu. tak manis. kalau dia sayang aku, harus lah dia ikut apa aku tegur kan? bukan mengongkong. tapi better macam tu. ok. sedang asyik meng'usyar' cik iman, aku terperasan something kat belakang seluar dia. satu tompok kat seluar dia. nampak sebab dia pakai baju singkat. baju putih dan seluar kelabu. corak seluar ke tu? kenapa nampak semacam je? aku amati betul betul. berkerut dahi aku. eh. kenapa pulak kawan dia dok jeling jeling aku. tiba tiba iman berpaling. laju je dia melangkah ke arah aku. kawan dia tertinggal kat belakang dia. bila iman dah dekat dengan aku, aku nampak kawan dia ternganga kat belakang.


"alamak! iman!!!" jerit kawan dia.


iman tak endah. aku nampak muka iman merah padam. bengang kat aku?


"eh. hai.." aku menyapa iman dengan senyuman yang paling manis sambil mempamerkan baris gigi. kalah iklan colgate.


tapi, tiba tiba...


"PANG!!!"
"ouch!"


spontan aku menekup pipi. apakah? peritnya. sebijik penampar iman selamat di pipi aku. tahniah iqram hadi! ooiii.. penampar dari pemanah ni, bisa dia lain sikit. mahu terkehel leher aku.


kenapa? seronok tampar aku?


"kau pandang apa? mata tu jaga la sikit."
"dah pakai tu jaga la sikit."


tiba tiba kawan iman mencuit bahu dia dan membisik sesuatu ke telinga iman. macam la aku tak dengar. bisik macam pakai speaker.


"iman. seluar kau... bocor."


aku ada adik perempuan. jadi, aku faham. masa tu, perit pipi aku dah hilang. tapi aku tak tahu nak buat muka macam mana kat depan dia. nak kesian? gelak?  buat buat tak nampak? akhirnya...


"erkk.. sori. saya nak cakap tadi seluar awak kotor. patut lah tampar orang. full moon. bai." dan aku terus blah.


p/s : iman. thanks for the penampar. sakit lah T_T


(bersambung)


.

5 comments:

  1. la.. sek mache ko? kawe ore mache jugop.. hehe

    ReplyDelete
  2. erkk.. masih tak faham.. kenapa kene tampar?

    ReplyDelete
  3. eh. thanks baca. btw, kat blog ni saya post cerpen dan yg sewaktu dengannya je. kenapa kena tampar? sebab iman perasan yg hadi usyar dia. dia fikir hadi tu nak menggatal.

    ReplyDelete
  4. kehkeh..err..bleh plak cik abang syahiroo tu xfaham nape kene tampar..haha

    ReplyDelete