“Nah.” Fairuz
meletakkan dua plastik besar makanan di hadapan Mawar. Dia menyeka peluh di
dahi.
“Apa ni???” tanya
Mawar.
“Aku tak tahu apa
kau suka. Jadi, aku beli semua.”
Mawar membelek
beg plastic itu. Di dalamnya penuh dengan coklat, pelbagai jenis jajan, roti,
air tin, air kotak dan macam-macam lagi. Semua yang singgah di mata Fairuz diambilnya.
“Banyaknya!!!”
“Sweet tak aku?
Kahahahaha.”
“Eh. Perasan.”
“Eh… kejap.
Kejap. Fairuz merampas dan menyelongkar satu beg plastik dari tangan Mawar.
“Ni aku punya.”
Kata Fairuz sambil mengeluarkan sepaket lolipop dari beg plastik itu. Mawar
hanya memerhati.
“Suka tak?” tanya
Fairuz.
“Sukaaaaaaaa…
Thanks.”
“Baguslah.
Bolehlah belanja aku makan nasi.”
“Apa kaitan?”
“Duit aku dah
habis beli semua ni. Aku nak nasi. Tak nak benda benda macam ni. Tak kenyang.”
“Mengungkit. Tak
ikhlas.” Mawar mencebik.
“Dah. Dah. Kau
pergi beli. Ramai orang kat kedai depan tu. Ayam goreng situ best. Nasi lebih
tau. Sambal belacan jangan lupa.”
“Ye lah… Ye lah…
Berapa bungkus nak?” Mawar sengaja memerli Fairuz.
“Eh. Boleh banyak
bungkus eh?”
**********************************
Fairuz meneliti
nombor telefon dan gambar seorang perempuan yang sedang mendukung kanak-kanak
perempuan berumur lingkungan setahun.
“Dia baru balik
dari sana rupanya. Ni ke anak aku? Hmmm… entah-entah anak Faiz.” Fairuz
mencebik. Lama dia merenung wajah kanak-kanak itu.
“Aku ada anak?
Anak aku? Patutlah comel. Heh.”
Fairuz mendail
nombor telefon tersebut.
“Hello. Siapa
ni?” Suara perempuan di hujung talian.
“Erin? Aku
Fairuz. Anak aku sihat?” tanya Fairuz dingin.
*********************************
Fairuz meneliti
alamat yang diberi.
“Kat sini ke?” Di
hadapan Fairuz adalah sebuah bangunan rumah flat yang agak usang. Fairuz
teragak untuk melangkah. Erin yang Fairuz kenal adalah anak Dato’. Tidak
mungkin baginya untuk berada di tempat sebegini.
Tiba di hadapan
rumah bernombor 405, Fairuz berhenti. Dia kaku.
‘Bagaimana kalau
ini hanya satu perangkap?’ Belum sempat Fairuz mengetuk pintu, dia disapa dari
belakang.
“Fairuz?” Fairuz
menoleh.
“Erin?” Fairuz
terkejut. Hampir dia tidak mengenali wajah bekas kekasihnya itu. Tiada lagi
baju berjenama, make-up tebal atau high heels. Di hadapan Fairuz kini adalah
seorang wanita yang sangat berbeza. Erin hanya memakai baju lusuh dengan skirt
labuh. Badannya juga kurus melidi.
“Kau nak jumpa Sara
kan? Masuklah. Dia kat dalam.” Erin mempelawa Fairuz masuk. Berkerut dahi
Fairuz mendengar nama Sara yang disebut Erin. Pintu dibiar terbuka. Ada satu
buaian di ruang tamu.
“Kau tinggal
budak tu dengan siapa?”
“Sorang. Aku pergi
buang sampah kat bawah kejap tadi. Sara tidur.”
Fairuz melangkah ke
arah buaian. Seorang kanak-kanak perempuan sedang nyenyak tidur. Hati Fairuz tersentuh.
'Comelnya...' Dia melutut supaya lebih hampir dengan kanak-kanak itu. Memang tidak dapat
dinafikan, wajah Sara seiras wajah Fairuz. Rambut Sara lurus sepertinya.
Berbeza dengan rambut Erin yang ikal. Fairuz mengusap lembut kepala Sara. Disentuhnya pipi tembam Sara. Sara bergerak sedikit kerana tidurnya diganggu.
'Sara. Papa datang.' Ungkapan itu hanya terluah di dalam hati.
“Apa bukti ni
anak aku?” tanya Fairuz tanpa memandang Erin. Matanya masih tertancap pada Sara.
“Tak ada. Aku tak
suruh kau percaya pun. Aku boleh jaga Sara.”
“Dah tu, apa
motif bagitahu aku?”
“Bukan aku. Faiz
yang bagitahu.”
“Kenapa break up
dengan Faiz.”
“Dia tak dapat
terima bila tahu aku pregnant.”
“Kau tinggal kat
sini?”
“Yup.”
“Family kau?”
“Tak penting. Tu
bukan urusan kau.”
“Apa nama budak
ni?”
“Sara Darweena.”
Fairuz tersenyum
nipis.
‘Sara Darweena.’ Detik
hati Fairuz. Dia suka nama itu. Fairuz berdiri dan terus melangkah ke pintu.
“Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi.”
Kata Fairuz.
“Tak pernah ada
lelaki lain yang sentuh aku selain kau.” Erin sempat berkata sebelum Fairuz berlalu.
‘Fairuz. Kau dah
berubah.’
******************************
3 tahun sebelum…
Fairuz menunggu
Erin di taman permainan. Dia duduk di sebuah bangku sambil mengulum sebatang lolipop.
Memang taman adalah tempat kegemaran Fairuz. Dia suka melihat kanak-kanak bermain. Tak
adalah bosan menunggu Erin yang selalu lambat.
“Baby!!!” Erin
memeluk Fairuz dari belakang.
“Eiii… apa baby
baby ni. Setengah jam lambat. Dia yang tetapkan masa, dia yang lambat.”
“Alaa… sorrylah. Siapa
yang plan nak jumpa kat sini. Panas tau tak.”
“Babe. Hari ni turn kau belanja kan? Heh.” Wajah Fairuz yang tadinya mencuka kembali tersenyum
apabila topic makan menjadi perbualan.
“Ada I cakap
macam tu ke? Hahahaha. One more, kan dah cakap jangan pakai kau aku macam tu. Ok?
Nak makan apa?”
“Chicken Chop!!!”
“Ha??? Maggie
Cup? Ok. Jom.” Erin menarik tangan Fairuz. Namun, Fairuz tidak berganjak dari
tempat duduknya. Dia merenung Erin. Mukanya mencuka.
“Jomlah. Tak nak
ke?”
“Tak nak... Tak nak lah Maggie Cup. Malu ah anak Dato' tapi belanja Maggie Cup je.”
“Tak nak Chicken
Chop?”
“Eh… Nak!!!”
Lantas Fairuz berdiri dan berlalu bersama Erin.
Lolipop adalah
kegemaran Fairuz. Fairuz tidak merokok. Kemana sahaja dia pergi, pasti dia akan
bawa sebatang lollipop. Pernah sekali mereka keluar, Fairuz memandu dan Erin
menyelongkar dashboard kereta Fairuz.
“Mak aiii… ni
tong sampah eh?”
Fairuz hanya
memandang sekilas.
“Ala… yang makan
tadi. Tak sempat nak buang lagi.”
Tiba-tiba Erin
terjumpa sebatang lollipop. Terus Erin membuka pembalutnya.
“Jangan!!!” Jerit
Fairuz. Dia merampas lollipop di tangan Erin. Erin mencebik.
“Ini last.” Kata Fairuz
lalu terus memasukkan lollipop ke dalam mulutnya.
Erin suka Fairuz
seadanya. Sikap Fairuz yang agak keanak-anakan menghiburkan Erin. Walaupun
mereka sangat berbeza, itulah yang menjadi pelengkap. Erin tidak kisah ke taman
walaupun dia tidak selesa dan Fairuz selalu menemani Erin ke pusat membeli
belah walaupun itu sangat membosankan bagi Fairuz. Erin tidak pernah meminta
Fairuz membayar pakaian yang dibelinya yang sudah sedia maklum mencecah ratusan
ringgit. Cukup baginya Fairuz sekadar menemani dan memilih pakaian untuknya. Bagi Fairuz pula, itulah istimewanya Erin.
Erin juga pernah
belajar menebar roti canai dari Fairuz.
“Kah kah kah! Apa
kau buat ni? Koyak rabak. Gagal. Hahahaha.” Seronok Fairuz gelakkan Erin.
“Janganlah gelak.”
“Macam ni lah…” Fairuz
mengajar Erin satu persatu. Pada hari itu, roti yang ditebar Erin semua tidak
menjadi.
“Babe. babe. ada
benda kat hidung kau.” Fairuz memuncungkan bibirnya ke arah hidung Erin.
“Ha???” lalu
Fairuz menarik hidung Erin menggunakan tangannya yang bersalut marjerin.
“You!”
“Kahahahahaha.”
Akhirnya Kelas
Roti Canai yang dikatakan Fairuz tidak menjadi dan tempat itu akhirnya penuh
dengan tepung yang bersalut marjerin.
“Sayang. One day,
you akan rasa roti canai I yang sedap.”
“Oooooo.”
“Ok. tak percaya?
Fine… Wait and see.”
************************************
Jam 2 petang.
Fairuz menunggu Mawar di taman. Dia duduk di sebuah bangku yang telah diikat
dengan 10 biji belon halogen pelbagai warna. Dia meletakkan kotak KFC variety
bucket di sebelahnya. Fairuz memegang 2 Cornetto Black&White yang sudah
mula cair.
“Mana perempuan
ni! Lambat lahhh.. Haih…” Fairuz membebel sendiri. Mengeluh.
“Haduiii…
Panasnya… Alaa… dah cair.” Fairuz memandang aiskrim di kedua-dua belah
tangannya. Dia menggigit dan mengoyak kertas yang membalut kedua-dua aiskrim tersebut.
“Kan??? Dah
cair…” Fairuz terus makan aiskrim yang telah meleleh itu berselang seli. 2
minit kemudian, Mawar sampai.
“AWAKKK!!!!”
Mawar menjerit sambil berlari ke arah Fairuz. Fairuz menoleh.
“LAMBAT!!!”
Fairuz menjerit.
“Woahhh!!! Banyaknya
belon! Mana awak dapat ni?”
“Janji pukul
berapa?” tanya Fairuz tanpa mempedulikan pertanyaan Mawar.
“Kan pukul 2?”
kata Mawar sambil memandang aiskrim yang cuma tinggal separuh.
“Sekarang dua
lima minit.”
“Dah tu, lambat
apanya? Sekarang baru dua lima minit.”
“Lambat lah…
lambat 5 minit.”
“Cornetto saya
mana?”
“Nah.” Fairuz
menghulurkan aiskrim yang hanya tinggal separuh.
“Tak nak yang ni.
Awak dah makan yang ni.”
“Kau lambat.
Aiskrim ni cair. Aku makanlah. Nak ke tak nak ni?”
“Alaaa… tak nak.
Dah la ajak orang jumpa kat taman pukul 2 petang. Tak logic langsung.”
“Tak nak sudah.
Petang karang ramai orang lah. Aku kan artis. Nanti peminat aku serbu.” Kata Fairuz
selamba. Dia terus menyuap aiskrim ke mulutnya.
“Euwwww. Perasan.
Entah entah orang tak kenal pun awak.”
“Wei. Nganga
jap.”
“Kenapa?”
“Nganga je lah!”
Mawar menurut.
Dia ngangakan sedikit mulutnya tanpa mengetahui niat Fairuz.
“Nah. Habiskan.
Aku nak makan KFC pulak.”Fairuz terus menyuap baki aiskrim di tangannya ke
mulut Mawar. Mawar terjerit kecil. Mulutnya comot.
“Fairuz!!!”
Fairuz tidak melayan. Tangannya pantas membuka kotak KFC.
(bersambung)