“Mawar.
Kanak-kanak yang umur lebih kurang setahun, apa dia boleh buat?” suatu hari
Fairuz bertanya pada Mawar.
“Kenapa tetiba
tanya? Siapa yang umur setahun?”
“Alaa.. saja
tanya. Takpe lah tak nak bagitahu. Aku tanya orang lain nanti.”
“Haishh dia ni.
Biasa, budak umur setahun, dah boleh berjalan. Dah boleh bercakap sepatah dua.
Dah pandailah. Kenapa?”
“Ooo… dah boleh
berjalan eh? Dia boleh panggil papa tak?” bersungguh benar Fairuz bertanya.
“Takde la boleh
berjalan sangat. Maybe still jatuh jatuh. Mungkin dah boleh panggil. Awak
kenapa ni?”
“Erk… tak ada
apa. Anak kawan aku. Dah setahun umur dia. Hari tu aku pergi tengok. Comel.” Fairuz tersenyum sendiri membayangkan Sara.
“Ooo.. lelaki ke
perempuan?”
“Princess. Heh.
Nama dia Sara. Sara Darweena.” Fairuz merenung jauh ke hadapan. Di bibirnya
terukir senyuman. Dia terbayangkan Sara memakai gown sedang bermain, berlari,
kemudian jatuh terduduk. Pasti comel. Entah bila dia dapat luangkan masa
sebegitu bersama Sara. Tapi dia tetap risau akan segala kemungkinan yang
mungkin berlaku. Walaubagaimana pun, dia tidak dapat menafikan kewujudan Sara.
“Mawar.” Wajah
Fairuz berubah serius.
“Yup.”
“Bagi kau, cinta
tu apa?”
“Ahahaha. Awak
apasal tanya soalan macam tu. Sejak bila berubah jadi mat jiwang ni?”
“Jawab laaa…”
wajah Fairuz masih serius.
“Hmmm… baiklah.
Cinta tu kesempurnaan. Cinta tu pelengkap kepada kekurangan manusia. Cinta tu…”
“Wei. Geli lah
aku dengar! Meleleh tahi telinga aku. Eiiiii…”
“Hish! Awak yang
tanya tadi kan?!”
“Cinta tu, macam
kentut.”
“Eiii… what the
pengotor!!!”
“Betul lah.
Kentut kan, bila ditahan siksa, bila dilepas, busuk tapi pehhh legaaa… hahaha. Lagi,
kentut kan, tak nampak, tapi ada. Hmmm… Kentut kan, boleh buat orang pergi dari
kita. Cinta pun macam tu lah kan?”
“Kenapa boleh
buat orang pergi dari kita?” tanya Mawar.
Fairuz Cuma
membalas dengan satu senyuman.
“Mawar.”
“Hm?”
“Kalau aku pergi
jauh, kau rindu tak?”
*************************
Hari berikutnya,
Fairuz ke rumah Erin sekali lagi untuk bertemu Sara. Kali ini, dia membawa
pakaian dan permainan buat Sara.
“Fairuz, kalau
aku tak ada nanti, kau boleh jaga Sara tak?”
“Apa kau merepek
ni?”
“Aku kena balik
UK.”
“Aku tak boleh
jaga Sara. Tak kan tak faham situasi aku. Bawak la Sara sekali.”
“Please. Aku
merayu dengan kau. Aku tak boleh bawak dia.”
“Mana aku pandai
jaga budak.”
“She’s your
daughter.”
“Hari tu kau kata
kau boleh jaga dia kan? Kalau kau tak ada duit, aku boleh kasi.”
“Ni bukan pasal
duit. Please. Kalau kau sayang Sara, tolong jaga dia.”
“Dah tu kenapa?”
“A…aku tak hidup
lama. Aku sakit.”
“Heh. Kau tak
payah nak buat alasan lah.”
“Aku ada cancer
serviks tahap 4. Aku balik Malaysia pun sebab nak kasi Sara kat kau. Tu pun
kalau kau nak terima dia. Family aku tak nak terima Sara. Sebab tu aku jadi
macam ni.”
“What? Heh. Kau
saje je kan?”
“I’m serious. Kau
nak tunggu aku mati baru kau nak ambik Sara?” Tenang Erin memandang Fairuz.
“Erin. What the
hell are you talking about?”
“Dulu, masa
pregnant, doctor dah suggest untuk aku gugurkan kandungan. Tapi aku sayang
Sara. Aku sanggup putus dengan Faiz sebab Sara. Aku tak kisah kalau aku mati
sebab Sara. Aku minta maaf sebab aku datang kacau hidup kau semula. Tapi aku
dah tak ada pilihan. Kau ayah Sara. Kalau kau nak bukti, kau boleh buat DNA.”
Tiba-tiba pintu
rumah diketuk dari luar. Kedengaran suara perempuan memberi salam.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.”
Erin menjawab. Dia bangkit dan menuju ke pintu. Fairuz masih leka bersama Sara.
“Ya… Cari siapa?”
kedengaran suara Erin bercakap dengan perempuan itu.
“Fairuz ada kat
sini?”
“Fairuz?”
Fairuz pelik.
Siapa yang mencarinya di sini? Tanpa diduga, Mawar sudah berdiri di hadapan
Fairuz.
“Mawar?”
“Apa ni? Apa awak
buat kat sini? Siapa ni?” tenang suara Mawar.
“Mawar. Let me
explain.”
“Ok.”
“Erk… Ni anak
aku, Sara.”
“Ha??? A… Anak?”
“Yup. Anak aku.”
“And this is your
wife? Awak siapa sebenarnya, Fairuz?” Air mata Mawar mula mengalir. Mawar cuba
mengawal suaranya. Dia tidak mahu bertindak mengikut emosi.
“Mawar. Please dengar
aku explain.” Fairuz cuba memegang tangan Mawar. Namun ditepis.
“What?”
“She’s not my
wife.”
“Awak ada anak,
tapi tak ada isteri?”
Fairuz buntu.
Tidak tahu bagaimana harus dia memberitahu Mawar. Fairuz menghampiri Mawar. Kedua-dua
tangannya memegang pipi Mawar dan cuba menyapu air mata Mawar.
“Hey. Aku minta
maaf. Let me explain, please.”kata Fairuz perlahan.
“Saya nak balik.
Maaf mengganggu.” Mawar menepis tangan Fairuz dan terus berlalu.
Fairuz kaku. Dia
benar benar buntu. Betullah… Cinta boleh buat orang pergi dari kita. Erin dari
tadi hanya sebagai pemerhati.
“Fairuz. Kau ok?”
“Aku ikut kau
balik UK.” Air mata Fairuz bergenang. Maafkan aku, Mawar.
Malam keesokan harinya, Mawar menerima sms dari Fairuz.
‘Mawar. Lusa aku
nak pergi UK. Aku nak jumpa kau sebelum pergi. Please.’
-Fairuz.
Pergi dengan Erin
la tu. Mawar menyeka air mata. SMS Fairuz dibiar sepi.
‘Mawar. Esok
petang pukul3 aku tunggu kau kat taman.’
-Fairuz.
Selang 2 minit,
masuk lagi SMS lain.
‘Sampai kau
datang.’
-Fairuz.
Mawar mematikan
telefon bimbit.
Mawar memandang
jam. 5petang. Hujan masih lebat dan kilat sabung menyabung. Telefon bimbitnya
masih lagi dimatikan sejak dari semalam.
Betul ke tindakan
aku ni?
“MAWAR!!!”
tiba-tiba Mawar terdengar suara memanggil namanya diselang selikan dengan bunyi
guruh.
“MAWAR!!! SITI
MAWAR!” Mawar bangkit dari katil menuju ke tingkap.
Fairuz? Gila ke
apa mamat ni? Dia kuyup dalam hujan. Badan Fairuz menggigil. Fairuz nampak tingkap
rumah Mawar dibuka dari dalam.
“Aku tahu kau ada
kat dalam. At least dengar dulu aku explain. Lepas tu kau decide nak maaf aku
atau tak.”
Mawar masih lagi
kaku. Dibiarkan Fairuz di bawah hujan.
“Ok. Aku tunggu
sini. Kalau nak mati pun, matilah.” Fairuz letih dan kesejukan. Dia duduk di
luar pagar rumah Mawar. Satu kotak yang mengandungi 100 biji Ferrero Rocher
juga basah. 100 biji menandakan 100 hari hubungannya dengan Mawar. Setiap
biji coklat tersebut diselit dengan sehelai kertas kecil yang mengandungi
ucapan pendek yang berbeza.
10 minit berlalu.
Mawar mencapai payung dan membuka pintu. Fairuz langsung tidak menyedari
kehadiran Mawar. Dia cuma sedar apabila ada payung yang melindungi kepalanya
dari hujan. Fairuz mendongak.
“Mawar?” Fairuz
berdiri. Air mata Fairuz bergenang. Dia cuba untuk senyum. Mawar langsung tidak
bersuara. Perasaan Mawar seakan mati. Wajahnya langsung tiada reaksi.
“Aku minta maaf.”
Mawar tidak menghiraukan kata-kata Fairuz. Mawar melangkah perlahan ke dalam
rumah. Fairuz menuruti langkah Mawar.
Sehelai tuala
dihulurkan kepada Fairuz. Fairuz menggigil kesejukan.
“Mawar. Say
something, please.” Fairuz masih tidak berputus asa. Mawar berlalu ke dapur
meninggalkan fairuz di ruang tamu. Sebentar kemudian, Mawar keluar sambil
membawa satu mug coklat panas. Diletakkannya di hadapan Fairuz.
“Thanks.”kata
Fairuz perlahan. Mawar mahu berlalu. Rasa lemas bila berada bersama Fairuz.
Hatinya sakit.
“Mawar.” Fairuz
mencapai tangan Mawar.
“Dah habis minum
tu awak boleh balik.” Mawar langsung tidak memandang Fairuz.
“Hina sangat ke
aku sebab ada anak tanpa perkahwinan sampai kau tak nak pandang aku pun?” Suara
Fairuz bergetar. Fairuz cuba mengawal perasaan. Mawar tersentak. Bukan itu
maksudnya. Cuma… Cuma mungkin dia tak bersedia. Dia tak tahu bagaimana harus
menerima Fairuz.
“Dulu Erin yang
tinggal aku dan aku tak tahu dia pregnant. Dia bertunang dengan Faiz. Aku tahu
aku salah sebab terlanjur dengan Erin. Masa hati aku kosong, aku kenal kau. Aku
mula sayang kau. Aku tak mintak la nak sayang kau. Aku letih nak sayang orang.
Masa aku happy dengan kau, Erin balik bawak Sara. Tiba-tiba cakap tu anak aku.
Sara, yang aku tak pernah tahu pun dia wujud. Erin nak kasi Sara kat aku sebab
dia sakit dan tak mampu nak jaga Sara. Kau faham tak macam mana perasaan aku? Hati
aku hancur. Aku buntu. Aku sayang kau. Sumpah! Aku sayang kau. Tapi, kalau kau
nak aku pilih, aku minta maaf, aku terpaksa pilih Sara. Macam mana pahit pun,
dia tetap anak aku. Tapi, kalau kau sudi, aku nak kita sama sama jaga Sara.”
Air mata Fairuz gugur. Begitu juga Mawar.
“Faiz dengan
Erin? Faiz tinggal saya sebab Erin?”
“Aku tahu. Aku
tahu kau ex Faiz.”
“So, apa tujuan
awak rapat dengan saya? Kesian? Atau nak balas dendam pada Faiz?” Mawar
memandang Fairuz. Tangan Fairuz ditepis.
“Mawar… Kau… apa
kau cakap ni?”
“Apa lagi rahsia
awak, Fairuz? Apa lagi yang awak sembunyikan dari saya? Siapa awak? Kenapa awak
datang dalam hidup saya?” Mawar teresak. Fairuz tak kuat melihat air mata
Mawar. Air mata itu benar benar melemahkan jiwa lelakinya. Mawar… please stop
crying.
“Mawar. Aku minta
maaf. Tolong. Maafkan aku.” tanpa diduga, Fairuz melutut dihadapan Mawar.
“Awak balik la.”
“Mawar.”
“Balik. Awak nak
pergi UK esokkan?”
“Erin ada
operation kat UK. Erin tetap ibu kandung Sara dan sekarang Erin tak mampu jaga
Sara. Erin dah tahap kritikal. Aku tak boleh pisahkan Erin dan Sara dalam
situasi sekarang.. Please. Tolonglah faham. Aku dengan Erin tak ada apa.”
“Fairuz… Demi
Sara dan Erin, tolong kahwin dengan Erin.” Perlahan ayat tersebut keluar dari
mulut Mawar. Hati Mawar pedih. Bukan itu yang dia mahu namun itulah yang
terbaik. Erin juga memerlukan seseorang yang boleh menjaganya.
Fairuz kelu.
Kenapa itu yang Mawar katakan? Nafasnya seakan terhenti. Suaranya tersekat di
kerongkong. Fairuz berdiri. Badannya lemah. Dia hilang bicara. Perlahan dia
mengatur langkah.
Mawar terduduk. Dia menangis semahunya. Macam ni je berakhir kisah dia dengan Fairuz? Mata Mawar singgah pada kotak yang ditinggalkan Fairuz. Mawar mencapai kotak tersebut. Basah. Lecun. Kotak tersebut dibuka perlahan. Di dalamnya penuh Ferrero Rocher yang ditampal dengan kertas warna pada setiap satunya. Pada setiap kertas terdapat satu nombor. Berhati hati Mawar membuka kertas yang tertulis nombor 1.
'Dear, sayang...'
hanya itu yang tertulis. Mawar terus membuka kertas kertas yang seterusnya mengikut nombor.
'Hari ini genap 100 hari perkenalan kita. Tahu tak? Hmm... tak ingat lah tu.'
'Thanks sebab sudi hadir dalam hidup aku. Thanks sebab sudi terima aku.'
'Kau ada masa gelak tangis aku. Thanks.'
'Kau sabar layan karenah aku, Thanks.'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'Aku harap suka duka aku untuk 100 hari akan datang dan 100 hari seterusnya masih ada kau.'
'Janji dengan aku, k?'
'Aku harap selamanya kau percaya aku.'
'Sempena hari yang ke 100 ni, aku nak tanya kau something.'
'Ta da da!!!!'
'Sudi tak jadi ibu kepada baby baby aku nanti?'
'Sudi tak jadi yang halal untuk aku sampai akhir hayat aku?'
'Aku sayang kau- Fairuz Adli bin Shahrom.'
(bersambung)
Ferrero Rocher |