nuffnang

Thursday, July 14, 2011

silent love (8)

*menu
*message
*write massage


'assalamualaikum.'
'waalaikumussalam. sape ni?'
'aku.'
'sape?'
'ish. aku la. tak tahu, tak yah.'
'atin??'
'iye. aku la ni.'
'kau tipu aku ea?'
'mana ada.'
'aku dah call kan?
'so?'
'weh. thanks tau.'
'apa?'
'thanks untuk nombor ni.'


***********


'atin. kawen jom.' ish. kenapa dengan cepet ni. takleh blah mesej dia.
'ha???hahahahahahahahahaha. kau sihat dak ni?'
'erk.hahahahahaha. aku main2 je la. nak tengok reaksi kau je.weh. nak tanya ni.'
'apa?'
'boleh ke kalau aku cakap camtu kat perempuan yang aku suka?' kenapa aku rasa sakit?
'laa..memang sepatutnya camtu la.'
'kalau dia tak terima?'
'tu nombor 2. at least kau cuba.erk. sape dia tu?'
'haha.nanti la aku gitau kau.eh. kalau kau, kau terima tak?'
'weh.kau gila? mana boleh camtu.jawapan aku takkan la sama dengan girl tu.'
'eh. kau kawan aku kan?'
'iye.'
'nanti aku bawak kau jumpa dia k.'
'ala. tak perlu la.'
'wajib gak. sebab kau kawan aku.'


cepet dah ada perempuan yang dia suka? cepet dah ada? sebab tu aku taknak dekat dengan cepet. tengok sekarang. tak pasal2 aku sakit lagi. hati aku sakit. ok. fine. dia bukan jodoh aku kot. Ya Allah. kalau dia bukan jodoh aku, jagalah hati aku. jangan izinkan hati aku menyayanginya. 


aku tak kuat untuk hadapi sakit yang macam ni. buat kesekian kalinya, air mata aku mengalir lagi. semoga kau bahagia, cepet.


*********
seminggu berlalu. cepet terus menyepi selepas sms nya yang hari tu. dia kan dah ada kekasih. mesti dia hepi sekarang. takpela atin. kau kuat kan atin? ala. ramai lagi lelaki lain.


"tott..tott"
1 message received
*open


eh. cepet?


'atin.petang ni. pukul 5. kat foyer. kehadiran anda diwajibkan.'
'nape?'
'nak kenalkan kau dengan awek aku. jangan tak datang pulak.'


cepet..tolong la jangan camni. aku tak kuat lagi dah. aku dah penat. sori. aku tak akan pergi.


pukul 5ptg, aku off handfon dan tengok movie.


pukul 8mlm, aku on hanfon. 20 missed calls dan 10 messages dari cepet? erk. serba salah pulak aku.ala. kan makwe dia ada teman dia tadi. takde la dia sorang.


"so much for my happy ending..oooo..so much for my happy ending."


eh. cepet call?? abaikan.


"tott..tott"


'atin kau nape? nape tak datang? call tak angkat. aku bimbang tau tak?weh. angkat aku call.'


tak sampai seminit, suara avril lavigne kedengaran lagi.
*cancel


sebentar kemudian, aku menerima sms lagi.
'atin.kalau kau kawan aku, kau angkat.' ishh.. mesti cepet bengang gila sekarang.
'taknak.'
'kenapa? kau suka sangat buat aku tunggu kau apasal? apa motif kau taknak kenal awek aku? jelez?'
'heh. tolong la. apa hak aku nak jelez.'
'dah tu? kau boleh buat aku gila tau tak?'
'lorh.. gilakan awek kau tu, sudah laa..'
'apesal kau ni? tetiba je.'
'jangan kacau aku. aku tak nak jumpa kau lagi.'
'atin.apa masalah kau ni?'
'weh. kau tak faham lagi ke? kau tak faham nape aku extend 1 sem? sebab aku tak nak jumpa kau. kalau aku boleh tukar uni, aku dah tukar. aku tak nak jumpa kau dah.kau jangan ganggu aku lagi boleh tak? tolong laaa..'
'please. kenapa dengan kau ni. kenapa nak lari dari aku? jangan buat aku macam ni. aku dah minta maaf kan pasal dulu tu.'
'kau tu..kau yang jangan buat aku macam ni. aku rayu jangan kacau aku lagi. aku rayu kat kau.' murahnya nilai air mata aku sekarang ni kan. murahnya air mata ni untuk seorang yang bergelar lelaki.kalau dari awal aku tau macamni sakitnya cinta, aku tak nak jatuh cinta. tapi, bukan aku yang mintak nak sayang dia macam ni kan?


'atin. for the last. kau kena jugak jumpa aku.'


kalau dia kawan aku, kenapa susah sangat dia nak faham aku?


'tak cukup lagi ke kau buat aku sakit? aku sayang kau tau tak? aku cinta kau. so, aku rasa kau dah faham kan.mulai hari ni, fatin farhah dengan mohd ashraf tak pernah kenal antara satu sama lain.ok?' aku menekup mukaku dengan bantal dan menangis semahunya.


(bersambung)

6 comments:

  1. alahh..centu je ke?? nak lagi.......

    ReplyDelete
  2. nakk lagi lol...aishhh.. i'm waiting..:)

    ReplyDelete
  3. ble cite ny nk abis??nk tw endng dy..
    stiap ary akak wt r cite bru..lw bwink je, ade cite bru, ley bce blog ny...

    ReplyDelete
  4. hakhak.. alahai. mane la nk cari idea kalau hari2 nak update. ada kan 1 blog kawan akak yg akak salu promote. dia slalu update. crita dia best jugak

    ReplyDelete
  5. juz be a strong girl...klau btol syg kn dia buktikan...buktikan yg awk mmpu bhgia tnpa dia....

    ReplyDelete
  6. tp cite akak lg best..sy ske bce cite akak..

    ReplyDelete