nuffnang

Friday, January 20, 2012

diari iqram-13 (akhir)

ini coretan terakhir aku dalam diari ini.

iman...
aku sunyi. kau pergi buat hidup aku kosong. dan kau terus hilang tanpa berita. kau dah lupa aku kot.
iman...
aku dah tinggal semua perempuan tu. semua sebab kau. kau pernah bising kan sebab aku ramai perempuan. tapi dorang tak lebih macam kau.
iman...
kau kat mana? kau tunggu aku pergi sana ke? aku ada buat salah? atau ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku? tiap hari aku buka, tengok profile kau. harapkan kau ada update something.

lepas kau pergi, aku sedar yang kau bukan sekadar kawan bagi aku.

iman... hati aku... pedih.
separuh aku dah hilang.

benar tanggapan aku. tanggal 20 januari 2012, segalanya terjawab. petang tu, aku buka profile facebook kau. ada post dari papa kau.

'sayangku, iman humaira telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 5 pagi akibat dari masalah paru paru yang dihadapinya. minta semua sahabat iman humaira sedekahkannya alfatihah.'

jangan tanya macam mana aku lepas aku baca post tu. aku... aku... macam... hidup aku macam mati. aku cuba hubungi papa kau. tak sangka dia kenal aku. dia cerita segalanya pada aku. kau balik untuk pembedahan kan? tapi aku ni siapa sampai kau tak nak kongsi sakit kau dengan aku? iman... tak kan macam ni saja akhirnya kita? *wipe tears

apa ni? hari tu, kau tinggal aku dan pergi jauh, hari ni, kau tinggal aku dan pergi selamanya? iman, macam mana dengan aku kat sini? :'(

uncle cakap, kau tinggalkan something untuk aku - nota harian kau selama kau di sana. uncle emailkan nota tu untuk aku. iman... kau kejam kan? kat dalam tu, kau ceritakan segala kesakitan kau, rindu dan sayang kau. kau cerita perasaan kau. kau dera aku dalam diam, man. uncle cakap, kau banyak berubah bila balik sana. kau pakai tudung. kau cuba jadi sebaik muslimah. aku syukur sangat. :')

'iqram, aku tinggal kau sebab aku sayang kau. ada yang terbaik kat luar sana untuk kau.'-iman humaira

man. kat dunia ni, tak ada manusia yang sempurna lah. tapi aku tahu aku dah dapat cinta kau, kan?

terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku, sudi kongsi sedih gembira, kongsi susah senang. kau jaga aku masa aku sakit. dan tanpa aku sendiri sedar, sebenarnya kau sangat sempurna untuk aku. tak kan ada pengganti kau dalam hidup aku. :'(

aku pernah terbaca satu sabda Rasulullah SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

dan aku doakan kau ditempatkan di kalangan ahli syurga. :')

iman humaira, ini diari kau. ini diari hati aku. diari ini bukti kisah IMAN HUMAIRA dan IQRAM HADI pernah wujud.

salam sayang,
IQRAM HADI

AL-FATIHAH...

'IQRAM... TERIMA KASIH.' - iman humaira

Iman Humaira
(gambar hiasan)








6 comments: