nuffnang

Wednesday, December 7, 2011

diari iqram-9

Ya Allah... sakitnya kepala. dah 3 hari demam. meleleh leleh air mata. badan macam kena panggang.
"TUT..TUT.."
1 message received. iman???


'iq. kau ok tak. diorang kata kau demam. tak gitau pun?'
'a'ah. aku demam. teruk la. tak larat gila ni. meleleh leleh air mata.'
'badan panas tu. dah makan? ubat?'
'aku tak larat nak bangun. kepala pusing. makanan takde, ubat pun.'
'laaa...dah tu? kau kat ne tu?'
'bilik.'
'mangai. kalau tak larat, mintak la tolong housemate.'
'housemate aku semua takde. ada yang camping, yang lain balik.'
'dah kau sorang?'
'yup.'
'gila?'
'dah tu?'
'ye la. nanti aku datang.'


eleh.. iye iye je la nak datang. macam la dapat. ni kolej kediaman lah.


tetiba, masuk lagi 1 mesej dari iman.


'lagi setengah jam, bukak pintu rumah.'


eleh. ye la tu. tanpa hirau pasal iman, aku pejamkan mata. cuba untuk tidur.


*****************


eh. siapa yang letak kain basah kat dahi aku?
"oi. bangun makan bubur." suara iman separuh berbisik.
iman?
"woi. kau? macam mana kau...???" berkerut kerut dahi aku memandang iman.
"ada lah. dah. diam lah. nanti kantoi."
"iman. kau gila?"
"dah nak biar kau sesorang nazak kat sini?"


macam mana iman boleh masuk ke rumah aku? iye. tau rumah ni kosong sekarang. tapi gila lah dia ni. kalau kantoi, mati!


"iq. aku tidur sini malam ni."
"gila? kena tangkap macam mana?"
"tak nye. hish. dah. bangun. makan ni."
iman membantu aku untuk duduk.


"nah makan." iman menghulurkan mangkuk bubur.
"alaa.. suap..."
"eiii. mengada."
"tangan aku takleh angkat ni."
"nah. nganga." iman menyua sudu berisi bubur padaku.
"ouuchh!panas lah sengal!" bubur baru masak, terus masuk mulut, memanglah.
"dah tak tiup dulu kenapa?"
"kau lah tiup."


petang tu, iman panaskan air untuk aku mandi. dia cakap, mandi air panas elok untuk segarkan badan bila demam. memang tiptop lah dia jaga aku. dia ni, nampak je kasar, boyish. tapi disebalik semua tu, dia sangat perempuan. sesuatu yang sangat istimewa tentang iman humaira.
malam, aku tidur awal selepas makan ubat. kalau tak salah, jam 9malam aku dah terlelap kot. iman pulak sibuk main game kat laptop aku. biarlah dia.


jam2pagi, aku terjaga. demam aku dah makin elok. aku mencari iman. alahai... dia tidur di lantai beralas lengan. hishh.. macam lah tak boleh tidur kat katil roomate aku. lenanya dia tidur. sampai tak sedar aku mengangkatnya ke atas katil.
goodnight iman. dan aku keluar dari bilik, sambung tidur di ruang tamu.


keesokan paginya, aku terjaga jam6.30 untuk solat subuh. iman dah tak ada kat bilik. dah keluarlah kot. tapi dia tinggalkan sebiji epal merah bersama nota pendek yang diletakkan di atas meja.


'an apple a day keeps the doctor away. kau tak sembuh lagi. jangan lupa makan ubat. take care.' -iman


p/s : thanks iman. aku sayang kau.

(bersambung)

2 comments: