nuffnang

Friday, October 14, 2011

diari iqram-1

dear diary...


AKU SUDAH FALL IN LOVE!!!


ahahahahahaha. sebab tu la wujudnya diari ni. dem. eh. tak salah kan lelaki ada diari? tak jejas ke'macho'an kan? ada kaitan ke macho dengan diari? kenapa aku ada diari? it's all about her. aku tak nak hilang satu pun memori aku dengan dia. untungnya perempuan tu. bahahahahaha. ok. fine. aku pelupa. biasa la tu. sebab tu segalanya aku nak tulis kat sini. so, sila jangan komen apa apa tentang kewujudan diari ni, ok? 


ok. back to the topic. sebenarnya dah seminggu aku dok ushar dia. dia menarik. tak macam perempuan lain. ni lah kot namanya cinta pandang pertama. peh. ok. aku mengaku, dia ni girl yang ke 23 kot. tapi 22 orang sebelum dia bukannya aku pandang je, zapp terus ke hati. dia ni memang dasyat lah. jantung aku vibrate tahap 9 skala richter masa pandang dia. kalah gempa bumi kat jepun hari tu. tu belum dia balas pandangan aku. YA Allah. apa kena dengan aku? iqram, kau memang dah gila. gilakan dia. eleh. lawa sangat ke dia tu? tak pun. pendek je aku tengok. agak agak paras bahu aku kot. tak layak jadi model. tapi dia special. :)


apa kisah pandang pertama tu? heh. nanti lah aku cerita. aku kena keluar kejap. ada discussion sesama lelaki. lepas tu, lepak.


p/s : aku dah ushar. nama dia iman humaira. comelnye lah nama. I.H. kena dengan aku kan? iqram hadi. I.H jugak. haha (erk. ada kaitan?) :D


(bersambung)
.

0 comments:

Post a Comment