nuffnang

Friday, December 2, 2011

diari iqram-8

cinta? apa tu? sebenarnya, lepas aku dah ngam dengan iman, aku tak ingat apa tu cinta. aku tahu aku dah dapat hati dia sebagai seorang sahabat. perlu ke aku fikir cinta? penting lagi ke cinta?


"iq. kau tak ada makwe?" satu hari, masa dok melepak kat mapley, tetiba soalan itu terpancul dari bibir iman.
"hah. aku suci, mana main makwe."
"kehkeh. blah la kau iq. meh nak tengok sikit muka suci kau." iman membelek belek muka aku.
"wei. haishh.. rimas lah." aku menepis tangan iman.
"aku serius ni. kau ada makwe?"
"pernah nampak aku dating?"
"tak." iman menggeleng.
"pernah nampak aku ber sms dan ber call??"
"pernah."
"hah?"
"dengan mak kau." kata iman sambil menggigit straw dalam gelas teh o ais nya.
"cit. tak ada kan?"
"aku?"
"hahahaha. apa kau ada? badan sekeping."
"ada hati. tak nak?" muka iman selamba gila. serius macam tak ada perasaan perempuan ni.
"hah?"


aku keliru. iman lagi pantas dari aku. sedikit sebanyak, tercalar jugak la kelelakian aku. tapi seriusly iman sangat COOL.. heh.


'iq. aku nak kasi something, kau nak ambik, then jaga tak?'
'kau nak kasi pe?'
'esok la aku kasi.'


satu malam aku dok fikir apa yang dia nak kasi.


esoknya, aku terkejut masa buka pintu rumah. ada satu polisterina besar berbentuk macam hati(kot) tersandar tepi pintu rumah.polisterina tu berwarna merah. tapi ada kesan tapak kasut. banyak. mungkin ada yang terpijak kot. ada jugak calit calit warna hitam, rabak sana sini. tempat rabak tu siap bersalotip. apa ni? kat polisterina tu ada nama aku. besar. wadehel?


sebab ada nama aku, aku tunduk, mencapai polisterina tu. eh. ada kad?


'iq. aku tau kau suka aku dari dulu kan. tapi kau LEMBAB! tak kan nak tunggu aku propose kau. siput babi pun lagi laju dari kau. nah. ni hati aku. eh. ada macam bentuk hati tak? sori la kalau rabak, comot banyak. biasa lah. sebab dia dah penat kena sepak, pijak, dibaling sana sini. parah kot. so, aku salotip sebab dia dah nak hancur. kau sudi tak nak tolong jaga kan dan kalau kau sudi baiki sikit biar ada rupa hati? boleh? kalau tak boleh, tak apa. aku dah letak hati ni kat tepi tong sampah. kau patahkan la dulu sebelum buang. nanti tak muat tong tu.
sekian.'
-imanHumaira


iman. seriously kau memang gila.


(bersambung)



3 comments: