nuffnang

Thursday, November 17, 2011

diari iqram-7

"hai playboy!!!" dari jauh iman menjerit. tangannya melambai ke arah aku. ni kes kantoi handphone aku hari tu la ni. tak habis habis panggil playboy. iman sekadar memakai baby T putih, jeans lusuh biru dan menyandang beg berwarna biru. ha... program daki gunung dah lepas. tapi tak ada apa yang menarik nak cerita. si iman pun dingin dingin je lagi dengan aku masa tu.


balik kepada cerita.


"woi mangkuk! cepat lah! lambat lah dia ni. janji pukul berapa?"
iman pada awalnya berlari anak, sengaja memperlahankan langkahnya. haih. ada yang nak kena makan jugak kang hari ni. annoying.


"iman! aku lapar ni. cepatlah!"
"hahaha. sabar lah. aku kan yang belanja. nak bising pulak."iman berlari ke arah aku.
"kau apehal lambat? sampai sejam berak? berak batu ke apa?"
"eh. mana kau tau? aku makan jambu batu semalam. patut lah..."
"gila. ni nak gi makan kat ne?"
"ikut je lah. tempat baekkkk punya."
"tempat baik punya, makanan best tak?"
"ikut je."


haih,apa la lagi yg dia ni nak buat. bukan boleh percaya sangat dia ni.


"EOKK EOKK.."bunyi kereta iman apabila dia menekan button hijau pada kunci kereta. aku masuk ke tempat penumpang di bahagian belakang.


"WOI! banyak cantik hang nak dok belakang." iman yang baru membuka pintu kereta di bahagian pemandu masih tercegat sambil bercekak pinggang.
"dah. cepat lah. aku nak dok belakang. bukan masalah besar pun. haih."
"haih. siot gila la laki ni." iman mengomel sendiri. lantak la apa orang nak kata bila tengok aku dok belakang.


"emmm.. encik iqram hadi, encik mahu ke mana?" nada suara iman menyindir.
"call me bos. heh."
"woi gila la. apasal la aku rasa menyampah sangat ni?"
"hahaha. aku lapar! jangan slow sangat bawak kereta ni boleh tak?"
"ok."


ya Allah... dia buat hal lagi. keluar kat jalan besar, dia pandu kereta setakat 30km/jam. T_T iman... geramnya aku. dah la siap kena hon hon lagi dengan orang belakang.


"iman, kasi aku drive boleh tak?"
"bos mana boleh drive." jawab iman selamba.
"man. kalau aku kena gastrik, macam mana? aku tak makan apa apa lagi hari ni."
"masalah aku ke?"
"man. kalau aku mati kelaparan, kau kena bertanggungjawab."
"lalalalalalalala...."


hadoi. laparnya. menyesal aku nak perempuan ni belanja. macam mana la aku boleh terjatuh hati dengan perempuan gila annoying macam ni? haih. 


kereta yang dipandu iman terus menuju ke pantai.


"woi. pantai? ada kedai best ke kat sini?" aku sudah hafal kedai kedai kat pantai tu. kedai kat situ semua bukan taste aku.
"diam lah. ada aku cakap nak makan kat kedai?"
"dah tu?" soalan aku dibiarkan sepi.


iman memakir keretanya di bawah pokok. berhampiran dengan itu terdapat bangku dan meja. makan? iman keluar dari kereta bersama beg sandangnya. sarat benar nampak beg tu. aku masih berdiam di tempat duduk belakang. aku nak makan lah!lapar. yang dia bawak aku datang sini apasal?


"iq! kau apasal? kata nak makan? keluar lah!"
"haih!"
aku keluar dari kereta dengan muka berkerut.


"mannn.. aku lapar lah!"
"dah tu? apasal merengek kat situ?meh dok sini." iman keluarkan beberapa tupperware dari begnya. eh? aku terus melangkah ke arah iman.
"mana dapat semua ni?"
satu per satu tupperware iman buka. ada nasi putih, sambal udang, sayur goreng, ayam masak lemak cili api, ikan bawal bersambal. WAHH!!!!


"man. mana dapat semua ni?" aku mengulang pertanyaan sambil duduk di hadapan iman.
"aku masak."
"kau? kau masak?"
"dah kenapa? selama ni kau ingat aku tak tahu masak?"
"eh.. tak lah.. oi. cepatlah senduk nasi tu. aku lapar ni."


ni yang aku makin sayang iman ni. betul la orang cakap, nak ambik hati lelaki, ambil la dengan masakan. sedap weh dia masak. well, sengal, annoying iman pun, dia terel masak! wah! :D




****************




bytheway, dah lama aku tak update diari. aku dan iman dah mula berkawan lepas kes period hari tu. macam mana? ok. ceritanya begini.


2 hari lepas aku kena tampar, aku baru keluar dari dewan kuliah.


"iq! iqram!"


aku menoleh ke belakang. iman?! nak tampar pipi aku sebelah lagi ke? aku tidak melayan. malas. lantak la dia. siapa suruh main tampar tampar. sakit doh. berdarah bibir aku sebab tersepit dengan gigi.


"woi! aku panggil kau kan? tunggu lah!" nafas iman turun naik mengejar aku.
"kau nak apa?"
"aku nak mintak maaf."
"kenapa?"
"tampar kau."
"mintak maaf je? huh. tak yah lah." aku memulakan langkah meninggalkan iman.
"iq! aku tak habis cakap lagi lah."
"what?"
"tampar aku." serta merta langkah aku terhenti. ha? tampar dia? gila aku nak tampar perempuan?
"ha? apa?"
"tampar aku balik kalau tu boleh hilangkan marah kau."
"blah. jangan nak mengarut kat sini lah." annoying.
"bangang. aku serious lah."
"betul? kang ada tengkuk yang terkehel pulak kang..."
"ye." serta merta iman menutup matanya. wajahnya sepaerti bersedia untuk ditampar.gila? aku tak dayus nak tampar tampar perempuan. aku membetulkan letak tali beg di bahu. haih... comelnya.


"cepatlah!" jerit iman. hah, macam nak sangat nampak?
perlahan lahan tangan aku menghampiri muka iman.


"WOII!!" iman menjerit. HAHAHA. lintang pukang aku lari. kejap lagi, mesti budak annoying ni kejar aku. merah gila hidung dia aku tarik.


"badut woi! hahahahahaha." aku sempat menjerit pada iman. non stop dia bersin. see? dah agak. dia dah buka langkah.


"kau tarik hidung aku apahal? tempat sensitif tu...."
"hidung kau kemek. aku nak betulkan je. KAHKAHKAH..."


dan, mulai hari tu, aku dengan iman berkawan. :)


(bersambung)

4 comments: